Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Awas! Kutu di bulu kemaluan

Assalamualaikum


Kepada golongan lelaki, fungsi rambut kemaluan memang tidak sepenting bulu mata, hidung dan telinga. Namun ini bukan bererti ia harus dipandang ringan. Ini kerana ia merupakan sumber penularan penyakit, antaranya Kutu Kelamin.

Kutu Kelamin adalah serangga parasit penghisap darah yang hidup disekitar kemaluan manusia. Manusia merupakan satu-satunya tuan rumah parasit ini. Kutu amat menyukai bahagian tubuh yang hangat dan lembap, menjadikan sesetengah bahagian tubuh kerap didatangi kutu. Ia amat sukar dilihat dengan mata kasar melainkan melalui gejala yang dialami dan bekas gigitan.

Wujudnya kutu kelamin ini apabila bahagian sulit jarang dibersihkan sehingga mudah dihinggapi kutu. Kutu yang dewasa akan bertelur di bahagian akar rambut dan menetas dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Kitu ini dapat bertahan diluar tubuh manusia selama 24 hingga 48jam.

Penularan kutu juga boleh berlaku melalui hubungan seks dengan pasangan yang menderita Phthirus pubis. Selain daripada itu, berkongsi pakaian dalam dan selimut dengan mereka yang turut menghidapi masalah kutu di alat sulit juga factor penyebaran.

Ciri-ciri mereka yang mengalami Phthirus pubis ialah kegatalan berterusan dibahagian kulit kemaluan walaupun sudah digaru. Ia hasil sentuhan kutu dengan kulit manusia dan ia menjadi semakin gatal sekitar dua minggu atau leboh. Biasanya ketika menggaru, kutu melekat ditangan.

Hubungan seksual perlu dihindari

Penghidap juga mendapati serbuk-serbuk hitam iaitu najis kutu atau serbuk putih yang merupakan telur kutu dibahagian kemaluan atau seluar dalam. Jika tidak diubati, lama kelamaan ia akan meninggalkan bekas yang kemudiannya berdarah dan mengakibatkan kemunculan nanah dan seterusnya berlakunya jangkitan.

Selain itu, wujuj kemungkinan pesakit Phthirus menderita Folikelitis iaitu radang pangkal rambut. Kutu kelamin bertindak dengan cara melekatkan kepalanya ke pangkal bulu kemaluan. Kemudian, ia akan menyedut darah dari pembuluh darah yang kecil. Ini berbeza dengan Herpes yang menyerang bahagian selaput lender (mukosa) dan kulit zakar.

Jika telah mengalami Folikelitis, pesakit harus diberi ubat anti radang atau antibiotic. Dalam pada sama, penggunaan ubat pembasmi kutu seperti syampu khas atau krim juga perlu bagi membunuh kutu dan telur-telur kutu. Namun, ramai yang mengelak dari menggunakannya kerana bimbang membahayakan zakar. Kutu yang tidak dibuang dengan segera adalah lebih bahaya kerana akan menular kepada pasangan melalui sentuhan.

Seharusnya, pasangan penghidap kutu kelamin itu juga harus diberi rawatan yang sama bagi mengelakkan jangkitan. Hubungan seksual juga perlu dihindari sehingga penghidapnya sembuh. Begitu juga setelah dipastikan bahawa pasangannya juga tidak dijangkiti kutu kelamin.

Jaga kebersihan

Disarankan golongan lelaki menjaga kebersihan alat sulit biarpun tidak ada pemeliharaan khusus, memandai dengan penggunaan sabun biasa, ia menjamin kebersihan pada bahagian tersebut. Selain itu, rambut dibahagian tersebut juga perlu dirapikan samada dicukur atau digunting.



3 ulasan