Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- usai minggu paradigma IKTBN -

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama jugak aku tak blogging, kan? Okay, untuk malam nie aku punyai kesempatan untuk blogging. Untuk pengetahuaan korang, aku sekarang dah pun selamat memegang tittle pelajar IKTBN Sepang dalam jurusan Chargeman A1. InsyaAllah, andai tiada halangan, aku akan tamat pengajian dalam masa 30bulan dari sekarang. oichhh 30bulan, rasa macam lama giler, kan. Hahaaa 30bulan bersamaan 2tahun setengah.Untuk sekarang nie, aku berblogging sementara menunggu meggi aku kembang dan sedia untuk dimakan. *meggi dan student memang tak dapat dipisahkan, kan?*

Alhamdulillah, minggu paradigma telah pun berakhir. Kata orang minggu suai kenal adalah satu kemestian yang akan ditempuhi oleh para pelajar baru termasuklah aku. Hohohooo seminggu yang agak perit untuk diingatkan balik. Paradigma, aku pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan paradigma. tapi yang aku tahu dalam minggu paradigma, ketahanan fizikal dan ketabahan mentel teramatlah diperlukan. Ya, fizikal dan mentel haruslah kuat.

Kedatangan kami disambut dengan banner yang terpampang di
hadapan pintu masuk dewan tempat pendaftaran.
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU
IKTBN SEPANG

Ni sebahagian diantara Wakil Perwakilan Pelajar (MPP) yang terlibat sama
dalam sesi pendaftaran kami, para pelajar baru.
si kecik molek yang bertudung tue adalah pendahari MPP,
yang kat sebelah pulak exco agama kalau tak silap aku,
yang berdiri sebelah kiri dibelakang tue pulak exco kebajakan
yang berasal nun jauh dari Sabahan dan yang berdiri sebelah kanan tu
adalah ketua MPP.

Nampak tak banner tue? Jabatan Mekanikal Senggaraan.
Hehee nie laa jabatan aku. Kami dekat sini mempunyai banyak
jabatan dan dalam setiap jabatan dipecah-pecahkan pula kepada beberapa
couse. Contohnya macam aku, aku dari Jabatan Mekanikal Senggaraan dalam
couse Chargeman A1. Pendaftaran untuk couse aku adalah seramai 19orang termasuk aku.
btw 18orang lelaki dan seorang perumpuan. Aku lettuw.. :')

Inilah hari first kami dalam minggu paradigma. Beratur, berbaris, berkawad, habes semua
kami lakukan even dalam tidak kerelaan. Disini perkara yang paling ditekankan adalah agama dan disiplin,
Dilam minggu paradigma nie, kami dilatih untuk menonjolkan diri dan diberi peluang untuk kenal
dengan lebih rapat lagi diantara satu sama lain. Walaupun kami dari latar belakang dan negeri yang berbeza,
alhamdulillah kampi menjadi kawan disini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami dibahagikan kepada 5kumpulan. dan setiap kumpulan diminta
memberikan nama kepada kumpulan dan bentangkan. Setiap apa aktiviti dan permainan yang diaturkan oleh
para MPP, semuanya diambil kira matanya. Means dipenghujung minggu paradigma, kumpulan
yang mengumpul mata yang terbanyak dikira pemenang. Hohohooo kumpulan aku, kumpulan TSSKN berjaya menyandang tempat ketika. Untuk pengetahuaan korang, TSSKN bermaksud Terengganu, Sabah, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Itu adalah negeri-negeri kami, para ahli kumpulan.

Ini pulak aktiviti petang. Games pertama yang kami mainkan adalah memancing botol. Hahaaa, lawak! untuk
games tersebut, kumpulan aku hanya mampu mendapat tempat kedua. Dan untuk games memenuhkan baldi
pula kumpulan aku tidak mampu mempertahankan angka dua tersebut. Apapun kami enjoy! Ouh ye lupa nak cakap, untuk kumpulan yang kalah, ada denda yang menanti. Kumpulan yang kalah diminta menyanyi lagu Ali Baba dengan gayanya sekali ataupun Joget Inul sekali dengan gimik muka. Hahahaa enjoy!

Nampak peta nie? Okay, untuk hari ke empat kami telah membuat explorece sejauh 10KM.
Oichhh 10KM beb berjalan tengah panas, redah semak samun semata-mata untuk dapatkan cheak point dan
ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuaan korang, di cheak point pertama, kami diminta membersihkan kawasan surau yang terlibah dalam explorace ini dan mencipta sebuah lagu patriotik. Selain itu kami juga diberi kata laluan yang perlu diingati tanpa ditulis di mana-mana kertas atau buku.

''Maafkanku ustaz, saja nak bergurau, lama dah tak bergurau, rindu kisah lalu, teringat kenangan waktu dekat Ulu Yam dulu. Kami mintak maaf. Jangan marah ye, nanti kami belanja minum. Dari kami, taiko Kg Dusun"

Ini tugasan di cheak point kedua. First sekali kami diminta menyayikan lagu Belia, then lagu Anak Itik Tok Wi.
Setelah itu kali disuruh memilih salah seorang akhi kumpulan untuk dijadikan pengantin. Si pengantin akan menampal
lumpur yang telah dicampur dengan gandum di muka setiap ahli yang lain. Setelah itu, si pengantin akan diangkat dan
diarak sehingga ke cheak point ketiga. Kaki pengantin tidak dibenarkan menyentuh tanah. Dipertengahan jalan, syarat yang dikenakan ialah menghumban pengantin ke dalam lumpur untuk membolehkan di menjejak tanah kembali dan berjalan seperti biasa ataupun ahli kumpulan teruskan perjalanan sambil mengusung si pengantin. Hahaa semestinya si pengantin dihumban, kan? mana larat kowt nak mengusung si pengantin yang gedabak berat tue ke cheak point ke tiga. Sudahlah laluan ke cheak point ketiga berliku liku,

Ini situasi di cheak point ke empat. Hahaa tugasan pertama, kami diminta mencari sepuluh barang yang dibuang
oleh manusia di dalam ladang kelapa sawit tersebut. Susah weh! maka kami tidak berjaya dan dendanya ialah, kami
terpaksa memakan bawang putih. Oichhh bawang putih. Tugasan terakhir ialah kami diminta mendirikan sebuah tugu. Maka gambar diatas adalah hasilnya. Hahaa btw, inilah kumpulan aku. Kumpulan TSSKN.

Ini pulak sebahagiaan diantara staff dan MPP yang terlibat dalam minggu paradigma dan explorace.
Dyorang sporting giler kowt, tapi ada jugak part-part yang tak berapa nak sporting tue. Hahaaa!

Ini pulak hari pertama kami memulakan sesi. Hohohoooo pehimpunan sekali bersama senior dan semua staff staff IKTBN.
Nampak tak barisan yang hujung sekali, dekat dengan dinding? Itulah jabatan aku. Dan yang berbaju tshirt biru tanpa jaket tu adalah clas aku. Hohohoooo..


Take Note: Alhamdulillah minggu paradigma telah pun selesai. Segala pahit manis yang tercipta ketika minggu paradigma akan tetap aku kenang. Perkaya yang paling aku tak mampu nak lupakan adalah ketika kami diminta memakan seulah setiap seorang bawang putih, sebijik seorang telur ayam yang mentah, sekeling roti yang berintikan kacang yang diperam dan dikapit. Selama nie tak pernah aku makan bawang putih, akhirnya gara-gara minggu paradigma, aku terpaksa memakannya juga. Hahaa makan bawang seperti makan ubat. Selama ini tak pernah aku makan telur tanpa dimasak, akhirnya aku makan juga gara-gara minggu paradigma. Oichhh banya perkara yang tak pernah aku lakukan sebelum nie, akhirnya aku lakukan juga ketika dalam minggu paradigma. Inilah pengalaman yang menarik untuk aku. Untuk hari ni adalah hari pertama aku masuk class. Even hari nie sepanjang hari kelas aku tade lecture yang masuk * mybe semua lecture Mc kowt harini* tapi kelas tetap meriah. Meriah dengan suara gurau senda dan sakat menyakat akhli kelas aku. Apa pun aku doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga aku mampu tamatkan pengajian dalam masa yang telah ditetapkan, Aamin.

Tiada ulasan