30 Julai 2016

Rezeki dari tong sampah

Bagi kita sampah tapi untuk mereka itulah sumber rezeki.
Bagi kita sampah itu jijik tapi untuk mereka dari situlah datangnya duit.
Pemikiran kita dan mereka terlalu berbeza. Kekangan hidup mengajar mereka erti berusaha dan bersyukur. Kita hidup dalam limpahan rezeki, timbunan duit mana pernah kenal erti kesusahan. Mereka hidup dalam serba kedaifan, serba kekurangan dan apa yang ada dihargai sebaik mungkin. Hurmm.. kekadang hati ini tersentuh melihat mereka berusaha demi secebis rezeki sesuap nasi.

Manusia, kenapa tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki?

Take note : Dalam perjalanan nak pergi kerja pagi tadi, aku terpandang seorang pakcik yang sedang punggah sampah di tepi tong sampah. Hurmmm tersentuh hati melihat tingkah laku pakcik tersebut.  Semangat untuk hidup terlalu kental, mungkin jugak tak kental pun sebenarnya tapi terpaksa dikentalkan lantaran hidup memerlukan pengorbanan. Semoga urusan pakcik tersebut dipermudahkan dan pakcik tersebut dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. Rezeki dari tong sampah ni la dia boleh besarkan anak dia dan belajar sampai luar negeri kan?

    BalasPadam
  2. pd kite mgkin ta berharga, tp pd deme itu la rezeki..

    BalasPadam