Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Dunia Dikejar Dan Akhirat Dicari


Dunia Dikejar, Akhirat Dicari .

Selamat Pagi....Sedang sibuk bergegas ke tempat kerja ke? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?

Okay,mari kita lihat 3 cara yang korang boleh buat untuk topup saham akhirat. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati.

Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan sahamextra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.Cubalah usahakan mewakafkan sesuatu untuk kegunaan yang berterusan.In sha Allah akan mendapat pahala yang berterusan juga.

Mudahkan untuk mengumpul saham akhirat ?
Mari kita dedikasikan diri untuk sentiasa berbuat kebajikan pada orang lain.
In sha Allah kehidupan kita juga akn sentiasa beroleh bahagia .

Sumber : tazkirah

Take Note : Bagi aku, perlu cari kedua duanya tapi biarlah seimbang. Dunia. Akhirat. Hitunglah kebun dari banyak bunga bukan dari banyak daun yang jatuh. Hitunglah hidup dari banyak amal bukan dari banyaknya dosa dan jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita adalah tanah. Jangan bangga dengan rumah mewah dan besar kita kerana rumah terakhir kita adalah kubur. Jangan bangga dengan baju berjenama kita kerana baju terakhir kita adalah kain kafan. Jangan bangga berkereta besar kerana kenderaan terakhir kita adalah keranda. Maka sebarkan kebaikanmu kepada insan yang memerlukan kerana itu akan membantumu di sana kelak. Wassalam

4 ulasan