Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara menghilangkan sakit gigi tanpa ubat

Assalamualaikum



Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah :,

1. Hilangkan plak
- Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat menghilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3kali sehari selepas membasuh gigi.

2. Minyak gamat
- Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letak minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Gigit bunga cengkih
- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih da nisi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. insyaAllah beransur hilang.

4. Kumur dengan air garam
- Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. Kapur sirih
- Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. insyaAllah, sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. Kumur air rebusan sirih
- Ambil 10 helai daun sirih tua dan direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. InsyaAllah, sakit gigi akan hilang.

7. Lidah buaya
- Ambil isi lidah buaya dan lekatkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. Habbatus Sauda
- Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. Daun serai
- Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. Tomato muda
- Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andai kata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar sendirinya. Setelah itu, kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai, insyaAllah sakit gigi akan beransur hilang.

11. Gambir
- Rendam sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir.

12. Kumur garam, air dan limau nipis.
- Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. Asam jawa
- Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. Bawang putih
- Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. InsyaAllah , anda akan terasa kesannya.



Tiada ulasan