Susu Dutch Baby Tiruan

Tadi ada terbaca luahan hati seorang kawan. Katanya risau dgn keadaan baby yang baru lagi. Dan juga risau dengan susu anaknya yang sulung disebabkan sekarang kecoh penipuan terhadap susu dutch baby. Baru baru ni dia ada beli susu tersebut combo set untuk dijadikan stock ketika dia dalam pantang. Tetiba dah jadi macam ni, dia pun risaulah susu ru tiruan ke ori. Nak bagi anak minum pun takut, waswas. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kemudian hari.

Aku plak, kebetulan tadi ada terbaca maklumat yang berkaitan penipuan susu tersebut dalam whatsapp group keluarga. Makanya aku pun copy dan paste artikel tersebut diruangan facebooknya. Semoga dapat membantu melegakan hati si ibu yang sedang dalam berpantang tu.

Disini aku kongsikan juga artikel tersebut. Semoga dapat membantu serba sedikit para ibubapa di luar sana.


Kecoh pasal susu dutch baby 6-12 kod 102 punye simptom  muntah2 cirit birit ruam..
Terlanjur ade 1 pack susu 102 selamat x bg ammar minum dulu..

Ammar pon minum susu ni,td tgk kod beza 101 dgn kod 102 memg jauh beza..

Ni jan share ea,beza kod susu 101 (ori) 102 (copy)
Warna beza biru dy kalu tgk bebetul..
 Ejaan kalsium dgn calcium pon beza..
Made from pon berbeza..
Selamat dpt kenalpasti awal2

Semoga anak kite terhindar yg bukan2...
Balik umah tgk pack susu memasing...

(Credit :Nuruljannah Mohd Hushairi)







Semoga dapat membantu.

Pengalaman Hiking di Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum

Hiking. Itu merupakan salah satu hobi dan juga minat aku. Bagi aku dengan hiking, aku dapat satu kepuasan. Kepuasan yang macam mana? Entah ! Tak dapat digambarkan. Tapi satu yang boleh aku katakan disini, dengan hiking aku dapat bebas. Lepaskan segala amarah, kepenatan dan tekanan kerja.

Okaylah, untuk pengetahuaan korang, waktu tahun baru haritu, aku dan beberapa orang geng hiking telah berjaya sampai ke puncak Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Perhhh pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Memulakan perjalanan mendaki seawal jam 5pagi. Sudahlah pada malam tu kami tidak tidur. Syok sangat sambut tahun baru. Huhuuu...

Perjalanan mendaki kali ni agak mencabar. Kami menyusuri denai, persisiran pantai dan terus memanjat. Disebabkan semua lupa nak bawak headlamp/touchlight, maka semua berpandukan cahaya lampu telefon bimbit masing-masing. Bermulaannya, kami meredah pagar, seterusnya turun bukit dan mendaki. Ada beberapa kali kami melalui tempat yang berbatu. Waktu tu suasana agak gelap, jadi aku tidak dapat nak mengagak dimana sebetulnya lokasi kami.

Kalau tak silap hampir satu jam juga kami ambil masa untuk tiba ke puncak. Perjalanan agak lambat sebab kami berhenti di beberapa tempat untuk berselfie. Hahaaa seharusnya selfie. tempat cantik kowt. View yang takkan mungkin kami jumpa di tempat lain. Jadi, sangat rugi sekiranya tidak merakam kecantikan itu. Okaylah, ini sebahagian gambar yang aku abadikan didalam blog ni.

My team. The best team. Thanks gais untuk pengalaman hiking kali ini

Suasana pagi. kay, walaupun masih gelap tapi tetap nampakkan.
Salah satu kenangan kami. Redah hutan, susuri pantai awal pagi

Peace, posing.. hahaaa layankan aje kami bergambar

Cantik! Pasir yang bersih

Tak kisah kasut basah, seluar basah, redah air, janji kepuasan yang kami dapat

Jumpa gua, singgah bergambar. Okay, selain gua, kami juga jumpa perigi
disekitar kawasan ini

Kami tugu Tanung Tuan

Awasi langkah, biar lambat asal selamat. Batu agak licin

Laluan agak berliku, menyusuri pantai jalan berbatu

Yesssss kami berlima. Hahaaa tupai yang jadi jurucamera kami

Yesssza kami di puncak !

Sempat bergambar berlatar belakangkan rumah api Tanjung Tuan sebelum turun ke kaki bukit

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke bawah. Okay, waktu naik mendaki tadi
kami lalu ikut laluan belakang. Redah hutan, susuri pantai terus panjat batu.
Perjalanan naik agak sukar, mencabar tapi best. Waktu turun pula, kami
melalui jalan yang tidak terlalu extream. Santai-santai je sebab
badan pun dah kepenatan.