Apa itu 'Go Green'?
Go Green adalah satu program / cara menyelamatkan bumi yang pada ketika ini telah mengalami kerosakan dan pemanasan global yang teruk akibat dari sikap kerakusan manusia. Go Green juga disebut 'penghijauan kembali'.
Tujuan 'Go Green'
Go Green bertujuan menyedarkan kita dalam menjaga dan melestarikan bumi ini bukannya merosakkannya dengan sikap tidak bertanggungjawab manusia.
Sempena menyahut seruan IKTBN Sepang dalam program Go Green, kami di Jabatan Mekanikal Senggaraan telah menanam beberapa pokok di sekitar bengkel kami.
Antara pokok yang kami tanam adalah pokok kunyit, pokok cili, pokok pandan, pokok kelapa pandan, pokok nanas, dan pokok rambutan. Itu baru sebahagian hasil tanaman. InsyaAllah yang selebihnya bakal menyusur nanti
bgs sgt program macam ni,,,, kat kanak-kanak pun harus dibuat didik mereka seawalnya untuk sayangkan tumbuhan...
BalasPadam