Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- Selamat Tahun Baru -


Assalamualaikum..
Hai readers, apa khabar? Rasanya dah lama kowt aku tak blogging. Lama dah kowt aku tak update blog ni. Rasanya lama dah aku abaikan ‘blogbabyshambles’ nie. Kan? Ok, abaikan segala macam rasa yang sedang aku rasai sekarang.
Dikeheningan malam nie, aku berblogging sambil ditemani lagu-lagu sayu. Kenapa lagu sayu? Hurmmm.. maybe sebab saat nie hati aku sedikit sedih kowt. Ok, sekali lagi abaikan segala macam rasa yang aku rasai saat ni.
Dear readers, #HappyNewYear2015 dan #SalamMaulidurRasul aku ucapkan pada korang semua. Harapan aku semoga untuk tahun ni dan tahun-tahun akan datang, hidup korang lebih bermakna, bahagia disisi kesayangan dan sentiasa dilindungi-Nya selalu. Rasa-rasanya korang mesti ada azam baru, kan? Hahahaa meh sini share dengan aku, apakah azam korang.
Azam aku? Well, korang pun tahukan, aku dapat tawaran sambung study so azam aku mestilah something yang sewaktu dengannya juga. Apakah itu? Huhuuu sebenarnya aku bertekad untuk habiskan study secepat mungkin (*Giler! Study pun tak start lagi, dah berangan nak habis study!). Yalah, untuk tahun nie usia aku bertambah lagi satu angka so sampai bila aku nak study, study dan study, kan. Lagipun aku dah plan, lepas habis ‘Chargeman A1’ ni, aku nak sambung VTO pulak. InsyaAllah, andai semua berjalan lancar, aku akan memegang tittle ‘Tenaga Pengajar’ dalam masa tiga tahun empat bulan dari sekarang. Oich perjalanan hidup aku masih panjang. Apapun doakan azam dan cita-cita aku tercapai ye (:
Dalam aku tak sedar tahun 2014 dah pun pergi meninggalkan aku. Namun kisah suka duka yang terlakar takkan mungkin dapat aku melupakan. Buat mak, ayah, abang dan adik-adik, terima kasih kerana sentiasa ada disisi tatkala aku memerlukan. Terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa teguh mempercayai tindak tanduk dan tingkah laku aku. Buat sahabat, thanks sebab sentiasa tolong aku dalam pelajaran, sentiasa teman aku melepak, sentiasa hulurkan bahu tatkala aku putus cinta. Hahaha.. thanks sahabat.

Malam kian beranjak pagi, tapi aku masih setia bertemankan lappy. Bila diimbau balik perjalanan hidup tahun lepas, rasa macam sebak pulak. Terlalu banyak perkara yang terjadi. Hurmmm perkara sedih yang tak dapat aku lupakan bila ayah aku masuk wad, adik aku excident, aku kehilangan pak saudara dan akak sepupu. Tapi apapun dalam sedih tetap ada gembira. Aku gembira sebab aku dapat seorang lagi sepupu baru (*baby boy), abang aku bertunang dan aku berjaya menamatkan latihan di Akademik Binaan Malaysia Timur (ABMT) dan sekaligus melaksanakan azam aku untuk tahun 2014 iaitu menggengam sijil wireman. Alhamdulillah, aku berjaya! (:
Untuk tahun 2015, aku harap apa yang dihajati yang diingini pun akan tercapai. Semoga segalanya dipermudahkan. Apapun tingkatkan usaha, sentiasa bertawakal dan redha dengan apa yang terjadi dalam kehidupan ini. InsyaAllah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dari-Nya dan sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Oklah, rasanya dah panjang labar berjela-jela kowt aku mencoret untuk entry kali ni. Hehee rasa sedih pun dah makin berkurangan. Hari pun dah lewat malam. Nyaman kesejukan pun dah kian ketara dirasai so sebelum aku terus merapu lebih baik aku undur diri terlebih dahulu untuk kali ni. Night reader. Assalamualaikum. Okbbye sayang.
 

1 ulasan