27 April 2015

Pemerhatian dalam diam


KF : Kau pehal? tak puas hati cakap depanlah.
KP : Eh, dah kau kenapa pulak? Mentel erk!
KF : Arghhh, kau tu dari tahu tengok-tengok aku kenapa.
KP : Perasan lebih kau nie. Seloklah kau.
KF : Diamlah kau! Semaklah.
KP : .......

Aku suka memerhatikan kau. Tingkah laku kau menarik perhatian aku. Tutur kata kau menarik tumpuan aku, walaupun kau jarang bertutur. Bila kau buka mulut, ada saja perkara yang akan kau komen tentang aku. Aku pun pelik, dimana salahnya aku dimata kau. Kenapa kau selalu sangat nak mencari gaduh dengan aku. Ada saja isu yang nak kau bertelingkah. Kadangkala aku naik geram dengan sikap kau tapi entah. Aku tetap cari masa untuk curi-curi memerhatikan kau. Aku tak pasti sama ada kau sedar ke tidak kerja curi-curi aku tu.

Pernah satu ketika aku curi-curi tangkap gambar kau. Waktu tu kau sedang tidur. Aku tak pasti budak kelas kita perasan ke tidak. Hehee, entah kenapa berani sangat aku buat kerja gila tu. tapi yang pasti gambar tu menjadi tatapan malam aku sebelum tidur.

Tapi aku sedikit hairan. Kenapa aku rasa kau seperti tidak menyenangi kehadiran aku dalam kelas. Kenapa aku rasa antara kita ada jarak di tengah. Kita jarang bercakap, bergurau senda apatah lagi. Kau seolah-olah mengelakkan diri dari aku. Kadangkala soalan yang aku tanyakan, langsung kau tak jawab. kau buat-buat tak dengar. Hurmmm, sebaliknya kawan kau yang tolong jawabkan. Entah! Aku ada salah pada kau ke?


Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan:

  1. Awak ni tengah bercinta ke? Hehe. Menyebuk pulak.

    BalasPadam