Kalbu Pun Berzikir

Norlia, seorang gadis kampung yang naif. Dia bahagia dengan caranya sendiri. Kehadiran Ghafar seolah-olah membuka lembaran baru buat Norlia. Layanan Ghafar yang baik, sikap Ghafar yang selalu mengambil berat menjentikkan satu perasaan indah dalam hati Norlia.

“Kaki abang boleh melangkah, badan abang boleh pergi tapi hati abang ada pada Nor.”- Ghafar

“Nor tak kenal abang sangat. Rasanya abang tak kenal pun sapa Nor.” –Norlia.

Hati yang condong akhirnya tumbang juga dengan pujuk rayu Ghafar. Mereka bernikah walaupun emak Norlia tidak bersetuju dengan keputusan terburu-buru anaknya. Berharap mahligai yang dibina bahagia seperti pasangan lain, tapi semuanya hanya angan-angan. Baru 24 jam bernikah Ghafar sudah membuat onar!

“Abang, abang buat apa semua ni?”- Norlia

“Jangan sentuh barang aku... Kau ni kacaulah!”- Ghafar


Norlia akhirnya digantung tidak bertali. Kini hidupnya semata-mata untuk anak-anaknya Fatin, Maarof dan Riya. Norlia menganggap itu adalah kafarah kepadanya kerana berdegil dengan kata-kata emaknya. Sangkanya hanya itu ujian yang diterima. Ada ujian yang lebih hebat terpaksa diharungi. Fatin, anak harapannya disahkan menghidap leukemia! Tapi Fatin mempunyai semangat juang yang kuat. Anak kecil itu ada beberapa perkara yang ingin dilakukan sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. Ketabahan Fatin menarik perhatian Khairi, wakil sebuah NGO untuk membantu merealisasikan impian Fatin. Hadirnya Khairi membawa harapan dan juga hati. Jatuh hati dengan Norlia bukanlah termasuk di dalam rancangannya.

“Mungkin juga takdir yang membawa saya ke sini, untuk bertemu dengan awak melalui Fatin.”- Khairi

Saat Norlia mula selesa dengan kehadiran Khairi, Ghafar muncul kembali atas alasan mahu sama-sama menjaga Fatin. Mahu menebus kesilapan lalu.

“Nor, abang nak minta maaf. Abang bukan orang yang sama macam dulu. Abang dah berubah.”- Ghafar.

Norlia keliru. Apa yang harus dia lakukan? Lepaskan orang sebaik Khairi atau beri peluang kepada Ghafar, ayah kandung kepada anak-anaknya?



Cara Lembutkan Tangan Yang Kasar

Waktu jumpa dengan kawan atau saudara mara pasti kita akan bersalam salaman, lebih lebih lagi kalau dengan bakal mak mertua. Fuhhh ketaq lutut kejap. Risau kalau ada yang tegur tangan kita kasar macam tangan lelaki. Sentap, senak sampai ke tangkai jantung beb. Malu pun ada, kan.

Orang tua-tua kata, tangan perempuan yang kasar sebab biasa buat kerja-kerja di dapur. Itu fakta ke mitos? Apapun, adalah positifnya. Dipuji buat kerja rumah. Hehehehee...

Korang yang merasakan tangan kasar tu jangan risau. Saman serba canggih ni pelbagai cara yang boleh kita gunapakai untuk atasi masalah tangan kasar ni. Salah satunya dengan sapu lotion. Tapi betul ke berkesan lotion yang kita guna tu. Opss :)

Eh, was was dah ke dengan lotion? Okay, apakata korang praktis cara traditional ni. InsyaAllah selamat dan suci secara semulajadi. Jimat duit korang!

Amalkan tip diberikan ini pasti dapat membantu anda memiliki tapak tangan halus dan lembut.

Cara 1 : Minyak Zaitun menghaluskan tapak tangan


1) Ambil satu sudu besar minyak zaitun dan dua sudu besar gula pasir.

2) Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan keringkan.

3) Campurkan minyak zaitun dan gula pasir pada tapak tangan.

4) Gosokkan sebagaimana mencuci tangan dengan sabun.

5) Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan air suam.

6) Anda dapat rasakan tapak tangan lebih halus daripada sebelumnya.


Cara 2 : Kopi Haluskan Kulit

Gunakan hampas kopi untuk menggosok tapak tangan. Hampas kopi bertindak sebagai skrub yang bukan sahaja membuang kotoran malah melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau harum. Lakukan sekerap mungkin.


Cara 3 : Kulit pisang haluskan tapak tangan

Ambil kulit pisang dan gosokkan pada tapak tangan. Amalkan selalu sehingga tapak tangan anda halus.

Cara 4 : Avokado haluskan tapak tangan

Ambil sedikit isi buah avokado. Oles dan gosokkan pada tapak tangan. Lakukan beberapa kali.

Cara 5 : Kentang dan Limau nipis menghaluskan tapak tangan

Untuk menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kentang dan limau nipis.

Cara 6 : Lendir Lidah Buaya        


Potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini tiga kali seminggu.


sumber info: SINI