Balik ceramah tadi singgah di sebuah bus stop ada 3 motor..Masing-masing dengan girlfren...saya rasa anak muda umur 17 tahun..
.
Saya beri salam dan tanya adik semua tinggal mana? Wah malam minggu ini nak ke mana ni? Betul umur mereka 17 tahun. Couple.Jawab mereka.Jalan-jalan jer abang..tenangkan fikirkan..bukan buat apapun...
.
Boleh ke saya nak cakap sesuatu....Cakaplah ...jangan marah kami sudahlah.sebab kami bukan buat salah pun..Ish tak marahlah..kenapa nak marah.
.
Adik ni semua disayangi oleh Allah...lebih dari yang adik boleh bayangkan. Allah baik..
.
Masa saya di India. Ada 2 orang anak muda pelajar kolej A level umur lebih kurang 19 tahun. Mereka rajin baca Al-Quran dan menangis waktu malam. Mereka menangis bersungguh. Masa tu musim sejuk. Mereka masakkan air untuk saya dan beberapa ustaz lain mandi dan wuduk. Kerana air terlalu sejuk dan tiada pemanas air..selepas tahajud mereka bawalan teh panas untuk saya..
.
Esoknya saya pergi ke rumah salah seorang dari anak muda itu. Dia dah tiada ayah. Adiknya 4 orang. Rumahnya tiada bilik. Buat dari pelepah dan jerami. Dinding penuh najis yang dilekatkan untuk dikeringkan dan dijual buat bahan bakar...dia jual najis tadi..Bajunya buruk. Jubah mereka lusuh sangat. Mereka pergi kelas dengan pakaian jubah itu. Walaupun ramai bukan Islam.
.
Mereka jaga perintah Allah. Selepas habis waktu di kolej mereka datang masjid. Hafal al-Quran. Mereka masakkan makanan tengah hari untuk kami. Petang hari ada sekali mereka bawa kawan mereka yang ingin masuk Islam..di situ kawasan minoriti Islam..Saya tanya mereka satu soalan. Rajinnya. Kenapa rajin sangat..jawab yang benar-benar miskin tadi. Saya nak Allah sayang saya. Saya miskin dalam dunia. Tapi saya tak nak tengok mak ayah saya miskin di akhirat...saya nak mak ayah masuk syurga..saya nak adik-adik saya masuk syurga. Saya akan belajar sambil cari duit buat keluarga...
.
Sepanjang malam itu saya menangis..
.
Abang bila tengok adik-adik. Abang teringatkan mereka. Adik-adik orang pandai dan orang baik. Pasti adik nak mak ayah masuk syurga dan syurga paling tinggi. Jaga solat dan jaga mak ayah yer dan jauhi dosa.
.
Mereka minta maaf dan ucap terima kasih..
.
Saya pesan bawa motor elok-elok yer. Terus balik rumah...
.
Saya terfikir betapa anak remaja ini di malam cuti ini.Allah..maafkanlah diriku..maafkanlah kami..maafkanlah anak muda ini..maafkanlah semua ustaz dan alim..maafkanlah semua orang Islam...maafkanlah semua pemimpin...maafkanlah umat Nabi ini....ya Allah maafkanlah diriku yang lalai ini. Ampunkan diriku kerana tidak buat kerja Nabi sungguh-sungguh..ya Allah maafkanlah atas segala kedhaifan dan kekuranganku dalam dakwah ini dan benar-benar mengadu kesdihan dan kepiluan hati ini..ya Allah....
.
Keinsafan hak milik setiap insan.
06 April 2015
Tags:
Blog Mesra SEO,
blogwalking,
CERPEN,
Heartbroke,
Kisah hati,
Luahan hati,
Renungan,
SOUL EMPTY,
Teladan
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan