Assalamualaikum..
"..aku tak suka dia, dah tu kenapa kau paksa aku untuk terima dia. Kenapa perlu kau pujuk aku.."
Itu ayat yang terakhir aku karang sebelum aku menghilangkan diri. Kini, lenyaplah sudah aku dari pandangan mata kau dan dia. Mungkin dengan cara ini kau tidak akan terus memaksa aku dan dia tidak akan berterusan mendesak aku. Mungkin..
Aku menyayangi kau dengan apa adanya. Aku menyayangi kau dengan begitu sederhana. Aku terima kekurangan dan kelebihan kau. Kenapa mesti kau merendahkan diri. Apakah perlu kau tinggikan ego di depan aku. Sungguh, kadangkala aku tidak memahami sikap dan tingkah laku kau.
Hati dan perasaan aku tidak boleh dipaksa. Jiwa aku tidak boleh diatur, bimbang nanti akau akan memberontak protes. Sila fahami aku. Nilai aku menggunakan mata hati kau.
"..kalau awak sayang saya, tolonglah terima dia. Saya tahu dia ikhlas sayangkan awak, dia mampu bahagiakan awak melebihi saya. Saya ni apa yang ada berbanding dia.."
Berulang kali aku baca masej yang kau hantarkan. Tolong terima dia, kerana dia ikhlas menyayangi aku. Habis kau, adakah kau tidak pernah ikhlas selama ini mencintai aku? Tolong terima dia kerana dia mampu membahagiakan aku melebihi kau. Mana kau tahu dia mampu membahagiakan aku? Mana aku tahu aku akan bahagia disisi dia sedangkan selama ini aku terlalu bahagia ketika kau disisi aku. Aku tahu dia punyai segalanya. Tapi aku tak sayangkan dia. Aku sayangkan kau. Aku tak pandang harta dia sebaliknya kau memandang hati aku. Aku tahu, jauh disudut hati, kau menyayangi aku, kau ikhlas mencintai aku tapi apa erti semua ini.
Apa permainan yang sedang dimainkan sebenarnya. Kenapa kau bersungguh-sungguh memaksa aku untuk menerima dia. Padahal aku melihat air muka aku terlalu kelam tatkala memutarkan kata-kata tersebut. Hurmmm.. penat aku berfikir namun tak aku temui jawapannya. Aku tahu ada sesuatu disebalik semua ini. Berikan aku masa untuk mencari puncanya.
"..saya rindu awak. Rindu sangat pada awak tapi saya tak mampu berjumpa awak saat ni. hati saya terlalu sakit dengan sikap awak. Mudahnya awak berpaling kasih. Mudahnya awak memujuk rayu saya untuk menerima dia.."
Ingin aku hantar masej ni pada kau tapi aku tak mampu. Hati aku tak kuat. Bimbang nanti aku memarahi aku. Aku tak nak kita bertengkar. Biarlah aku mengalah buat sementara waktu. Aku tau kau menanti aku. Kau menunggu khabar dari aku. Aku kenal sikap kau, aku faham perangai kau. Jangan kau bimbangkan aku. Bila tiba masanya nanti, aku sendiri aku pergi menemui kau. Untuk sementara waktu ini, izinkan aku membawa diri mencari ketenangan.
Kenapa perlu paksaan dalam hidup kau
26 April 2015
Tags:
CERPEN,
Heartbroke,
Kisah hati,
Luahan hati,
Sedih,
SOUL EMPTY
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cinta itu pelik . huhuu
BalasPadam