Jangan Resah Jika Ada Yang Membenci
Kenapa ada orang suka kita dan ada orang benci kita?Kerana ALLAH nak jaga kita, kalau semua orang puji dan sanjung kita, kita mudah lupa diri dan bangga.
ALLAH tak nak kita lalai...Sebab ALLAH sayang Kita...
Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.
Orang tak suka ??
“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali
Betul tu, buat penat jew nak layan perasaan suka ke tak suka orang pada kita.
BalasPadamyess jgn resah..masih ramai yg menyukai kita.
BalasPadam