Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Maksud Disebalik Warna Baju Banduan Malaysia

Sebut sahaja banduan, mesti kita akan berasa takut dan cuak. Tahukah anda setiap banduan ada warna baju tersendiri? Baju itu bermaksud peringkat hukuman dan berdasarkan jenayah/kesalahan yang mereka lakukan.

UNGU
Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.


PUTIH
Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.


MERAH
Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum  ke Fasa yang seterusnya.

HIJAU
'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.

BIRU
Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

HIJAU FLORESCENT
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH
Tidak keterlaluan untuk aku dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

OREN
Belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya. (OKT)




14 ulasan

  1. o... ada maknanya rupanya... baru tahu...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian ini ^^

    BalasPadam
  3. Menarik! selama ni tak pernah tahu pun. ingat sama je warnanya.

    BalasPadam
  4. Tadi masuk mahkamah sebab adik kena saman accident. Terkejut bila masuk ada banduan, tunggu nak dibicarakan kot.. Ada pakai baju oren, baju ungu n baju merah kat lengan ada stripe kuning.

    BalasPadam
  5. So jangan tersilap langkah sebelum nk bertindak pikir abis2...

    BalasPadam
  6. dah nk terkene nk wat csm ne..kdg2 yg masuk penjare bukan la salah sendiri...ade yg terainaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah.. Sian kawan saya..kawan kawan saya sewa serumah.. Kawan saya pergi keje kawan yg lain buat kerja bukan bukan.. Dh kne tngkap sekali yg tk bersalah.. Atas kes tuduhan.. Patut ke yg tk bersalah tu tngkap sekali sedangkan ada bukti lagi yg die tk de dlm rumah tu waktu tu.. Ishh ishh ishh.. Akhirat mcm mne lah org yg keje polis ni..

      Padam
  7. Saya harap ayah saya dapat balk raya bersama keluarga lagi sekali sebap sudh 17 tahun ayah saya kat dalam pejara marang terangganu ...saya doa sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga urusan ayah awak dipermudahkan. Kuatkan hati dan tabahlah demi keluarga tercinta. Saya doakan semoga awak satu keluarga dapat berkumpul kembali nanti,

      Padam
    2. Ayah mcm mane kt sane.semoga ayah awk sntiasa sehat dan diberi kekuatan.awk selalu melawat ke sane.kt dlm tu banduan boleh tel ke ank sedara?jus nk tahu

      Padam