Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Pengalaman mencari rumah sewa / bilik sewa

Assalamualaikum

Hampir dua minggu sudah aku bertungkus lumus mencari rumah / bilik untuk disewa sekitar Senawang, Seremban. Pencarian aku bermula di google.com. Banyak yang aku jumpa tapi majoritinya sudah jumpa penyewa. Sedih!

Aku juga berusaha mencari di mudah.com. Situasi sama berlaku. Banyak rumah / bilik untuk disewa tapi kebanyakannya sudah jumpa penghuni baru. Arghhh stresss!

Dalam masa dua minggu ni, setiap hari aku mencari. Setiap hari aku search google.com dan juga mudah.com.  Tapi sayangnya kebanyakan iklan tu tidak berguna! Banyak rumah / bilik sewa tersebut sudah mendapat penghuninya. Ishhh tension pulak aku memikirkannya.

Aku juga mencari di facebook selain bertanya dengan kawan-kawan. Tapi hasilnya menghamparkan. Serius cakap aku hampir berputus asa. Tapi dalam pada putus asa tu aku tetap juga mencari. Sebab masa semakin suntuk. Takkan kesemua barang tu aku perlu angkut balik kampung. Oichhh tidak. Itu merupakan kerja yang sia-sia. nanti satu kerja pulak aku nak angkut kembali bawa ke sini.

Alhamdulillah. Hari ini, petang ni usaha aku membuahkan hasil. Syukur. Aku dah jumpa bilik untuk disewa area Senawang. Alhamdulillah. Akak yang aku whatsApp untuk bertanyakan apa yang perlu itu agak peramah. Kami siap boleh bersembang lagi. Acah-acah dah lama kenal. Huhuuu.. seronok plak rasa sebab dah jumpa apa yang dicari.

Bilik tu aku masih belum tengok lagi secara depan mata. Tapi dari apa yang diperkatakan, rumah itu terletak dalam perumahan baru. Rumah baru, agak selesa untuk empat orang penyewa, bilik satu seorang. Setakat ini, rumah tu hanya ada dapur dan tv sahaja. Mesin basuh tiada. Eh, itu aku tak kisah, yang penting aku jumpa tempat untuk berteduh. Yang paling penting dekat dengan tempat kerja aku.

Sebelum ni dah banyak nombor yang iklankan rumah / bilik untuk disewa tu aku whatsapp dan call. Ada yang jenis peramah. Apa yang jenis reply sepatah sepatah. Apa yang jenis baca tapi langsung tak reply. Apa yang jenis tak baca langsung. Ada yang jenis macam-macam jenis. Yang call pun sama. Aku call, memula bagi salam. Dia macam buat dono je, mungkin dah jawab salam dalam hati kowt. pastu dia senyam. Bila aku tanya sepatah, sepatah jugak yang dijawab. lepas tu suara bukan main macam kerek lagi. Fuhhh takde ramah mesra langsung. Sakit pulak hati den.












5 ulasan

  1. semoga dipermudahkan semuanya..harap2 dapat housemate yang sejiwa kan?hehe

    BalasPadam
  2. sepatutnya jika tuan rumah tu sudah mendapat penyewa maka iklan kat mudah tu di'delete' sahaja. Buat org keliru je.

    BalasPadam
  3. Moga dipermudahkan.. kalau dapat bilik sorang memang best la

    BalasPadam
  4. nie tips daripada pengalaman sy cari rumah atau bilik sewa hehe
    http://ciknurul23.blogspot.my/2017/06/5-tips-memilih-bilikrumah-sewa-untuk.html

    BalasPadam