Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Redha Itu Indah




Kadang, apa yang kita perlukan hanyalah sebuah penerimaan. Redha, itu jalan yang mendatangkan ketenangan. Saat kecewa atau terluka – cubalah pujuk diri untuk terima semuanya dengan hati yang terbuka. 


Firman Allah: 


"Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka serta berkata, "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah. (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." 


[Surah at-Taubah ayat 59]

Move On | Kisah Silam Lipatan Sejarah

Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Kisah lalu. Kisah silam. Lipatan sejarah.
Kisah lama tidak perlu diungkit. Teruskan perjalanan bersama kisah baru dan teruskan mencipta kenangan baru.

Kenangan lama bagaimana?
Perkara yang lepas hanya kenangan!! Kenangan yang takkan mungkin dapat dikembalikan. Andai berputar kembali takkan mungkin sama seperti yang sebelumnya.

Itulah salah satu ayat yang menjadi pegangan aku.

Sakit. Pedih. Derita. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Tapi jangan sesekali menafikan hak diri sendiri untuk bahagia. Jangan menidakkan kebahagiaan yang mendatang dalam hidup kita. Buka hati, buka mata untuk selami keindahan dalam kehidupn ini. 

Senyum. Gembira. Bahagia.
Jangan terlalu leka dengan kehidupan. Ada kalanya kemarau akan melanda. Ajari diri jangan terlalu cepat melatah. Selami diri sendiri. Disebalik kebahagiaan pasti akan terselit tangisan. Itulah yang dinamakan renca kehidupan. 

Dalam kesedihan terselit kegembiraan. Dalam penderitaaan pasti ada kebahagiaan. Dalam derita pasti ada senyuman. Ingatlah wahai diri sendiri. Sesakit mana pun kau jatuh, tetaplah bangun kembali. Seteruk mana pun kau rebah, tetaplah berdiri megah. Jangan pernah kau mengalah. Hidup kau untuk kau dan keluarga. Jangan biarkan orang lain tertawakan dirimu. Jangan biarkan orang lain terus memijak kebaikanmu..

Ingatlah wahai diriku..
Jangan sesekali menyusahkan orang lain
Jangan sesekali sakiti hati orang lain
Jangan sesekali berbuat jahat terhadap orang lain
Jangan biarkan aura negative menakluki dirimu
Biarlah positive mewarnai kehidupanmu.
Sejahat mana pun orang pastikan kau berbuat kebaikan

Sabarlah diatas setiap kejahatan yang mendatang
Tabahlah diatas setiap keresahan yang dirasai
Kerna kemanisan pasti ada
Yakin. Percaya dengan kehidupan ini
Teruskan perjalanan susuri denai kehidupan
Semoga segala kepahitan yang aku rasai cepatlah berlalu pergi dan diganti dengan kemanisan yang tidak aku duga. Aamin.






Lirik Lagu | Jalan Panjang by Saykoji

 Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Yeah, dari awal pandang akhir ku rombak takdir

Kecilnya kemungkinan ku buat kocar kacir

Sejarah mulai saat ku langkahkan kaki ini

Cibiran tantangan ku undang mari sini


Terseok mata kaki, tegar dimata hati

Lupakan kebiasaan buruk meratapi

Kantong kosong, ringankan gerak

Waktu 'kan mengisi pundi dengan emas perak


Rangkai kata bait perbait jadi genap

Angkat suara buyar tadinya senyap

Sempit gelap jadi luas…




Covid19 | Taburan Kes Mengikut Daerah Di Malaysia 12 November 2020

 




Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 12 November 2020.


#COVID19

#KitaTeguhKitaMenang

#sihatmilikku

#walkthetalk


)

Indahnya Sebuah Kehidupan

Apa yang terjadi kadangkala akan membuatkan kita letih. Kejadian itu tidak seperti yang kita harapkan. 


Kecewa?

Sejujurnya, kekecewaan itu tidak mampu untuk kita menyembunyikannya. Terpacar jelas pada raut wajah. Tapi siapa kita untuk menidakkan semua yang terjadi.


Bangkit!

Serapuh mana pun jiwa dan semangat kau saat itu, bangkitlah! Jangan menyerah dengan kehidupan yang parah. Bangun dan teruskan berjuang. Berjuang pada landasan yang betul. Perbaiki diri kau. Jangan sesekali sakiti orang lain. Gapai kejayaan dengan usaha kau sendiri


Hidup ini sebenarnya indah andai kita reti menghargai dan bersyukur. Berdiri pada landasan yang betul. Sepahit mana pun kehidupan, bangkitlah dan mulakannya sekali lagi.


Setiap orang berhak dan layak untuk berbahagia. Kadangkala kebahagian yang kuta cari bukan milik kita dan kebahagiaan yang diberikan itu sebenarnya milik kita. Jadi, belajarlah terima hakikat. Belajar terima perubahan dalam kehidupan kita. Redha. Pasrah.



Kau Sahabat Yang Aku Sayang

 


Janganlah buat bukan-bukan. Aku tahu kau sedih, kecewa, marah. Tapi kalau kau tak sayang diri kau. Siapa lagi nak sayang diri kau. Janganlah camtu. Aku tak nak kau hilang dalam diri kau. Aku sayangkan kau. Sabar okay? Sabar.. Tenang.. Jaga diri tau.. 


Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau tabah orangnya. Aku tahu kau takkan cepat menyerah dan beralah. Bertabahlah sahabat. Jangan pernah kau sia siakan hidup sendiri demi dia yang langsung tak reti nak menghargai kau. 


Aku sentiasa ada untuk kau. Tatkala perluka bahu untuk bersandar, carilah aku. Andai kau perlukan tangan untuk hapuskan airmata kau, carilah aku. Andai kau perlukan telinga untuk dengar luahan hati kau, aku sedia mendengarnya. 


Bangkitlah sahabat. Kuatkan hati kau. Cekalkan semangat kau. Aku akan sentiasa ada untuk bantu kau keluar dari detik kesakitan ini.


Buat sahabatku,

Semoga kau kuat dan tabah dalam melalui semua ini.


Senyum Tidak Bererti Gembira



Hati-hati dengan kata, mungkin kau anggap itu satu gurauan. Tapi dalam hati dia banyak terguris dengan kata kau sendiri. Sebab itu dia jadi pendiam. Kau cuba memahami dia, dalam masa yang sama kau juga menilai dirinya. Selama ni kau tanya dia ok, tapi sebenarnya dia tak.
 

Jaga Keaiban Diri Sendiri

 Apapun terjadi, jangan bagitau aib sendiri pada pasangan. Sebab nanti pasangan akan 'overthink'. Tak semua perkara kau perlu jujur. Aib itu hanya kau simpan seorang saja. Serahkan saja pada Tuhan. Jangan sibuk-sibuk nak tahu atau ceritakan aib seseorang. Bukan senang nak lupakan.




Keindahan Sebuah Kehidupan

 Aku faham kau letih dengan apa yang jadi sekarang, ada masa apa yang jadi bukan macam apa kau harapkan. Tapi janganlah mengalah dengan hidup sebab orang yang kau kejar tu tak hargai apa kau buat, janganlah mengalah kalau kawan-kawan tak peduli apa kau rasa dan jangan mengalah kalau apa kau usaha masih tak berjaya.


Rugi, banyak benda hidup boleh bagi tapi kau pilih kejar dia lagi. Rugi, banyak benda lagi boleh buat kau happy tapi kau pilih dengar kata-kata orang dengki. Rugi, kalau kau gadaikan hidup sebab kau rasa orang tak peduli. Ada masa kita kena berdikari,  berdiri di kaki sendiri dan jatuh berkali-kali. Hidup bukan cuma bahagia dan tak manis sentiasa. Kadang kena ada pahitnya baru kita sedar yang kita cuma hamba.


Hidup ini terlalu indah andai kita tahu menghargai sebuah kehidupan 🤗




PKPB Kembali Lagi

 Covid-19

Sebelum ini aku tidak pernah mencoretkan perihal Covid-19 dalam lipatan blog aku. Kenapa? Entahlah! Mungkin disebabkan aku ini kurang nak mengambil tahu isu semasa. Aku hanya tahu sepintas lalu. Aku hanya peduli tanpa mengambil cakna. Aku beranggapan ianya tidak akan mengganggu aku. Hurmmm... itulah silapnya aku.


PKPB tatkala aku baru memulakna kerja ditempat baru.

PKPB sebelum ni sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku. Segala aktiviti terbantut terus. Disetiap hujung minggu aku hiking terpaksa dihentikan serta merta. Disetiap kali selepas tamat waktu bekerja, aku akan keluar cod Klubna Laleh di sekitar Seremban. Disebabkan PKPB, aku terpaksa hentikan seketika cod tersebut ketika itu. Paling terkesan bila aku diberi cuti disebabkn PKP dan sampai kesudah company aku tak panggil lagi untuk kembali masuk kerja!


Segala rutin harian aku terbantut dan terbatas. Aku mengambil masa yang agak lama untuk terima segala perubahan ini. Terkurung dalam rumah dengan jangka masa yang agak lama sememangnya memberi kesan terhadap diri aku. Hurmmm... aku bangkit hari demi hari. Aku bangun selangkah demi selangkah. Perit yang aku laui tidak terluah. Dipenghujung PKP, aku cuba mencari pekerjaan baru. Banyak tempat yang aku pergi tapi jawapan mengecewakan. Sakit. Pedih. Jerih. Aku tanggung sendiri. Dalam kecewa aku tetap usaha. Setiap pagi aku keluar mencari kerja. Cari dan terus mencari.


Alhamduillah. Usaha aku membuahkan hasil walauoun hampir sebulan lamanya aku menunggu khabar dari company tersebut. Huhuuu... sebenarnya pihak HR dah bagithu aku diterima untuk position tu tapi disebabkn musim covid, so aku perlu buat Swap Test sebelum masuk kerja. Nak tunggu surat untuk pergi buat Swap test itu ambil masa yang agak lama. Blaaaa.. blaaa... blaaaa... selepas dah settle segala apa yang company minta, aku pun datang lapor diri da mulakan tugas ditempat baru.


Alhmdulillah. Syukur. Aku bahagia. Aku gembira bekerja ditempat baru. Suasana kerja yang sememangnya baru. Cara kerja takde lh berbeza sangat cuma kerja ditempat baru sedikit santai. Huhuuu... Kalau machine takde problem, bolehlah santai. Tapi kalau dalam satu satu masa tetiba machine semua breakdown, memang huru hara. Nak rehat sekejap pun tk sempat tu. Alaaaaa chilll sudah. Relak... apa apa kerja sekalipun pasti cabaran. Terpulang pada kita bagaimana nak hadapi cabaran tersebut. Chill!


PKPB kembali lagi.

Aku sudah bahagia dengan rutin harian aku. Pergi kerja, balik kerja. Kerja pagi balik petang. Kerja malm balik pagi. Tiba tiba dapat perkhabaran PKPB kembali lagi. Oichhhh kemurungan kejap sis terima perkhabaran tu. Permulaannya, aku beranggapan PKPB tersebut tidak akan mengganggu rutin harian aku. Tapi ternyata meleset! Hari kedua PKPB, dah heboh department aku mungkin akan berhenti operasi sementara waktu. Konsep bekerja dari rumah digunapakai. Hurmmm cuti tanpa rekod. Cuti bergaji, katanya. Ternyata apa yng dihebohkn itu benar belaka. Department aku sudah mula bercuti. Aku harap covid ni akan menghilang dan keadaan akan pulih seperti sediakala. Baru sehari diberi cuti aku dah mati akal duduk dirumah. Huhuuu apa lagi mau ku buat. Segenap pelusuk rumah sudah aku kemas ni!







Perangkap Dalam Pemikiran Sendiri

 Kadang kau rasa kau terpaling sunyi tapi kau salah sebenarnya masih ada orang yang kisah soal kau. Mungkin yang salahnya bila kau sentiasa hidup dalam otak sendiri. 


Fikiran kita sendiri yang kadang membuatkan kita rasa orang benci atau tak peduli soal kita.


Pemikiran kita sendiri kadang yang bunuh kita.




Nak sayang Abah macam Fatimah sayang Nabi

 “Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”

Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan telefonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.

Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.

“Ibu nak balik?”

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban. 

Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing.”

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.

Lelaki itu membulatkan tekadnya.

**

Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita pergi jumpa ibu hari ini!”

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”

Anaknya bertanya,

“Siapa tu?”

Ayahnya membalas lembut,

“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”

“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

“Sayang abah tak?”

“Sayang sangat!”

**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

“Ibu, ibu!”

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

“Ini ke perpustakaan awak tu?!”

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”

Isterinya itu membalas bongkak,

“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.

“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”



Tunang nampak wanita lain dalam mimpi






 "Gadis putus tunang: Tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah."

Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawan aku di sebelah terdengarnya. Lantas berkata,"Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Tuhan. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."

Alu tidak berapa faham lantas mengeluh."Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?",  tetiba kawan aku tekankan sedikit nada suaranya. Oichhh tersentap plak aku rasa. Tapi itu merupakan situasi biasa untuk kami. Sering kali bersoal jawab sambil bertengkar manja bergaduh pendapat atau pandangan.

"Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah. Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak? Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan baik aku beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus."

Aku buat muka merajuk.

Kawan baik aku menyambung hujannya tanpa pedulikan gurauan rajukku."Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Taala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam. 

Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian.Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya. Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala.

"Dengar ni, antara kesilapannya adalah,

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama. Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati. 

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan. Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya. Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya? Ibnu Hajj al-Maaliki sebut dalam kitab al-Madkhal, Nabi s.a.w. menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain, dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda.Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh. Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap. 

Faham tak?"

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen,"Panjangnya.".
" Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibu-bapa dengan satu pilihan itu. Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama. Baca al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan.Jangan jadikan yang sunat itu wajib. Apa2 buat dahulukan Allah

To your heart
I love you
From my heart

Manusia bersifat tanah kenapa perlu sombong melangit

 Tinggi mana pun kita berjaya ingat jangan hina pada yg bawah...

Allah berikan kejayaan bukan untuk kita lupakan Dia. Tapi, agar semakin dekat kita kenali, cari dan makin sujud menyembah-Nya. Agar kita sedar bahawa kita tak punya apa-apa. Semua hanya pinjaman saja.


"Dan bermula dari kegagalan itulah yang buat kita jadi manusia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah dan tidak bersifat langit. Agar tahu erti berada di pandangan orang hina. Supaya kita sentiasa Sedar Diri agar tak buta dengan kejayaan sementara dunia.


Tahu tak?, walaupun tak nampak dengan mata kepala kita sendiri, sebenarnya Mak Ayah kita menitiskan air mata dalam diam kerana kita...


Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih kerana gagal berusaha untuk jadi orang yang Beriman ketika di dunia. "




Lelaki Dan Tanggungjawab

Bila seorang lelaki itu membuat keputusan untuk berkahwin dan punya keluarga

itu bermakna dia telah bersedia
meninggalkan kehendak metarielnya dan memenuhi keperluan keluarganya

Apa apa pun family dulu
Biar anak bini cukup pakai
Biar anak isteri tersenyum

Kehendak diri?




Suamimu Jodohmu

SUAMIMU...


Kerja atau tidak kerja

Dia suamimu

Berilmu atau jahil 

Dia imammu

Romantis atau kaku

Dia ayah dari anakmu

Ramah atau kasar

Dia bekerja menafkahimu


Ini bukan tentang

Kenapa kita harus patuh

Dan hormat kepada suami

Tapi tentang siapa yg menyuruh 

Taat kepada suami


Sudah berapa kali suara kita

Meninggi di hadapannya?

Berapa kali kita merengek

Meminta sesuatu yg membebani fikirannya?

Berapa kalikah kita

Menghargai pendapatnya?

Menghargai pertolongannya? 

Berapa kalikah kita juga

Menceritakan keburukannya?


Mari para isteri 

Dia suamimu

Syukuri kebaikan suamimu

Sebelum Allah mengambilnya

Darimu..

Sebelum semuanya terlambat 


Jika kau mentaati suamimu 

Maka Allah janjikan syurga untukmu

Jadi kau tidak akan rugi

Meskipun kau mempunyai

Suami bertabiat buruk

Taatilah suamimu

Selagi perintah suami mu itu masih dalam

Hal yang ma'ruf (Taatilah dalam hal yang tidak bercanggah dengan syarak..

Kalau suami mu menyuruh meminum arak, dan lain-lain maksiat, usah lah pula ditaati)


Dan ingatlah juga

Tatkala Tuhanmu memaklumkan

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur

Pasti kami tambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkarinya maka azabku amatlah pedih"

(Q.S. Ibrahim 07)


Bersabarlah atas tabiat suamimu karena ALLAH AZZA WAJALLA



9.9 Giveaway by Abam Kie


Jemput join gaissss
Klik banner diatas ye



Special September Giveaway by Misya


Haloooo helloooo..
Dah lama tak bukak blog sebab kesibukan kerja.
So, harini cari masa sikit untuk blogging
Maka terjumpalah giveaway yang dianjurkan oleh sis misya.
Tak lepaskan peluang, terus sy join. 
Harap dapat hadian no 3. Cantik sangatttt!

Uoll, yang nak menang hadiah tu bolehlah join giveaway ni
Klik banner diaatas ye.

Lovely Fellow's @aienienka


Assalamualaikum gasiiii.

Helloooo helloooo, i'm back babeee..
Harrr.. harr.. harr.. hampir beberapa bulan sis menyepi dari blogging.
Kesibukan membataskan pergerakan dan masa

So, dikesempatan yang ada ni, sis sempatlah mencelah
Bukak blog dan jenuh rakan blogger untuk seketika.
Maka, terjumpalah blogger salah seorang sahabat yang sedang buat giveaway
Pencarian bloglist baru katanyaaa

Mohhh lerrr kita join
Saya sudah, awak bila lagi?
Nak join? Sila klik banner diatas ye.
Semoga ada rezeki untuk dimasukkan dalam bloglist tersebut.
Aamin

Terkemuka - Zizi Kirana, Benzooloo & Sandra Dianne

Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka
Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam
Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam
Ingin jadi virtuoso, ganda usaha kerja
Ganjaran kemudiannya datang menyusul pula
Tapi nampak dari mata, masih ragu-ragu
Apa impresi pertama misalnya tidak laku
Sejam yang lalu, yakin tidak kena kecam
Perasaan kurang pasti buat satu badan kejang
Yang, pernah disitu bukti pasti masih harum
Bukan senang untuk benang terus masuk lubang jarum
Nampak macam kalah tapi sebenarnya bukan
Belum orbit sepenuhnya nampak sinaran bulan
Kalau ingin yang lebih baik, dari yang hari ini
Ambil contoh dari tokoh dan informasi terkini
Tujuan tabur baja supaya cepat tumbuh
Pastikan awal isi forum selagi belum penuh
Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka
Kalau bukan sekarang, jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain tidak berani pergi
Masuk kebun sub-atomik, partikel bersentuhan
Gabungan menjadi kalau kondisi mengizinkan
Banduan, dalam minda sedang minta bantuan
Buat keputusan sendiri, bila kebuntuan
Tapi banyak orang kipas, patutlah rasa sejuk
Ular yang mematuk datang dalam banyak bentuk
Ada, yang kurang bahaya, tapi kuat mengutuk
Suka buka luka lama yang susah untuk tutup
Tak pernah cukup, semua harus berhenti
Tukar algoritma hidup dengan peranti paling canggih
Kalau hidup bagi lemon ambil pengisar buat jus
Minum di tepi beranda hanya perlu diam (Shoosh)
Catat di kalendar bila tarikh temuduga
Teryata terbuka untuk jadi terkemuka
Tenang malam meniti masa silam
Setiap tenteram mula bergaung dalam
Namun hanya yang kembali bergema
Cuma yang terkemuka dimandikan cahaya
Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung keawan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka
Sudah bilang, bukannya susah bidang
Lima puluh, lima puluh, tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar buat orang lain hindar
Senang rancang dari awal tapi sayang kurang pintar
Pasal, dalam parsel ada puzzle
Dengar khabar sendiri belum jumpa final
Pusing vinyl perlahan dapat untung
Lega dengan pemandangan bila sudah atas gunung
Kau lihat, kelibat sekarang makin giat
Sedia pasang niat terima hakikat
Buat apa yang kita minat jadikan itu pembakar
Langit sudah tersedia tinggal jadi pencakar
Terang bintang
Hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan menjadi terkemuka


Sabar, Duit, Dunia, Mati


"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

Belajar Hargai Peluang Yang Ada

 "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

Bernafas Dengan Kehidupan Baru

Alhamdulillah. Setelah agak lama menyepi akhirnya aku kembali. Kembali aktif meneruskan kerja yang hakiki. Aku rasa, perjalanan hidup aku untuk setengah tahun ni sangat mencabar. Jatuh, rebah, tersungkur, emosi tak stabil, mental barai dan keseorangan.. itulah hakikat sebuah perjalanan yang aku tempuhi.

Dunia kehidupan aku tak seindah yang aku bayangkan. Apa yang aku impikan jauh tersasar dengan apa yang aku perlu dan harus lalui. Sakit, perit.. tetap aku harus dan terpaksa lalui. Nak tak nak, itulah kehidupan. Tak mungkin dapat kita mengundur bahkan semakin terus maju ke hadapan. Apa yang ada dihadapan terpaksa juga dilalui.

Aku boleh tersenyum. Aku boleh gelak tawa. Aku boleh berkata kata. Hakikatnya, tabir hidup aku perit. Tak siapa yang tahu.

Alhamdulillah. Kini kesabaran disebalik keperitan itu aku dapat rasai buahnya kini. Nak kata berubah seratus peratus tu, idok ler. Tapi ada perubahan. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil. Ini baru permulaan perjalanan aku. Untuk pertengahan dan pengakhirannya nanti aku masih tidak tahu. Apapun, aku mengharapkan kemanisan untuk aku kecapi. Biar lambat asalkan berbuah hasil.

Alhamdulillah. Syukur. Tak terkata untuk aku luah. Walaupun sekarang agak kelam kabut tapi aku tak kisah. Mungkin sebab ini sebahagian dari minat aku. Takpe, aku terima dan cuba untuk lebih gigih lagi.

Banyal sebenarnya yang nak aku kongsi tapi biarkan untuk seketika lagi. Bila tiba waktunya, akan aku kongsi dengan semua. Untuk seketika ini, aku mohon korang doakan semoga segala urusan dan perjalanan hidup aku dipermudahkan ye.

Terima kasih korang.


Keindahan Sebuah Dunia

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

Dari Sahabat Kepada Sahabat

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan"

Bahagia Milik Semua Insan

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Klubna Laleh Seremban


KLUBNA LALEH KOPI VIRAL 🤩

Bukan kopi biasa tapi kopi yang dibuat khas untuk turunkan berat badan secara sihat dan selamat..
.
KLUBNA LALEH DATANG DENGAN 1 SET
✅ KLUBNA di minum di waktu pagi sebelum sarapan
✅ LALEH di minum di waktu malam sebelum tidur
.
7 KESAN LUAR BIASA YANG ANDA AKAN ALAMI SETELAH MINUM KLUBNA LALEH:
.
1. Bertenaga sepanjang hari.
2. Buang air makin lawas.
3. Kesan penurunan seawal hari ketiga.
4. Perut semakin rata.
5. Peha makin kecil.
6. Pinggang makin ramping
7. Baju & seluar lama kini boleh pakai semula.
.
Berminat 👇👇👇👇
🌸 0136462960
🌹 www.wasap.my/60136462960/klubnalalehN9
.

Seorang Manusia yang Berguna

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.

Hakikat Sebuah Kehidupan

Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Mimpi Dunia - Ariff Sany

Hijau daratan terbentang
Batuan pasak dibumi
Sukarnya bongkah laut
Kau mana?

Merenung jauh di ufuk
Fikiran melayang-layang
Khayalnya hingga lena
Aku ke mana?

Bukan dunia tempatnya untukku
Bukan pun syurga tempatnya
Tak ku tahu ke mana perginya
Nilai cinta ini kepada diri-Mu

Tak termampu singgah mahligai-Mu
Tak daya hitungkan kurnia-Nya
Dalam hati hanya Engkau yang tahu
Nilai cinta ini kepada diri-Mu

Merenung jauh di ufuk
Fikiran melayang-layang
Khayalnya hingga lena
Aku ke mana?

Bukan dunia tempatnya untukku
Bukan pun syurga tempatnya
Tak ku tahu ke mana perginya
Nilai cinta ini kepada diri-Mu

Tak termampu singgah mahligai-Mu
Tak daya hitungkan kurnia-Nya
Dalam hati hanya Engkau yang tahu
Nilai cinta ini kepada diri-Mu


Air Kelapa Muda Bagus Untuk Wanita Hamil

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL

Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.

Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.

Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.

Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak.  Air kelapa muda mengandungi sejumlah  kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.

Selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil.

1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah penat yang sering dialami oleh wanita yang hamil. Ini kerana air kelapa muda membekalkan banyak mineral yang diperlukan bagi menggantikan mineral yang mungkin hilang semasa membuang air kecil dan ketika berpeluh.

2. Mengurangkan masalah sembelit

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah sembelit. Air kelapa muda mengandung serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

3. Membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing

Air kelapa muda dapat membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing. Jangkitan kuman pada saluran kencing ini juga dikenali sebagai ‘kencing kotor’ dan ia dialami oleh kebanyakan wanita yang hamil. Air kelapa muda yang mempunyai kandungan air yang banyak, dan tahap mineral yang mencukupi bagi membantu membunuh kuman di saluran air kencing. Ia juga dipercayai membantu fungsi ginjal dan menurunkan tekanan darah (kerana mengandungi mineral magnesium).

4. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh

Air kepala muda juga mempunyai sebatian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahan tubuh.

a) Jangan minum secara berlebihan sehingga menggantikan pengambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

b) Pastikan mengambil air kelapa muda yang segar dan bersih.

c) Jika rasa tidak selesa dengan pengambilan air kelapa muda, cuba elakkan. Rasa mual, pening dan cirit-birit jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi pada sesiapa saja.

Jadi kesimpulannya minum air kelapa muda memberikan banyak manfaat kepada yang meminumnya sama ada lelaki atau wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Ia minuman terbaik bagi menggantikan minuman yang manis, bergas, atau menggantikan minuman berkafein, seperti teh, dan kopi. Ia harus diambil dengan pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang sederhana.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi


Sengatan Lebah : Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Jika anda disengat lebah, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah mengesan dimana lokasi sengat lebah.

Biasanya, anda akan merasa sakit dan panas di tempat sengatan. Perlahan lahan, buang sengat menggunakan penyelit kecil atau 2 kad kredit yang dirapatkan.

Selepas itu, basuh tempat sengatan dengan air sabun. Tuam ais batu selama 20 minim berulang ulang sehingga bengkak reda.

Jika ada krim sapuan calamine atau hydrocort cream boleh gunakannya. Ambil ubat antihistamine jika ada.

Sekiranya gejala bengkak, sakit dan gatal semakin teruk, dapatkan rawatan segera. Jika kali terakhir anda mendapat suntikan tetanus 10 tahun lalu, suntikan vaksin tetanus juga mungkin diperlukan.


Klubna Laleh : Kopi Kenyang dan Bantu Detox Badan

Klubna Laleh adalah produk kurus yang paling berkesan,  dari Medina Desire. Inilah produk yang boleh bantu anda kurus, dengan minum produk sedap ni iaitu KLUBNA LALEH. Ianya boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan hanya dalam masa 2 minggu. Ianya berkesan seawal 1 sachat, Rasa kopi klubna yang sedappppp giler rasa cappuchino latte hanya minum 1 sachet tiap pagi dan laleh yang best best giler, yang rasanya macam asam boi sedap, hanya 1 sachet tiap malam.


Ianya berKesan seawal 2 hari boleh dapat menurunan berat badan. Klubna LALEH berkesan menurunkan berat dengan pantas tanpa kesan sampingan..Diperbuat 100%  dari bahan semulajadi, xda bahan bahaya anda akan terasa kesannya.. insyallah, Anda dapat menurunkan berat badan kerana produk ini akan meningkatkan kadar metabolisme anda yang akan membolehkan sel-sel lemak anda di keluarkan secara cepat dan efektif.

Kopi Set Klubna & Laleh lebih efektif daripada pil-pil kerana ia tidak perlu melalui proses pencernaan yang kompleks dalam perut dan ia mampu memberi kesan serta merta . Ini memberi banyak manfaat seperti lebih tenaga.

KLUBNA GREEN COFFEE (SIANG)
💕 Menahan selera makan
💕 Menambahkan tenaga sepanjang hari
💕 Mengeyangkan sepanjang hari
💕 Membakar lemak dari dalam badan
💕 Membuang air lebihan dalam badan
💕 Melancarkan pembuangan air kecil
💕 Melancarkan pengaliran darah
💕 Melambatkan proses penuaan
💕 Meningkatkan daya pertahanan
💕 Membantu kesihatan otok,kulit&mata
💕 Membantu rawat masalah kencing x lawas
💕 Membantu turunkan tekanan darah tinggi
💕 Membantu masalah period tidak teratur

LALEH (MALAM)
💕 Mengatasi masalah sembelit
💕 Mengawal paras gula dalam darah
💕 Menguruskan badan
💕 Mengurangkan kolestrol
💕 Menyegah sindrom iritasi usus
💕 Mengurangkan rasa letih dan mengantuk
💕 Memberi rasa selesa di perut

FORMULASI TERKINI MENGGUNAKAN BERAS PERANG DAN EXTRAK LEMON DIDALAM KOPI CAMPURAN TERPILIH

KOPI KLUBNA & LALEH dapat membantu anda KURANGKAN LEMAK PERUT, PEHA, PANGKAL LENGAN DAN PUNGGUNG DENGAN MUDAH
HANYA 1 PEKET 1 HARI

KOPI CAMPURAN KLUBNA& LALEH melawaskan pembuangan , mengenyangkan, menguruskan badan Dengan rasa yang sangat SEDAP.

Apa Yang Terkandung Dalam Kopi KLUBNA

GREEN COFFEE,KOPI ROBUSTA ,BERAS PERANG,LEMON POWDER,FRUCTOOLIGOSACCHHARIDE, GRAPE SEED,ARABIC GUM,GARCINIA CAMBOGIA,FIBER APPLE,PSYLLIUM HUSK.

Apa Yang Terkandung Dalam LALEH

LEMON POWDER,OAT POWDER,CRAPE SEED,PURPLE POTATO,CITRIC ACID,TRICAICIUM PHOSPATE,SUCRALOSE,MALTODEXTRIN, APPLE FIBER,PSYLLIUM HUSK.

Kedua-dua bahan ini digabungkan untuk menyahkan lelemak degil dengan pantas sekali gus mengelakkan keradangan usus dan menyebabkan SEMBELIT DAN KETIDAK SELESAAN PADA PERUT.

Bagaimana Kopi KLUBNA & LALEH  Berfungsi ??

Apabila anda minum kopI KLUBNA, bahan-bahan yang terdapat dalam kopi tersebut akan berfungsi di dalam tubuh anda. Semua kandungan yang terdapat dalam kopi tersebut mengandungi unsur-unsur yang efektif untuk kesihatan.

Ini akan meningkatkan metabolisme badan untuk membantu pelangsingan seterusnya dapat mengurangkan perut buncit, saiz peha, pangkal lengan dan punggung. Apabila kadar metabolisme badan kita meningkat, ia akan menukar lemak-lemak tersebut kepada tenaga. Ini akan menghilangkan lemak-lemak dalam badan kita.




KLUBNA LALEH ORIGINAL

APA ITU KLUBNA?

Klubna merupakan green coffee berperisa cappucino sangat lazat, mengenyangkan dan memberi tenaga tambahan.
Fungsi klubna utk mereka yg ingin kelihatan langsing dan sihat.

KELEBIHAN KLUBNA

  • Menahan selera makan
  • Menambah tenaga sepanjang hari
  • Mengenyangkan
  • Membakar lemak didlm badan dengan pantas
  • Membuang lebihan air dlm badan iaitu gemok air😂
  • Melancarkan pembuangan
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya pertahanan
  • Menghaluskan kulit
  • Melawaskan air kencing
Keistimewaan klubna kerana selain kopi hijau ia power of beras perang membuatkan perut terasa kenyang.

Cara aturan minum waktu pagi sekali sehari tidak ada masalah utk ambil 2.
Amat enak terasa nak minum lagi😂.

Kesan bergantung pada berat dan saiz seseorg. Jika berat 68kg keatas digalakan konsisten selama tiga bulan

APA ITU LALEH?

Laleh adalah sejenis minum kesihatan utk membantu menurunkan berat badan dan melawaskan pembuangan spt sembelit.ia perlu minum mlm supaya Laleh menjalankan tugasnya utk remove semua mknn seharian yg tidak diperlukan.pembuangan lebih lancar tanpa menyakitkan spt cirit birit.

Fungsi Laleh
Mengatasi masalah sembelit
Mengawal paras gula dlm darah
Menguruskan badan
Mengurangkan kolestrol
Mencegah sindrom gangguan usus.
Memberi rasa selesa pada perut

Laleh berperisa sedap campuran dari oat dan lemon. Dibancuh dengan air sejuk. Setiap mlm seuncang.

Sekotak ada 15 sachet
Wanita mengandung
Pesakit jantung
Menyusu bby 6 bulan kebawah tidak dibenarkan.




Diri ini Milik Hidup Ini

Bila hidup ni susah
Diri ni diperkotak katik
Ditengdang sana sini bagai bola
Dimarah di maki bagai tiada perasaan

Hidup ini indah sebenarnya
Tapi indah hanya dalam mimpi
Realitinya terlalu sakit untuk ditelan
Tapi terpaksa juga teruskan tanpa rela

Hidup ini ada misi dan visi
Tapi tenggelam lantaran keadaan
Keterpaksaan membuatkan hidup ini kecundang
Tanpa dibantu terus kehanyutan

Sakit, pedih, derita, sengsara
Diri ini lalui sendiri
Tanpa teman bicara
Tanpa keluarga disisi

Hidup ini bagaikan kosong
Seolah tidak dihargai dan dipandang
Jijik ke hidup ini
Tak layak ke mendapat bahagia

Bahagia, gembira
Terlalu lama tidak dirasai
Sering kali ditemani derita airmata
Tanpa sedar tidak lagi tahu erti kemanisan

Hidup ini semakin mengalah
Hati ini semakin menjauh
Airmata terlalu penat untuk mengalir
Apakah perlu diri ini menyerah

Langkah tiap kaki semakin lemah
Helahan nafas semakin sukar
Rasa hati semakin memberat
Kewarasan akal semakin menjauh

Terlalu lama hati ini memendam
Terlalu lama jiwa ini terseksa
Izinkan diri ini bangkit sendiri
Tanpa teman biarlah sendiri...


Take Note : Aku pergi cod Klubna Laleh tadi. Waktu dalam perjalanan balik tetiba motorsikal buat hal. Tersadai kejap tepi jalan sementara menanti bantuan dari sahabat. Hurmmm.. dekat sejam jugak tersadai. Sempat aku melihat gelagat manusia disekeliling aku. Pelbagai jenis kereta dan motor lalu lalang. Ada yang memwah dan ada yang biasa biasa.

Mata aku tertarik dengan seorang pakcik ynag berjalan perlahan sambil menolak kereta sorong yang penuh berisi kotak dan tin kosong. Mungkin ikut hasil yang akan dijadikan duit oeh pakcik tersebut. Sayu sungguh aku melihat raut wajah dia. Berjalan di tengah panas seorang diri melintas lampu isyarat.

Tetiba lampu yang merah bertukar hijau. Pakcik tu masih lagi berjalan. Kereta yang menunggu lampu bertukar hijau lantas bergerak. Sampai berdekatan pakcik tu kedengaran bunyi hon yang agak kuat dan lama. Dasar pemandu berlagakk! Sombong!! Tak boleh ke kau tunggu kejap pakcik tu habiskan perjalanan dia. Takde ke sekelumit rasa kesian dlm hati kau utk pakcik tu!! Kejamlah kauu!

Terbit rasa sayu dalam hati aku. Terbayang bayang wajah ayah. Hurmmm.. macam manalah situasi ayah waktu aku dan adik adik kecil dulu. Bertapa gigih berusahanya ayah demi kami adik beradik hidup selesa.