23 Februari 2016

Assalamualaikum



Terkejut melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak? Mengapa buih-buih tu muncul di dalam air kencing anda? Adakah ini menunjukkan tahap kesihatan anda menurun? Atau anda tersalah makan? Banyak persoalan yang timbul dan jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa sebenarnya anda telah melakukan kesilapan.

Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula mengalami kerosakan. Tahukan anda, bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai ‘proteinuria’.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam air kencing menjadi tanda buah pinggang telah rosak?
Satu soalan yang bagus. Ini kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah. Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggakkan di dalam darah. Kebanyakan zat protein tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.

Namun, sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak, dimana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan keluar bersama air kencing. Protein yang selalunya dikesan di dalam kandungan air kencing dipanggil ‘albumin’.

 Apa pula Albuminuria? Ia adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya albumin dalam air kencing.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda.


Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan:

  1. nasib kencing x berbuih kne banyakkan minum air masak

    BalasPadam