14 Mac 2017

8 Makanan Yang Ternyata Beracun Kalau Dipanaskan. Wanita, Isteri Dan Ibu Sila Ambil Tahu!



Kadang-kala kita merasa sangat sayang dengan lebihan makanan. Lalu esoknya kita panaskan bakinya. Semua ini sudah jadi seperti amalan biasa. Tetapi tahukah kita ia sebenarnya amat bahaya kepada kesihatan kita.

1. Berhenti menghangatkan lebihan nasi. Sebaiknya masaklah sekadar mencukupi sahaja.
Nasi merupakan makanan wajib sehari-hari, kerana kandungan karbohidrat dan kalorinya menjadikan sumber energi utama. Namun, ketika kamu memanaskan kembali nasi yang sisa, maka akan menyebabkan pertumbuhan spora dan ketika suhu nasi tersebut mendingin kembali, spora tersebut akan berkembang biak. Spora ini akan menghasilkan bakteri dan kuman yang menyebabkan diare dan muntah-muntah.

Menurut kajian dari Martin Goldberg, ahli mikrobiologi, dijelaskan bahawa memanaskan kembali nasi sangat tidak digalakkan. Bakteria Bacillus cereus yang ditemukan dalam nasi boleh bertahan selama proses pemasakan. Ketika nasi sudah sejuk, spora akan membiak dan mengeluarkan neurotoksin yang boleh menyebababkan sakit terutama pencernaan.

Menurut Food Standards Agency, sebenarnya yang membuatkan ia beracun bukan memanaskannya, tetapi cara menyimpan nasi sebelum dipanaskan lagi. Kalau nasi tidak disimpan dengan betul, akan muncul spora bakteria yang tidak akan mati meskipun nasi dipanaskan lagi.
Sebaiknya nasi yang telah masak disejukkan terlebih dahulu dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum dipanaskan kembali.

2. Ayam memang favorite semua orang. Boleh dihangatkan jika memang terpaksa, tetapi dengan api yang perlahan. Ketika daging ayam dimasak kembali atau dipanaskan, komposisi protein yang dikandungnya akan berubah dan akan menimbulkan masalah kesihatan dan pencernaan.

Meski begitu, tetap boleh memanaskan daging ayam tetapi perlu dipastikan ia  panas hingga ke dalam, jangan hanya dipanaskan luarnya saja. Gunakan api kecil dalam waktu singkat, angkat sekiranya ayam sudah cukup hangat.

Pemanasan akan membuat protein bahan terdenaturasi sehingga kemampuan mengikat airnya menurun. Hal ini terjadi kerana tenaga panas akan mengakibatkan terputusnya interaksi pada struktur asas protein.

3. Telur yang rebus dengan kuning telur di dalamnya, punya risiko tinggi ketika dipanaskan.
Telur merupakan sumber protein yang memiliki banyak nutrisi baik untuk tubuh Bermula dari vitamin A, kalsium, Vitamin B6 dan B12, fosforus dan tentunya protein dengan kadar yang tinggi.Ketika telur dimasak pada suhu tinggi ketika dipanaskan, meskipun hanya bertujuan untuk menghangatkan, ini akan menyebabkan munculnya kandungan racun dalam telur khususnya bahagian kuning telurnya, yang akan mengganggu sistem pencernaan.

4. Bayam yang dihangatkan kembali memunculkan zat karsinogenik yang memicu kanser pada tubuh manusia Bayam merupakan jenis sayuran yang banyak mengandung zat besi, kaya vitamin, mineral dan serat tinggi. Itulah sebabnya sayur ini akan tampak berwarna kehitaman setelah beberapa jam dimasak.

Jika ternyata masih ada lebih dan boleh dimakan,  sebaiknya jangan dipanaskan kerana Kandungan nitrat dalam bayam akan berubah menjadi nitrit dan bersifat zat karsinogen atau pemicu kanser.

5. Memanaskan cendawan berulang tidak baik buat pencernaan, parahnya, hingga mempengaruhi jantung. Selain sebagai sumber protein, cendawan juga kaya akan kandungan mineral, vitamin, asid amino dan anti oksidan. Namun sebaiknya pengambilan makanan yang mengandungi cendawan hendaklah dimakan ketika masakan masih baru.Jika dipanaskan,  kandungan protein akan berubah komposisi dan menyebabkan masalah pencernaan dan kamu juga kehilangan manfaat zatnya.

6. Kentang mengandung bakteria  langka dan berbahaya bagi tubuh ketika dipanaskan.
Kentang banyak mengandung zat besi dan tembaga yang sangat baik untuk nutrisi otak. Bukan itu sahaja, kentang juga diketahui memiliki kandungan karbohidrat yang mudah dicerna dan mampu menyihatkan perut.

7. Buang potongan saderi yang terdapat dalam sup ketika dipanaskan, jika tidak mahu keracunan
Sederi seringkali digunakan pada makanan berkuah sebagai bahan asas untuk mempertajam rasa makanan tersebut. Saderi  mengandung cukup banyak vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B4, B5, B6, vitamin C, K dan E yang baik untuk sistem imunisasi manusia, melancarkan aliran darah, menghambat penuaan dan mencegah berbagai macam penyakit.

Bayam dan saderi jika dipanaskan berulang kali, akan terjadi proses oksidasi. Proses Oksidasi adalah proses pengikatan oksigen atau proses penambahan bilangan oksidasi. Maka, Fe2+ pada bayam akan berubah menjadi Fe3+ atau senyawa Ferri yang beracun bagi tubuh akibat pemanasan tersebut.

8. Jangan Goreng Semula Makanan Bergoreng.
Yang ini juga yang selalu dilakukan.  Menggoreng semula makanan bergoreng seperti pisang goreng, tempe dan seumpanya, akan membuatkan  kandungan lemaknya semakin tinggi

Semoga bermanfaat untuk kita semua

Credit : Majalah Rasa

3 ulasan:

  1. alamak kebanyakan makanan elsa je yang terlist dekat dalam tu huhu. barulah elsa tahu. terima kasih share ye sis!

    BalasPadam
  2. No 1 dan 2 tu selalu buat huhuhu

    BalasPadam
  3. alahai...benda macam ni pulak wujud...baru nak sayang makanan...kena hbiskan la camni..ehekkk :P

    BalasPadam