Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pengalaman Tukar Clutch Motosikal 2019

Adoi apa lagi yang sakit ni wahai kesayangan... Memanjang masuk workshop untuk tahun ini. .. Apa kes?.. Manja nau kau sekarang ye... Halahh halahhhh..

Sebelum ini aku pernah kongsi pengalaman tukar clutch motosikal.. Untuk korang yang nak baca perkongsian tersebut,  boleh ke "Pengalaman Tukar Clutch Motosikal". Waktu tu aku agak noob.. hahahaaaa.. rasa macam ilmu tentang motorsikal waktu tu langsung takde.. sekadar lenjang je.. bila rosak, hantar bengkel.. kihkihkihhh.. bongok, kan!

Dua tahun sudah berlalu.. untuk tahun ni aku tukar lagi clutch tersebut.. macam mana nak tahu clutch tu dah habis ke belum? macam mana nak tahu clutch tu masih boleh digunakan lagi atau tidak? bagaimana nak tahu clutch tu dah nipis ke masih ngam? Eh.. banyak sangatlah soalan.. aku ni bab bab motosikal takde lah terror sangat... main redah je.. main lenjang je weh.. ilmu pun takat suam suam kuku je.. aku masih lagi dalam pembelajaran bab bab motosikal ni. Okay, nak dimudahkan cerita, korang boleh tanya pomen atau mereka yang terror bab bab motosikal.. minta tolong ler diaorang check clutch motor korang tu okay ke idokk... perlu ditukar ke idokkk.. ada faham?

Berbalik pada story aku.. motor tu memang hari hari aku pakai.. setiap hari ulang alik pergi kerja.. pastu pergi cod barang.. pergi pos barang.. bila tiba hujung minggu aku bawak pulak motor tu pegi lepak.. ada tempat yang jauh.. ada tempat yang dekat.. bawak pulak ikut suka hati.. mulas minyak ikut sesedap rasa.. heheee.. sampai satu tahap firasat aku mengatakan motor tu macam bunyi mengaum kuat sangat. ngauman tu kuat tapi motor takde lah laju mana.. mungkin clutch dah habis.. mungkinlah... aku pun tak pasti time tu.. maka dengan gigih aku tanya member member yang tahu pasal motor... ada yang kata clutch tu okay lagi.. ada yang kata clutch dah habis.. ada yang kata clutch tu dah boleh tukar baru.. blaa.. bla.. blaa... maka aku ambil keputusan untuk tukar clutch baru.. dah alang alang nak tukar minyak hitam.. maka tukarlah terus.. 

Budget tukar clutch berapa juta? arghhh melampau sangat sampai juta juta.. kau ingat aku main juta ria ke apa syaiton.. budget aku dalam RM200 je.. tak besar mana dan tak kasar mana.. aku plan nak tukar clutch sama seperti yang asal sebenarnya.. tapi selepas mintak pendapat beberapa ahli penal.. mereka yang tahu tentang motosikal.. maka aku pun ubah keputusan. heheee guna 2 spring racing dan 2 spring biasa... ape macam on tak on? cehhh berlagakk!

Tung.. tang.. tung.. tang.. maka gigihlah si pomen mengerjakan motor aku... bukak itu ini.. blaa.. blaa.. blaaa.. sampai siap.. dari pemerhatian aku.. kerja kerja tukar clutch ni agak rumit jugak eh.. memang sabar benar mereka yang buat kerja tu.. terbaiklah bro.. terima kasih..

Pisttt.. aku lupa nak snap gambar dari A to Z.. dari diaorang bukak mangkuk.. buka skru.. bukak itu ini hingga siap.. aku sibuk membawang time dyorng tengah buat kerja.. heheee

Okay, untuk korang yang nak repair motor.. nak modified motor.. aku sangat recommend pada korang bengkel motor ni.. hasil kerja diaorang sangat puas hati.. diaorang pun agak peramah.. terlebih mesra alam sangat.. lokasinya di Senawang, Negeri Sembilan.. kalau tak silap aku, diaorang ni buka setiap hari kot.. bermula dari jam 10 pagi hingga lewat malam.. hari ahad juga diaorang buka seperti biasa.. so kalau korang yang ada di sekitar situ, kebetulan motor buat hal.. bolehlah ke workshop diaorang.. 


Tunggu enjin sejuk kejap, sebelum buang minyak hitam yang sedia ada.


Proses buka satu persatu mula dilakukan.. gigih membuka.. 

Ini antara yang digunapakai.
Part item dan tool ni aku tak dapat nak menggoreng dengan lebih detail.. 

Sangat recommend..
Nama Bengkel : M & S Gboss Motorsport Enterprise
Alamat : No.42, Jalan MSJ 2, Medan Perniagaan Senawang Jaya,
70450 Seremban (City)
Contact : 017-803 6460 (Sopam)

Tiada ulasan