✳ *SOLAT DHUHA*
*Menarik bantuan Allah SWT*
_Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan_
_[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]_
*YANG PERTAMA*
*Dosa terampun*
_Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt._
_“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”_
*(HR Tarmidzi)*
*YANG KEDUA*
*Orang bertaubat*
_Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt._
_“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”_
*(HR Hakim)*
*YANG KETIGA*
T e r c a t a t s e b a g a i
o r a n g t a a t
_Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt._
_“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai._
_Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah._
_Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu._
_Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat._
_Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."_
*(HR At-Thabrani)*
*YANG KEEMPAT*
*Masuk syurga dari pintu yang khas*
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
_“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,_
_"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”_
*(HR At-Thabrani)*
*YANG KELIMA*
*R e z e k i b e r e s*
*Allah swt mencukupkan rezekinya.*
_“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”_
*(HR Abu Darda)*
*YANG KEENAM*
*S u d a h b e r s e d e k a h*
_Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah._
_“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi._
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah,mencegah yang mungkar adalah sedekah
_Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."_
*(HR Muslim)*
_Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja._
_Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah_
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum hai maaf lama kak ekin tak singgah sini.. Adik sihat ke.. Nice sharing perkongsian ni
BalasPadam