Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Adab Berjimak Dalam Islam

ADAP BERJIMAK DALAM ISLAM
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu.

(( Adab sebelum Jimak ))

1. Mulakan dengan belaian lembut dan kata-kata manis yang memuji antara satu sama lain. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah SAW telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabda bermaksud: “Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka jawab Rasulullah SAW (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (HR Ad Dailami)

2. Janganlah melakukan jimak dengan tergopoh gapah walaupun mungkin ketika itu masing-masing pasangan sudah bersedia melakukannya.

3. Lakukan pujuk rayu, ciuman mesra, sentuhlah tempat-tempat punca nafsu, seperti suami mencium dahi isterinya dan sebagainya.

4. Jangan melakukan jimak ketika perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

5. Makruh jimak dengan telanjang bogel. Keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah SAW. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya: “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka” (HR Tirmizi)

6. Suami dan isteri haruslah memulakan dengan lafaz ta'awwuz dan basmalah terlebih dahulu.

7. Baca doa sebelum jimak. Memadai jika suami sahaja yang membacanya, tetapi sunat kedua-dua suami isteri membacanya. Dengan doa yang mashyur iaitu:
(Bismillaahi, Allahumma jannibnaa wa jannibis syaitaana maa rozaktanaa): "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami." (HR Bukhari)

8. Makruh minum air ketika melakukan jimak. Kerana hal ini akan melemahkan nafsu dan mengendurkan rasa berahi di antara pasangan.

9. Gunakan kain pengelap yang berasingan di antara suami dan isteri. Menggunakan kain lap yang sama akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara pasangan.

10. Haram jimak pada dubur isteri.

(( Adab selepas berjimak ))

1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.

2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas antaranya ialah tubuh isteri akan terasa sejuk.

3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.

4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam tempoh tak lama selepas itu.

5. Saling mengucapkan terima kasih atas khidmat masing-masing dengan anugerah pahala dari Allah SWT.



Semoga manafaat.

🙊🙊🙊..

Tiada ulasan