Kisah Para Nabi | Maryam al-Batul Alaihissalam
Di Bait al-Muqaddis, hidup sepasang suami isteri, iaitu Imran dengan isterinya dalam keadaan berduka sepanjang masa kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata yang dapat menghiburkan mereka sebahagai puncak kebahagiaan yang didambarkan oleh setiap keluarga.
Isteri Imran adalah seorang wanita yang mandul, kerana itu dia merasakan bahawa dirinyalah yang menjadi penyebab wujudnya kepahitan hidup dalam rumahtangga mereka. Dia merasakan keperitan yang amat sangat, sehingga dia tidak dapat melayan suaminya dengan baik. Hatinya sudah terlampau ingin untuk mempunyai cahaya mata seperti kebanyakkan ibu-ibu yang lain, yang telah dianugerahi oleh Allah Taala anak lelaki dan perempuan.
Apabila dia melihat seorang ibu menggendong anaknya, maka dia mengkhayalkan bahaya dirinyalah yang sedang mendukung anak iu dengan kedua-dua tangannya sambil memeluknya erat-erat, sambil mencurahkan rasa cinta yang amat dalam dan kasih sayang yang boleh dijadikan dia dan anak yang dalam dukungan itu merasa bahagia.
Derita yang ditanggung oleh isteri Imran itu tidak tertahan lagi oleh batinnya, hingga dia jatuh sakit. Namun begitu keinginan yang sangat memuncak untuk memperolehi seorang anak tidak pernah luput daripada ingatannya. Bahkan apabila dia berbaring di tempat tidurnya, dia merasakan bahaya anaknya berada disampingnya. Adakalanya dia merasakan bahaya dia sedang menyusukan sambil memeluk anaknya itu dengan erat-erat sambil bercakap-cakap dengan anaknya itu dan anaknya manjawab percakapannya dengan mata uang indah berseri.
Keadaan seperti itu sudah lama dideritai oleh isteri Imran, di samping umurnya yang kian bertambah. Namun begitu harapannya kepada Allah Taala tidak pernah putus, kerana dia adalah seorang perempuan yang beriman, dan setiap orang yang beriman itu tidak putus ada terhadap nikmat Allah Taala. Dia sentiasa melaksanakan solat dan diiringi dengan doa kepada Allah Taala.
Kerana imannya yang begitu kuat kepada Allah Azza Wa Jalla, maka datanglah ilham kepadanya yang menyuruh dia bernazar kepada Allah Taala. Jika dia dikurniakan seorang anak lelaki, hendaklah dia menazarkannya untuk menjdadi khadam buat Haikal Sulaiman yang terletak di Bait al-Muqaddas, supaya dia tidak lalai dalam mengabdi kepada Allah Taala serta berkhidmat kepada rumah-Nya dalam keadaan bagaimana jua pun.
Kemudian, harapan isteri Imran yang mukminah itu menjadi kenyataan, maka dia hamil dengan izin Allah Taala. Tidak lama kemudian bergerak-geraklah janin di dalam perutnya, dengan demikian bertukarlah keadaan dalam hidupnya. Kesedihan yang selama ini menyelubungi rumahtangga mereka telah berganti dengan kegembiraan, kegelisahan telah bertukar dengan ketenangan, kesusahan bertukar dengan kebahagiaan.
Isteri Imran sentiasa terhibur kerana kehamilannya. Kini dia sudah tidak canggung lagi untuk berhadapan dengan suaminya dengan hati penuh redha, kerana dia sudah dapat menggantikan kesedihan suaminya dengan kegembiraan. Dia kini telah mengandung seorang bayi yang akan menjadi ubat jerih pelari demam bagi mereka berdua pada masa yang akan datang.
Benar..! Isteri Imran berterima kasih kepada Allah Taala kerana kurniaan-Nya itu. Dia bersyukur atas semua nikmat dan kurnia yang dilimpahkan kepadanya oleh Yang maha Kuasa.
Bagaimanapun, kibaran kebahagiaan dan pancaran kesenangan yang selama ini memancar dari rumahtangganya tidak berlangsung lama, kerana secara tiba-tiba suaminya dipanggil oleh Allah Yang Maha Kuasa untuk kembali menghadap-Nya.
Dengan pemergian suaminya itu, tinggallah isteri Imran sebatang kara. Kehidupan kembali diselubungi duka dan nestapa. Namun, sebagai seorang wanita mukminah, dia tidak mahu menyerah kalah dan berusaha untuk melawan semua kesedihannya itu dengan sedaya upaya. Wanita mukminah itu menanti kelahiran anaknya dengan penuh keimanan yang tulus dan kesabaran yang tidak tara.
Hari demi hari berlalu dengan cepatnya, isteri Imran melahirkan seorang anak yang ternyata perempuan. Wanita itu merasa kebinungan, dia tidak tahu bagaimana hendah membayarkan nazarnya kepada Allah Taala. Apakah mungkin anaknya itu dapat berkhidmat di Haikal, sedangkan dia adalah seorang perempuan. Kerana seorang perempuan sudah jelas tidak sama dengan lelaki, yang sanggup memikul tanggungjawab yang berat.
Hatinya kembali diselimuti kesusahan, kerana dia tidak dapat menyempurnakan janjinya kepada Allah Taala. Malahan dia sendiri tidak menemukan jalan yang terbaik. Jalan satu-satunya baginya ialah bermunajat kepada Allah Taala, dengan harapan semoga Allah Taala mengasihani dan merahmati dirinya. Wanita itu bermunajat kepada Allah taala diiringi perasaan malu sambil memohon keampunan kepada-Nya.
“Ya Allah, ya Tuhanku.., Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang bayi perempuan, yang sudah tentu tidak sama sama dengan bayi lelaki, dan aku telah memberinya nama dengan Maryam..” ujurnya. (Surah ali- Imran, ayat 36)
Allah Taala telah menerima dan merestui anak perempuannya dengan sebaik-baiknya kerana dialah yang akan mengabdi kepada Tuhannya. Kemudian datanglah bisikan ketenangan dalam hatinya yang menerangkan penerimaan Allah Taala itu kepadanya, sekaligus menyokongnya melaksanakan nazarnya. Maka ibunda Maryam menyelimuti anaknya itu dengan kainnya, kemudian membawanya ke Bait al-Muqaddas, tempat dia menyerahkan puterinya itu kepada pemuka-pemuka agama disitu. Mereka adalah para hakim dan para rahib.
Ibunda Maryam berharap agar mereka dapat menjaga anaknya dengan baik dan memeliharanya dengan kasih sayang serta mendidiknya dengan keimanan, agar anaknya itu dapat menunaikan khidmatnya di rumah Allah itu sebagaimana yang sudah dinazarkannya.
Ibunda Maryam telah menunaikan janjinya kepada Allah Taala. Kemudia dia kembali ke rumahnya dengan rasa puas dan kesyukuran di samping santiasa bertahmid dan beribadah kepada Allah taala.
Dengan demikian, Maryam si bayi yang masih kecil itu menjadi tetamu agung kepada rahib di dalam Haikal tersebut, dan setiap orang berkeinginan untuk menjadi penjaganya. Tetapi Nabi Zakaria tidak bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada orang lain, kerana baginda merasakan bahawa baginda orang yang paling berhak menjaga dan mendidiknya, sebab baginda adalah suami kepada makcik Maryam. Hal inilah yang menyebabkan baginda paling berhak untuk menjaganya.
Para rahib dalam Haikal menolak hujah-hujah Nabi Zakaria hingga hampir saja menimbulkan pergaduhan dikalangan mereka. Akhirnya mereka menyerahkan urusan itu kepada Allah Taala, kerana Dia-lah yang akan menetapkan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Sebagai langkah untuk memilih orang yang berhak menjaga Maryam itu, maka setiap orang yang berada di dalam Haikal itu mestilah mengukir nama masing-masing di sebuag ranting kayu kemudian mencampakkannya ke dalam sungai. Barangsiapa yang kayunya berputar-putar di atas air dengan melawa arus, maka dialah yang akan dipilih oleh Allah taala untuk menjaga Maryam.
Kemudia para rahib itu berangkat ke sungai dan mencampakkan kayu mereka ke dalam sungai tersebut. Pada waktu yang sama, gelombang menghanyutkan semua kayu mereka dan membawanya ke muara, kecuali kayu Nabi Zakaria. Dengan demikian, Nabi Zakarialah yang berhak menjaga Maryam. Baginda memuji Allah Taala atas penghormatan dan keistimewaan ini. Nabi Zakaria ingin membuatkan sebuah bilik yang khusus di suatu tempat yang tinggi untuk tempat tinggal Maryam, agar Maryam jauh daripada pandangan manusia dan tidak diganggu oleh orang-orang yang jahat.
Nabi Zakaria adalah seorang yang sudah tua, namun begitu ketuaan baginda itu tidak menghalang baginda untuk menaiki tangga tersebut setiap hari untuk berjumpa Maryam. Nabi Zakaria menguruskan makan minum Maryam setiap hari di samping mengajarnya ilmu pengetahuaan dan membimbingnya ke jalan kesucian dan pengabdian kepada Allah Taala. Demikianlah tugas yang dilaksanakan oleh Nabi Zakaria bertahun-tahun.
Pada suatu hari, tatkala Nabi Zakaria masuk ke dalam mahrib Maryam, baginda menemui beberapa jenis makanan terhidang di sisi Maryam. Baginda terhenti seketika. Baginda tidak tahu dari mana datangnya makanan yang beraneka jenis itu, kerana tidak seorang pun yang masuk ke dalam mahrib Maryam selain daripada baginda.
Antara makanan yang terhidang ketika itu ialah buah-buahkan yang biasa berbuah di musim panas, padahal ketika itu adalam musim sejuk dan buah-buahan seperti itu tidak akan dijumpai di mana juga sekali pun. Kejadian itu adalah suatu yang sangat aneh dan luar biasa. Kemudian Nabi Zakaria mendekati Maryam dan bertanya kepadanya dengan lemah lembut.
“Bagaimana caranya engkau memperolehi semua makanan ini..? Dari mana datangnya semua makanan ini, wahai Maryam yang suci..?” tanya Nabi Zakaria.
“Semua ini adalah datang dari sisi Allah Taala. Allah Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”, jawab Maryam tanpa ragu-ragu.
Maka ketika itu, tahulah Nabi Zakaria betapa ketulusan iman Maryam dan betapa kewarakannya terhadap Allah Taala. Oleh yang demikian, maka baginda percaya akan apa yang dikatakan oleh Maryam itu, lantas baginda memuji Allah Taala Yang Maha Suci yang telah menganugerahi keistimewaan kepada mereka dan telah memberikan martabat yang tinggi kepada Maryam serta memilihnya di kalangan semua wanita di dunia ini.
Maryam membesar di dalam penjagaan Nabi Zakaria dan di bawah naungan Bait al-Muqaddas sehingga beliau menjadi seorang puteri yang cukup dewasa, tetapi beliau masih tetap menjalani kehidupannya seperti biasa. Beliau beribadat sepanjang masa dan sentiasa berbuat taat. Beliau hanya makan dari rezeki yang diturunkan oleh Allah Taala setiap hari.
Nabi Zakaria melihat semuanya itu dengan mata kepala baginda sendiri, kerana setiap kali baginda menjumpai Maryam di dalam mahribnya, baginda akan melihat makanan yang banyak terhidang di sisinya. Kemudian Nabi Zakaria keluar untuk memberitahukan kepada orang ramai perihal keadaan Maryam, sehingga tersebarlah namanya di seluruh pelosok.
Beliau menjadi sebutan tentang kesucian dan pengabdian kepada Allah. Salam sejahtera untu Maryam di dunia dan di akhirat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan