11 Januari 2015

- Perasaan melihat mangsa banjir -

Assalamualaikum..

Hai readers. Sihat? Ok, good! Pada yang tak berapa nak sihat tue jangan lupa makan ubat tau. Makan banyak-banyak sikit bagi cepat sembuh tau. Huhuuu tapi jangan sampai overdos sudah. Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita-berita yang sangat menyedihkan, kan? Ok, jom selami sedikit sebanyak luahan hati apa yang tak mampu aku luahkan dengan kata-kata.














Take Note: Allah menguji hambaNya dengan kemampuan kudrat setiap hambaNya. Banjir, bencana alam yang pernah terjadi sekitar tajun 70an akhirnya sekali lagi terjadi di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Menurut cerita yang aku dengar, sekitar tahun 70an dulu, kampung tersebut pernah mengalami banjir yang hampir sama seperti sekarang ini. Banjir yang memusnahkan hampir kesemua penempatan penduduk yang tinggal di Pulau Tawar. Petang tadi, aku berpeluang melihat sendiri sekitar tempat kejadian. Kebetula ketika aku sampai, pihak ANGKASA sedang membahagi-bahagikan barangan keperluan dan kelengkapan dapur kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Korang mesti pelikkan macam macam aku boleh sampai ke Pulau Tawar tu. Sebenarnya petang tadi aku telah mengikut kak Oyienz dan keluarganya melawat saudara mara mereka yang tinggal di Pulau Tawar dan telah terlibat dalam kejadian banjir berkenaan. Tatkala kereka kami memasuki kampung Pulau Tawar, abah dan mak *ibubapa Kak Oyienz* mula memperkenal dan menyingkap satu persatu kisah yang mereka ketaui berkenaan kampung tersebut. Menurut kata abah, abah dilahir dan dibesarkan di kangpung Pulau Tawar tersebut. Katanya lagi, sekitar tahun 70an, kampung berkenaan pernah mengalami banjir seperti yang dialami sekarang ini. Katanya lagi, ketika saat itu, para penduduk kehilangan rumah, tempat tinggal dan segala harta benda sama seperti sekarang. Menurut abah, tak sangka pulak kejadian 70an lalu kini kembali berulang. Aku mendengar kisah yang abah ceritakan sambil menghayati permandangan yang diranapkan oleh banjir. Sedikit demi sedikit, hati aku mulai sebak. Sebak melihat keadaan sekeliling yang tak pernah aku lihat didepan mata sebelum ini. Tatkala itu hati aku berdetik, bagaimanalah mereka nak menghadapi semua ini? habis hampir kesemua harta benda mereka. Ada rumah yang hampir roboh, ada rumah yang tercaput pintu, ada rumah yang dipenuhi lumpur. Aku memandang kiri dan kanan bagaikan janggal. Lumpur-lumpur penuh di kaki jalan dan sekitar rumah, pakaian dan sampah sarap yang dihanyutkan air bersepah-sepah di merata tempat. Aku melihat wajah anak-anak mangsa banjir. Oich mereka terlalu kecik untuk mengenal erti kesusuhan dan kesedihan. Hurmm.. hati aku sayu. Aku hanya mampu berdiamkan diri sambil mendengar cerita-cerita dari mak, abah dan Kak Oyienz. Ya Allah, sesungguhnya apa yang Engkau limpahkan kepada kami ada rahmat dan hikmahnya. Semoga kami semua tabah dan sabar melalui ujian dariMu ini. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan