24 Februari 2016

Assalamualaikum


Masalah rambut gugur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Antara sebab-sebab keguguran rambut ialah
** Hormon
- Hormone wanita terutamanya boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Hormone androgen dalam kuantiti yang sedikit pun akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.

** Produk
- Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakannya. Atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan. Jika anda kerap menukar warna rambut, pilih syampu yang sesuai untuk rambut berwarna.

** Kurang Vitamin
- Untuk mengelakkan rambut daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tingga seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah suplimen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Oleh itu, rambut anda memerlukan penjagaan yang baik, teratur dan menggunakan kaedah yang betul sekali gus memberi kesan yang memberansangkan supaya tiada lagi masalah keguguran rambut.



Previous Post
Next Post

post written by:

5 ulasan:

  1. aaaa .. tak pasti plak normal ka dak huhu . even masa mandi pon luruh jugak huhuhu .. btw nice sharing ^_^

    BalasPadam
  2. boleh tahan gak la tahap keguguran rambut sy

    BalasPadam
  3. hurmmm...klu pendek rambut xgugur...bila panjang ja gugur

    BalasPadam
  4. rambut kak ekin kekurangan vitamin kering jah ni...

    BalasPadam