24 Disember 2017

Perkhidmatan Pos Laju Kuala Terengganu Mengecewakan


KECEWA ! Itulah satu perkataan yang dapat aku ungkapkan ketika ini. Aku kecewa dengan perkhidmatan pos laju Kuala Terengganu. Sebelum ini pun aku pernah mengalami masalah yang sama dengan pos laju Kuala Terengganu ni. Tapi hati masih boleh sabar. Lagipun barang tu aku bukan nak guna dengan segera.

Tapi yang ini !! Aku memang bengang ! Barang kali ni aku nak guna dengan kadar segera kot! Kata pos laju tapi kenapa services yang diberikan amat lambat! Lembap! Bentap! Yesss.. aku marah. Aku sakit hati. Apa kes dah seminggu lebih tapi barang masih tak dapat? Aku bayar kot! Bukan free okay.

Tadi aku ada buat selidik sikit berkenaan pos laju Kuala Terengganu ni. Okay, apa yang aku temui semuanya tentang kelewatan barang. Hahaaa ingatkan aku sorang je yang mengalami masalah ni rupanya ramai lagi. Fuyooooo.. pos laju amende gini?




Kecewa sungguh kecewa! Ada yang call pejabat pos laju tu banyak kali tapi langsung tidak diangkat. Ada juga yang call, pastu diangkat kemudian diletakkan kembali. Wehhhhh aku pun kena benda yang sama. Mula-mula aku call no 09-6317845. Acap kali aku call. Banyak kali, berulang kali tapi langsung takde yang angkat. Operater cakap, talian sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi. Eh, sebentar abah awak! Dah sejam.. dua jam.. tiga jam.. berjam jam kemudian aku call masih lagi sama. Orang disana jawab call ke bergayut 24jam? Okay, sis tanya je. Disebabkan nombor telefon tu macam tidak dapat membantu, aku pun gigihlah mencari nombor lain untuk dihubungi dan akhirnya jumpa.

09-6315214. Nombor ni aku call dua tiga kali. Ada deringan tapi takde makhluk yang angkat. Okay, sis fikir yang murni. Mungkin diaorang sibuk. Takpe kejap lagi sis cuba call lagi. Maka dua tiga jam kemudian aku pun call. Masih sama takde yang angkat. Ku cuba dan terus mencuba.. akhirnya ada yang angkat. Aku dengan gigih say HELLO.. Assala.. Tetiba, eh dah letak?? Perhhhh binawe punya makhlukkk.. aku tak sempat nak habiskan salam dia dah letak. Aku call lagi sekali. Ada deringan tapi tidak diangkat. Okay, tunggu kejap lagi aku call. Tikk.. tik... tik.. tik... aku pun kembali call. Aku call, ada deringan, deringan kedua makhluk disebelah sana angkat pastu terus letak. Aku tak sempat nak cakap apa-apa. Wehhh panas hati aku! Bazir kredit aku! Binawe punya makhluk!! Alien sungguh!


Jujur cakap, aku kecewa sangat dengan perkhidmatan Pos Laju Kuala Terengganu. Sebelum ni dua tiga kali aku kena macam ni. Kelewatan dapat barang. Aku masih boleh bersabar. Sebab barang tu tak urgent untuk aku guna. Tapi situasi tetap sama. Aku call dua tiga kali tak berangkat. Ada yang aku call, diangkat pastu letak. Ada juga spesis yang bilamana aku check tracking number, katanya alamat tidak lengkap. Kepala bana sial penipu! Ada juga spesis yang aku terpaksa pergi kutip barang tu dekat pejabat pos laju sendiri. Katanya, sebab dia datang rumah tapi takde orang. Dia bagi salam berpuluhan kali tapi takde yang jawab. Ya Allah, menipu sungguh makhluk tu! Padahal langsung tak datang rumah. Langsung tidak! Hati aku panas je time dengar alasan tu tapi aku sabar sebab waktu tu aku di pejabat pos. Tapi.. ada jugak laaa terkeluar bunga bunga perli aku. Padam muka! Menipu lagi!

Aku memang pengguna tegar perkhidmatan pos laju. Aku biasa menggunakan perkidmatan pos laju Seremban, Kuantan, Senawang, Putrajaya. Semua tu elok je servicesnya. Barang sampai pada waktu dan hari yang betul. Sekiranya ada masalah, aku akan call terus. Elok je diaorang angkat call dan jawab segala pertanyaan. Bahkan diaorang pulak yang bertanya, ada apa-apa soalan lagi yang nak ditanya. Ramah mesra staff diaorang. Sangat berbeza dengan layanan perkhidmatan pos laju Kuala Terengganu.

Hurmmm.. rasanya dah berjela aku melepaskan apa yang terbuku dihati. Semoga lepas ni perkhidmatan pos laju Kuala Terengganu lebih pantas dan effisen. Tolonglah permudahkan urusan kami. Tolonglah buat penghantaran dalam waktu yang ditetapkan. Kami bayar setiap perkhidmatan bukan ya free. Akhir kata, mohon maaf diatas kekasaran bahasa yang tidak sepatutnya. Hahaaa matmrah sangat ni! Marah.

Take note : Sehingga saat ini aku masih belum dapat barang tersebut. Aku check tracking number, barang tersebut stuck disitu. Aku call tak berangkat. Aku email tak direply. Dugaan apakah ini?

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. Susah juga bila dah jadi camni. Paling tak jawab la col tu.

    BalasPadam
  2. kurang pekerja ke cmne.smoga berubah la dorg..mudhkn urusn org.org akn mudhkn urusnkita.

    BalasPadam