Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kisah Zaman Bujang

Dikeheningan pagi ni terasa nak blogging pulak. Dah lama sebenarnya tak habiskan masa berjam jam depan laptop sambil buat kerja dan blogging. Terasa rindu nak blogging macam dulu dulu. Rajin post entry pastu rajin blogwalking. Paling best rajin join giveaway, kalau ada rezeki menangla dan dapat hadiah.

 Alhamdulillah, sepanjang aktif blogging dulu dulu, banyak kali jugaklah menang giveaway dan dapat hadiah yang pelbagai. Paling best dapat tudung Ajumma dan shawl. Waktu tu memang tengah famous dengan tudung Ajumma. Heheee... nak beli sendiri macam mahallah jugak so rezeki menang giveaway tu merasalah jugak aku pakai tudung bawal Ajumma tu. Rasa macam bangga kejap time pakai tu. Hahahaa!

Dulu zaman aku bujung, zaman aku study, hidup single bergerak bebas tak terbatas tak serabut otak fikir masalah. Zaman nak mencuba segala benda, zaman nak rasa nikmat dunia, Hah gitchuu...

Banyak beb kenangan zaman aku study dan intern dulu. Paling aku ingat zaman aku study kat Sepang. Semestar akhir aku bawak motor, setiap petang jumaat aku akan pergi pos kopi klubna di Pejabat Pos Salak Tinggi. Tiap sabtu ahad pulak aku buat cod. Paling jauh cod aku ke Seremban. Ada sekali tu aku excident waktu cod dalam hujan, nak elak kereta yang mengelak lompak air punya pasal. Nasib baik aku tak laju dan dapat control motor tapi tulah tersagat jugalah ibu jari kaki aku kat atas jalan. Pastu sandle aku terpelanting entah kemana. Aku gagahkan diri pergi kat Office Rahang, tempat aku intern waktu semester 5. Sememangnya menjadi kebiasaan aku, lepas cod aku akan singgah lepak kejap kat offoce tu sebelum gerak balik Sepang semula. Sampai je office time tu, gigih diaorang paksa aku pergi klinik. Thanks lah kat korang yang sentiasa jaga dan ambil berat tentang aku beb, Menangis jugaklah aku waktu cuci luka tu. Hareee sungguh! malu beb budak budak ni bantai gelak kat aku. Huhuhuu.. kenangan yang takkan aku lupa.

Habis study aku terus stay Seremban, cari kerja kat Seremban Wah! makin rancak life aku. Siang kerja malam melepak. Alaa melepak bukan pergi mana pun. Sekadar perhabiskan minyak motor. Selalu lepak kedai kak dengan abe kerja. Kak dan abe tu orang thai kerja tukang masak. Malam malam kiteorang datanglah makan kat situ, Kerja paling giler pernah dibuat malam buta pergi Nilai ikut highway pastu balik Seremban ikut jalan Labu. Pekena kopi segelas pastu gerak balik. Hahaaa macam bongok plak bila ingat balik tapi tulah hakikatnya. 

Alhamdulillah, aku dikelilingi sahabat yang baik, sahabat yang sangat menjaga aku. Sahabat yang susah senang bersama aku ketika itu. Jujur aku cakap, aku tak ramai kawan. Aku kenal diaorang waktu aku intern dekat Seremban dan diaorang sahajalah kawan yang aku ada. Aku habis intern, masih lagi berkawan hinggalah aku kerja kat Seremban walaupun berbeza tempat kerja waktu tu. Bersama diaoranglah aku merasa bawa motor jauh jauh. Paling jauh pernah pergi Meaka dan Puchong, kot. Port Dickson tu kerap sangatlah perginye. Penat tapi happy. Aku enjoy dengan life aku waktu tu. Alhamdulillah, nakal aku tika dan saat tu masih berakal. Thanks korang, semoga korang semua sentiasa dalam lindunganNya.

Sekarang dah jarang contact. Jumpa lagilah langsung dah tak jumpa. Antara diaorang pun ada yang dah berhijrah ke negeri lain, cari kerja yang lagi bagus dan gaji lagi masyuk katanya, Ada juga yang dah kahwin dan dah pun ada anak. Sama seperti akulah. Lepas je aku kahwin, aku dah slow contact dan dah tak jumpa diaorang, rasanya dah 4 5 tahun dah kot tak jumpa. Lama, kan?

Alamakkk.. leka plak aku berentri malam ni, tak sedar dah lewat pagi. Nantilah ada masa aku story kisah aku lepas kahwin pulak. Malam ni saja aku berentri. Anak aku kat sebelah tidur lena. Aku on laptop untuk update resume pastu rasa macam nak blogging. Itu yang aku blogging kejap tapi rasa macam lama plak bloggingnye.

Okeylah, aku gerak dulu. Ada rezeki, ada masa, panjang umur aku sambung blogging lagi nanti ye. Doakan semoga aku sentiasa sihat untuk jaga keluarga kecilku. Semoga keluarga kecilku sentiasa murah rezeki dan gembira bahagia sentiasa ye. Assalamualaikum


1 ulasan

  1. Cuya pon rajin join giveaway sampai sekarang ... CUma sekarang dah jarang org buat GA.
    Ada rezeki , adalah alhamdulilah.... Dunia blog dah tak serancak dulu, tapi tetap ada

    BalasPadam