22 Disember 2017

Bagaimana Hendak Berhenti merokok

BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah KEINGINAN anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti
2. Yakin diri
3. Buatkan nota peringatan Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
4. Sentiasa berfikiran positif
5. Dapatkan sokongan
6. Gunakan terapi penganti nikotin


Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan: Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang: Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air: Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri: Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri: Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri: Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu: Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot: Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa: Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Sumber : MyHealth KKM

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

5 ulasan: