10 rahsia lelaki yang wanita perlu tahu



Ramai wanita ingat yang dia sudah benar benar kenal dengan lelaki disisinya. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang perlu diketahui.

1) Mahu 'awek' cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan

2) Tidak 'call' bukan bermakna tidak sayang. Lelaki tidak suka kalau 'awek' atau isteri asyik msg atau call dia.

3) Tanya soalan yang sama "Tengah buat apa tu?", "Dah makan ke?"

4) Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat pada kekasih atau isteri

5) Utamakan kekasih, isteri, anak anak lebih dari diri sendiri

6) 'Cair' atau 'malu' dengan senyuman wanita

7) Nombor telefon wanita save nama lelaki. Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini.

8) Jangan ingatkan kisah lampau. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah teman lelaki mereka.

9) Mempermainkan cinta. Seorang lelaki mampu mencintai wanita dengan jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan wanita yang dicintainya itu tanpa merasa apa apa.

10) Kalau berani, masuk meminang! Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjuma ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar benar serius. Lelaki yang hanya main main tidak akan pergi sejauh itu, Apabila lelaki menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh tangguh lagi. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.



Sekadar perkongsian dari sumber yang tertentu

Cara pengiraan waktu subur wanita




Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?
Ada 2 sebab utama :-
1) Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2) Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Bilakah waktu subur?
Setelah anda faham kitaran haid diatas, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri ialah pada hari ovulasi berlaki. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku?
Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

**14 day from 1 st day of your next period - Not your previous period.**

Tak faham? Macam ni. Katalah anda period 28hari, maka hari subur ialah 28hari - 14hari = 14hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30hari, maka 30 hari -14hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35 - 14 = hari ke 21 adalah waktu subur.

ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folocullar boleh berubah-ubah. Jadi, waktu subur adalah 14hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.