Orang cakap, makin meningkat umur, makin matang perangai seseorang. Tapi, sebenarnya umur tidak ada kaitan pun dengan sikap matang seseorang. Ada je yang masih muda tapi bersikap matang. Lebih tepat lagi, pengalaman mematangkan seseorang.
Jadi, untuk wanita diluar sana yang inginkan lelaki matang, anda boleh ketahui melalui 7 ciri ini!
1. Lelaki matang tidak keluar hingga lewat malam untuk berseronok
- Masih ada lagi lelaki diluar sana yang umur dah masuk 30an, tapi masih sibuk lagi mencari keseronokan. Lelaki matang tidak akan buang masa lakukan perkara tidak berfaedah, yang mungkin akan beri kesan buruk.
2. Lelaki matang lebih utamakan pasangan dari kawan
- .Ramai lelaki yang lebih pentingkan kawan dari pasangan. Cuba tengok dekat kedai mamak, ramai lelaki yang sudah berkahwin tapi masih sibuk lepak dengan kawan sampai lewat pagi.
3. Lelaki matang utamakan ibu bapa
- Untuk mereka yang belum berkahwin. Ada yang lebih pentingkan kerja, kawan dan permainan video. Lelaki matang akan luangkan masa dengan keluarga terutama ibu bapa, yang kita sendiri tak tahu sampai bila mereka akan bersama dengan kita.
4. Lelaki matang tidak selesaikan sesuatu dengan kemarahan
- Orang muda ni kalau boleh nak lepaskan kemarahan dengan menggunakan kekerasan. Lelaki matang pula sedar bahawa keganasan dan kemarahan tidak menyelesaikan masalah.
5. Lelaki matang tidak lari daripada tanggungjawab
- Lelaki matang tidak takut untuk memikul tanggungjawab. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan bersedia menghadapi segala risiko.
6. Lelaki matang tidak takut untuk menjadi lemah di hadapan pasangan
- Ada lelaki yang terlalu ego sehingga takut untuk menunjukkan bahawa diri mereka lemah. Berbeza dengan lelaki matang, mereka tidak takut untuk menunjukkan kelemahan diri. Kerana dari situlah sesebuah hubungan akan jadi lebih erat.
7. Lelaki matang sudah fikirkan untuk hari esok
- Lelaki tidak matang hanya fikirkan keseronokan hari ini, tapi tidak fikirkan apa yang akan terjadi pada esok hari. Lelaki matang sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan lakukan yang terbaik untuk hidup.
Matangkah anda? Tepuk dada tanya iman 👪☺
Tiada ulasan