Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tamat praktikal untuk semester 3

Inilah cover depan buku log hakak. Cantik tak?
Superdupervisor dah sign. Yeyehhh dah berjaya settlekan buku log.
1 Jan 2016 hingga 30 Jan 2016. Alhamdulillah, hakak dah berjaya tamatkan praktikal untuk semester 3 dengan jayanya. Selama enam bulan hakak membanting tulang, memerah idea akhirnya sampai ke pengujung semester. Penghujung semester bukan bererti hakak dah habis belajar. Berbaki lagi dua kali praktikal sebelum hakak grad.

Tetiba rasa macam cepat pulak masa berlalu. Enam bulan dah habis? Eh rasa macam tak percaya. Buku log pun hakak siapkan last minute. Biasalah student macam hakak ni, kalut saat-saat akhir itu normal. Huhuuu..

Hakak bersyukur, sepanjang enam bulan praktikal di Hyperwave Systems Engginering Sdn. Bhd, Paka (HSE), semuanya berjalan lancar. Tipulah kalau hakak tak pernah ponteng kerja, kihkihkihhh. Nasib baik supervisor hakak tolong coverkan untuk attandent bulanan.

Sejujurnya berkenaan Instrument Analayzer Systems, hakak langsung tak tahu pape. Bermula di HSE lah hakak belajar tentang analayzer. Hakak juga belajar tentang welding, cara buat pallat, cara repair gas detector (gd) dan banyak lagi. EH, jangan terkejut kalau hakak cakap, hakak pun buat kerja-kerja bahagian opis tau. Hahaa fotostep, susun dokument, checking barang, semak part number barang dan banyak lagi. Di HSE jugak lah hakak belajar berkenaan jenis-jenis skru. Banyak rupanya skru yang dicipta. Huhuuu

Alhamdulillah, staff-staff di HSE semua boleh dibuat sifu dan kawan. Mereka banyak bagi tunjuk ajar pada hakak. Abang wan, hakak banyak belajar cara untuk mengesan kebocoran yang berlaku pada simpling analayzer dengan abang wan. Dari dia jugak, hakak tahu cara menggunakan snoopy dengan betul. Kihkihkihhh, moment yang paling hakak tak boleh lupa bila mana kami terpaksa check simpling berulang ulang kali. Tahu, simpling tu memang bocor tapi tak pasti di mana kebocorang tersebut. Cari punya cari, setelah beberapa hari baru jumpa. Giler lah!

Waktu mula mula start praktikal di HSE, hakak banyak habiskan masa dalam workshop. Hakak pergi ke workshop fabrication, workshop teknikal dan kekadang tu ke bilik service gd. Hakak jangal sebenarnya. Yalah semua staff lelaki. Staff perempuan semua dalam opis admin dan teknikal. Bayangkan hakak sorang terkial kial ikut diaorang. Hahaaa time diaorang buat pallat hakak pun buat pallat. tolonglah mana yang patut. Pegang tukul dan paku tu perkara biasa. Time diaorang potong besi, hakak pun join sekali. Tapi okaylah, sekurang kurangnya hakak ada pengalaman dalam semua tu.


Minggu terakhir sebelum habis praktikal, hakak banyak habiskan masa dalam opis admin. Erkkk opis teknikal hakak tak berapa ngam mana sebenarnya. Setakat masuk keluar sekejap sekejap tu bolehlah tapi kalau nak lepak memang tidak sama sekali. Hakak lebih selesa lepak dalam opis admin. Bukak laptop, connect wifi lepas tu download cerita korea banyak banyak. Bila barang ataupun stock baru sampai, hakak akan check barang dan juga part number barang berkenaan. Kekadang hakak wpping barang, untuk dihantar ke coustmer. Okaylah, sekurang kurangnya hakak dapat pengalaman kan.

Tetiba rasa macam rindu pulak dekat HSE. Enam bulan dekat situ, banyak ilmu dan pengalaman yang hakak dapat. Ada yang manis dan ada yang pahit. Pahitnya bilamana hakak terpaksa berbuka puasa sorang diri dekat hostel. Perhhhh sabtu hingga rabu, itulah rutin yang paling menyedihkan hakak rasa. Bila petang khamis, hakak balik rumah family, so tade lah berbuka sorang diri. Tapi apapun, HSE banyak memberi pengalaman untuk hakak. Semoga ukhwah yang terjalin dalam HSE akan berkekalan. 





1 ulasan

  1. hi akak,saya pun tengah praktikal kat hyperwave paka. Now banyak duduk dalam office admin lagi hahaha tapi sekarang ramai praktikal kat sini.

    BalasPadam