Tiba2, terdengar bunyi *"phooooott"* disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:
Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.
Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.
Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.
Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.
Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.
*Pengetua* : *Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?*
Take note : Selamat Hari Guru untuk semua guru terutamanya guru guru di Tadika Kemas Rawai, Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Pahang Skill Devolopment Center, Akademik Binaan Malaysia Wilayah Timur dan Intitut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian.
hehehe.. ada terbaca... sabar je lahh
BalasPadamhaha..lucu..cikgunya semua berfungsi
BalasPadamHahahahaha lucu sangat
BalasPadam