21 Januari 2016

Praktikal | 21 jan 2016

Assalamualaikum

Diam tak diam, dah hampir tiga minggu aku praktikal.. rasa macam kejap je padahal lama tu.. lama ke? agak lama terasa sebab kerja tengah tade sekarang ni.. katanya job tgh tade.. ayokk.. memang tade langsung.. ruang dalam workshop pun kosong je.. huhuuu selalunya padat dengan barang-barang katanya..

Praktikal.. sebenarnya aku berfikir-fikir nak tukar tempat praktikal.. hurmm kenapa? entah! maybe sebab aku merasakan tempat yang aku praktikal sekarang ni jauh dari skop aku kowt.. apa skop aku? chargeman a1.. lebih kepada talian atas.. overhead.. psu.. motor.. tapi tempat yang aku praktikal skrg ni lebih kepada instrument analyzer.. sejujurnya ni kali pertama aku mengadap instrument analyzer secara face to face..

Kalau diikutkan, waktu mula lapor diri dulu.. aku tak tahu pun syarikat yang aku praktikal ni.. apa yang syarikat ni buat.. product apa yang dia buat.. bla bla blaaa.. ambekawww.. hari pertama lapor diri aku dikejutkan dengan perkataan  instrument analyzer ni.. fuhhhh! agak gabra.. cuakk.. takott.. terus hilang keyakian aku.. bimbang aku tak mampu harungi.. eh, sebenarnya bimbang kena repert semester sebab praktikal di luar skop.. huhuuu..

Dalam pada aku berfikir.. nak tukar tempat praktikal ke tidak.. nak teruskan praktikal dekat sini ke tidak.. rupa-rupanya dah tiga minggu aku bertapak dekat sini.. hurmmm rasa sayanglah pulak nak tinggal rakan-rakan sekerja dekat sini.. ya, rakan sekerja.. hanya rakan sekerja bukan rakan seasrama.. okay, itu dah masuk next story..

Tiga minggu aku praktikal dekat sini.. buku log langsung tak terusik.. nak usik macam mana.. kerja pun tak buat.. so apa yang nak dikarangkan dalam buku log tersebut.. kekadang pening jugak aku fikir pasal buku log tu.. alahaii apa yang nak ditulis.. dah tiga minggu dekat sini.. satu kerja pun tade dibuat.. setakat kerja kerja biasa tu adalah.. tapi macam tak sesuai je tu nak masukkan dalam buku log.. kang tak pasal pasal lecture lecture kasayangan aku reject terus buku log aku.. fuhhh! tidakkkk!!!

Tiga minggu dekat sini.. aku belajar welding.. aku belajar menggunakan mesin canai.. aku belajar sembur cat.. aku belajar buat plat.. aku belajar bertukang.. aku belajar tentang kayu kayan.. banyak sebenarnya yang aku belajar.. huhuu tapi luar dari skop yang sepatutnya.. takpe lah janji ilmu jugak.. kan..


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan:

  1. yeayy kita sama tengah praktikal.. haha kan sumpah bosan kalo takda kerja huehue

    BalasPadam
  2. Selamat mengharungi alam praktikal :)

    BalasPadam