Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Penyakit disebalik penghawa dingin dan kipas

Assalamualaikum



*Kekebasan
Pendedahan kepada penghawa dingin secara terus menerus akan menyebabkan timbulnya rasa kebas hingga mencucuk pergelangan sendi-sendi akibat pembengkakan pada saraf. Keadaan tersebut akan sentiasa timbul terutama jika seseorang tidur dalam posisi yang salah. Malah, kadang-kadang otot tubuh badan akan menjadi kejang akibat kesejukan.

*sakit pada leher
Selalunya setelah seseorang bangkit dari tidur, dia akan merasa lebih segar dan bertenaga. Tapi bagaimana pula jika tubuh merasa tegang pada bahagian leher? Nah, keadaan ini biasanya terjadi akibat pendedahan kepada angina kipas atau penghawa dingin. Antara gejala yang selalu dirasai adalah leher terasa mencucuk ketika menoleh, digerakkan, ketika bercakap atau batuk. Selain mengurangi penggunaan alat-alat tersebut, anda boleh mengurangkan rasa sakit dengan cara menuam menggunakan tuala hangat atau boleh juga dengan teknik urutan berkesan.

*sesak nafas
Pendedahan kepada kipas angina dan penghawa dingin yang terlalu lama boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti sesak nafas. Untuk mengatasi masalah ini, seboleh mungkin jangan biarkan alatan tersebut digunakan sepanjang malam. Selain itu, aturlah arah dan tahap angina yang tidak terlalu besar, terutamanya yang mengenai anda.

*dehidrasi dan hipotermia
Berada di ruang tertutup dengan kipas angin atau penghawa dingin yang dipasang dalam jangka masa yang lama dapat menyebabkan  tubuh kehilangan cairan dan dengan kata lain hipotermia yang akhirnya membawa kepada kematian. Antara gejala hipotermia ringan adalah seperti kulit berwarna keabu-abuan, degupan jantung menjadi lemah, tekanan darah turun dan penguncupan otot.

*bell’s palsy
Pernahkah anda melihat seseorang yang tiba-tiba mengalami kaku pada bahagian wajah? Jangan terkejut kerana keadaan tersebut bukannya penyakit strok, tetapi Bell’s palsy atau lumpuh pada wajah akibat adanya pembengkakan pada saraf di bahagian wajah yang disebabkan pendedahan kipas angina atau penghawa dingin. Umumnya, keadaan tersebut diawali dengan beberapa gejala, di antaranya adalah percakapan tidak jelas, mata terasa pedih ketika mencuci muka, sukar membuka mulut, berkurangnya fungsi lidah, dan lain sebagainya, walaupun puncanya belum dapat dijelaskan lagi, namun boleh jadi keadaan tersebut disebabkan oleh jangkitan virus yang dibawa oleh angin.

Oleh yang demikian, gunakanlah alat-alat tersebut dengan sebaik mungkin agar tidak mendatangkan penyakit secara tidak sedar.


1 ulasan