19 Januari 2018

Kesihatan | Cara Hilangkan Gatal-Gatal Pada Kulit

KULIT GATAL

Petua orang kampung untuk hilangkan gatal-gatal kulit:

1. Tepung Sagu - Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

2. Daun Kunyit - Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman .Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian sapu pada tempat gatal. 

3. Gambir - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Sapu pada bahagian gatal. 

4. Garam Kasar - Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air. Jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam itu di bahagian yang kena gigitan.


Semoga bermanfaat
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. Ciktie pernah guna juga petua yang ini kecuali daun kunyit tu. Kalau kunyit pernah daun belum lagi. Tapi boleh cuba ni

    BalasPadam