25 Januari 2015

- mekdi -

Assalamualaikum

Hahaa ini set yang ditapau kan untuk aku. Katanya nanti boleh buat makan malam dekat asrama.

Cakkk! tapaw mekdi! sampai ke KLIA 2 kami pergi semata-mata nak cari mekdi punya pasal. Hahaaa

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hajat aku nak makan mekdi. Syukur.

Take Nota : Mekdi! mekdi! mekdiiii! Hahahaaaa, akhirnya dapat jugak kunyah mekdi. Alkesahnya, sebenarnya dari minggu lepas lagi aku teringin nak makan mekdi tapi tak ada kesempatan. Dari hari sehari aku merungut. Nak mekdi! teringin nak makan mekdi! bestnya kalau dapat makan mekdi! mekdi! mekdi! dan mekdi memanjang yang aku sebut! Hahaaa nak dijadikan cerita, kebetulan kawan aku masa zaman study Kuantan dulu memang dah plan nak datang melawat aku dekat asrama so aku pun dengan muka tak bersalah minta dia tapaukan mekdi. Hahaaa mekdi! mekdi! mula-mula tu dia tergelak dengan permintaan aku. Yelah, dulu aku ni bukannya hantu mekdi. Aku tak suka makan mekdi dulu sebab dalam burger mekdi ada mayonis. Aku nie memang anti sikit dengan si mayonis. Aku tak makan mayonislah senang cerita. Tapi disebabkan satu insident, akhirnya sampai ke hari ni, mekdi dah jadi salah satu juadah yang aku suka. Hahaaaa mekdi! mekdi! Alkesah, sebenarnya petang tadi Eqa dan Ain plan nak datang ke asrama aku lebih kurang jam 3pm. Tapi disebabkan masalah yang tak dijangka maka lebih kurang pukul 6lebih baru diaorang sampai. Huhuuu mula-mula tu, aku macam frust lah juga bila Eqa whatssAp aku "Aen, org rasa macam tak jadilah datang jumpa awk". Deep! macam frust giler kowt. Hahaa lagipun aku memang dah lama tak jumpa Eqa so memang nak sangatlah jumpa dia. Dia cakap macam dah tak ada mood nak datang jumpa aku, gara-gara kawan Ain buat hal. So tak pasal-pasal dia dan Ain pulak yang gaduh. Dia pun adalah jugak mengadu dekat aku apa yang terjadi. Aku pun macam terkejut dengan apa yang dia luahkan. Sebenarnya aku tak sangka, kawan Ain tu berperangai macam tu. Oichhh, sakit pulak hati aku! Hahaaa ok stop pasal tu. Bila masalah tu dah settle tadi, Ain pun ajaklah Eqa bersiap-siap dan datang jumpa aku. Tapi Eqa macam dah malas plus merajuk. Hahaaa berpenat lelah Ain memujuk akhirnya berjaya juga. Itu pun si Eqa bersiap sambil meleter sorang-sorang. Kuikuikuiiii. Lebih kurang pukul 6lebih, dioorang sampai dekat depan asrama aku. Bincang punya bincang akhirnya, mereka buat keputusan untuk cari mekdi semata-mata nak lepaskan hajat aku. Heheeee. Thanks Eqa dan Ain. Even tadi kesuntukan masa dan sampai sesat-sesat, akhirnya sampai juga hajat orang nak makan mekdi. Thanks sekali lagi sebab belanja orang. Tadi disebabkan kesuntukan maka, kami siap-siap makan, terus diaorang hantar aku balik asrama. Adatlah, duduk asrama pasti ada peraturan dan peraturan dekat sini, pelajar diminta balik ke asrama sebelum pukul 9pm. Apa pun sempat juga aku dan Eqa bergambar sekeping. Sekeping pun jadilah dari tak ada pape, kan.
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan: