Cara merawat Gastrik

Gastrik. Sekali terkena gastrik memang sakit sampai ke tangkai hati. Sakit yang teramat sangat.

Untuk korang yang ada gastrik boleh cuba beberapa cara ini untuk atasi masalah gastrik yang korang hadapi.

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.

2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.

3. Hentikan minum minuman beralkohol.

4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.

5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.

6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.

7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.

8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.

9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.

10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.

11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.

12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.

13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.

Drama Titian Cinta



Titian Cinta Episod 01
Titian Cinta Episod 02
Titian Cinta Episod 03
Titian Cinta Episod 04
Titian Cinta Episod 05
Titian Cinta Episod 06
Titian Cinta Episod 07
Titian Cinta Episod 08
Titian Cinta Episod 09
Titian Cinta Episod 10
Titian Cinta Episod 11
Titian Cinta Episod 12
Titian Cinta Episod 13
Titian Cinta Episod 14
Titian Cinta Episod 15
Titian Cinta Episod 16
Titian Cinta Episod 17
Titian Cinta Episod 18
Titian Cinta Episod 19
Titian Cinta Episod 20
Titian Cinta Episod 21
Titian Cinta Episod 22
Titian Cinta Episod 23
Titian Cinta Episod 24
Titian Cinta Episod 25
Titian Cinta Episod 26
Titian Cinta Episod 27
Titian Cinta Episod 28

TAMAT


Korang yang nak baca sinopsis Drama Titian Cinta boleh ke "Drama Titian Cinta"
Korang yang nak dengar lagi ost Titian Cinta boleh ke "Lagu Sumpahan Cinta"