Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

PKPD Di Seremban

 PKPD.

Pisang pak abu nak berkurung dalam rumah.

Alaaa waktu pkp pun sama juga, berkurung juga.

Pkpd, pkpb, pkp semua sama je bagi aku.

Berkurung juga dalam rumah, tak pergi mana pun.

Keluar pergi cari barang dapur pun seminggu sekali je.

Keluar bekerja pun setakat pergi kerja dan balik kerja sahaja

Dah takde aktiviti berkhemah tepi pantai, mencari ketam di tengah malam, mencari remis di petang hari, memancing ikan dan segala macam aktiviti lagi. Hikking pun dah tak boleh sekarang ni. Sobbb.. sobb.. sob!

Hurmmm.. paling terkesan apabila dah tak boleh nak balik kampung seperti selalu.

Apa nak buat, inilah salah satu pengorbanan.

Bak kata kawan aku, kau kalau nak balik kg musim macam ni boleh je, tapi kalau sampai kat kampung nanti jadi apa apa pada mak ayah kau jangan menyesal. Diaorang dah tua, antibodi tak sekuat macam kita. Mungkin dalam badan kau ada virus kovid tu tapi tak bertindak balas sebab antibodi kau kuat. Bila kau balik kampung, peluk cium mak ayah kau, si kovid pun berjangkit pada diaorang. Terus diaorang jadi kritikal sebab antibodi diaorang lemah. Entah entah tu kali terakhir kau dapat tengok diaorang, nak ke macam tu?

Deep. Tapi bagi aku, ada betulnya apa yang dia cakap tu. Benda kita tak nampak so beringatlah sebelum kena. Berhati hati gais. Kita berjaga jaga. 



2 ulasan