Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cuti umum yang hambar


Hi korang, sihat? Mesti ramai yang berpusu-pusu memyibukkan diri untuk balik kampungkan. Yalah, esokkan cuti sempena Hari Pekerja. Lepas tu dicampur pula dengan cuti sempena Hari Wesak so cuti untuk kali ni agak lama. Untunglah korang yang dapat balik kampung tu T_T

Aku tak dapat balik kampung. Pihak institusi ada bagi cuti empat hari, tapi tu tak cukup untuk aku pulang ke kampung. Sedihnyaaa.. Cuti tu hanya akan dihabiskan dalam bus saja kalau aku balik ke kampung. Yalah seharian dalam bus untuk balik kampung. Lepas tu nak datang ke sini semula pun mengambil masa sehari. Maknanya masa untuk aku istirehat di kampung hanya dua hari saja. Oich tak berbaloi!!! penat tak hilang lagi dah kalut-kalut nanti nak balik ke sini semua. Hurmmm..

Bukan tak nak balik. Niat di hati memang nak balik. Nak sangat-sangat balik kampung tapi situasi dan keadaan seakan tidak mengizinkan. Sebek!! Semalam aku ada call family, bercakap dengan mak. Konon mengadu pada mak lah, nak balik kampung. Tapi mak nasihatkan aku supaya berehat saja di asrama. Sobsobosbbb.. kata mak, bukan mak tak izinkan aku balik tapi mak kesian dekat aku. Buat penat badan saja, Lagi pun nanti akhir bulan lima aku ada cuti panjang so ambil masa tu nanti untuk balik ke kampung. Mak seakan memahami hati anak perempuan dia yang sorang nie. Heheee siap pesan awal-awal lagi supaya jangan buat kerja giler. Kuikuikuiii  kerja tanpa berfikir kesannya. Hahaaa mak ni, macam tahu-tahu je apa rancangan sebenar aku. Kalau diikutkan hati nie, memang nak redah saja. Nak juga balik kampung. tapi dah mak pesan macam gitu so aku sebagai anak yang mendengar kata turuti saja.


Take Note : Cuti ni, hanya menghabiskan masa di asrama dengan melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Settlekan assmigmnt yang bertimbun, kemas bilik yg bersepah, cuci baju yang menggunung dan bla bla blaaa. Apa pun semoga segalanya dipermudahkan dan diberkatiNya. Rindu Family. Rindu mak, ayah, abang dan adik-adik.

iLOVEuFamily

4 ulasan

  1. samalah kite.. sy pn duk melepak dlm bilik jer main internet.. p blogwalking blog org puas2... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa itu jep yang termampu kan...
      nak keluar jejalan tersangatlah malas sbb tade geng :)

      Padam
  2. salam singgah..jemput singgah my blog,, http://sumysya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks ye..
      InsyaAllah satgi kunjungan berbalas :)

      Padam