Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Hargai selagi ada | Sayangi Suami Anda




Pagi ni, menerima masej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun, dada aku sempat berdegup kencang. Bimbang sebenarnya.

Tengah hari ini pula melihat status seorang isteri bakal menyamput Ramadhan dengan kerinduan yang tak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.

Allahuakbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ni membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat sahabat yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang isteri.  Siapa yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hongga satu saat nanti di Jannah.]

Namun satu perkara yang pasti, bak kata Iman al-Ghazali, “ cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan terpisah dengannya”.

Suami.. lelaki yang kita kasihi, yang kita cintai, yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tak sempurna.

Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita, yang paling tahu buruk kerenah kita, namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.

Suami.. dia milik Ilahi.
Dia akan pergi suatu hari nanti.
Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenangkan kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya atau kita akan menangis mengenangkan kegagalan kita memanfaatkan masa masa yang ada?

Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka, terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita setiap masa.


Semoga bermanfaat.

1 ulasan

  1. Insha Allah.. sangat menghargai dan mensyukuri anugerah itu...

    BalasPadam