18 November 2016

Praktikal di Kilang SwitchBoard - Part 1


BAHAYA / DANGER / 240 V/ 415 V

Kenapa tiba-tiba aku tayang gambar danger tu? Buang tabiat ke?
Eh bukanlah. Okies meh sini aku jelaskan ye.
Sebenarnya baru-baru ni ada seorang seseorang tanya aku
"weh kau student kan"
"ambik couse apa"
"kau praktikal kat mana"
"kau praktikal buat apa je"

Ya, aku memamg student. *belajar tak pernah habis*.
aku ambik couse Penjaga Jentera Elektrik A1. Pernah dengar nama couse tu?
Alaaa nama tu tak famous mestilah korang tak tahu
tapi kalau aku sebut chargeman Al, tahu? *kihkihkihkihhh*
Aku praktikal di Terengganu.
Untuk semester ni aku praktikal bahagian switchboard.

Dengar macam pelik ke?
Tapi itulah hakikat
Kerja aku hari-hari memang mengadap switchboard pun.
Mula-mula dulu, aku terfikir jugak, boleh tahan ke tidak dengan cabaran dekat kilang tu,
mampu ke aku lalui 6 bulan disitu, mampu ke aku settlekan semua tugasan yangs supervisor berikan nanti, mampu ke, mampu ke dan mampu ke???

Alhamdulillah, hampir 5 bulan dah aku praktikal dekat situ. Berbaki lagi sebulan untuk aku tamatkan latihan industri bagi semester 4. Next semester, next praktikal, insyaAllah aku akan pilih bahagian motor induction atau underground cable plak untuk 6 bulan akan datang. 









Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan:

  1. Wah! cayalah! Good luck yer tinggal sebulan lagi tuh!

    BalasPadam
  2. Hebatnya awak, course lelaki ni... All the best ye...

    BalasPadam