Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Doa Dan Adab Sebelum Masuk Hutan

.
.
Perkongsian terutama untuk yang beragama Islam.
Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir.

Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini
"Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau"

Jangan! Syirik hukumnya.

Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali

Setiap langkah di baca doa ini :

"Salamun 'ala sulaiman fil 'alamin"
Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'ul alim

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Semoga kita sama sama dapat mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.

***Doa Tambahan untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa

"Salamun 'ala nuhin fil a'lamin"
Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh

Take Note : Salah seorang sahabat hantar mesaj tersebut kepada aku. Katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan beringat sebelum masuk hutan. Katanya lagi betulkan niat, pakai pakaian yang sesuai dan bawak keperluan yang secukupnya. Alhamdulillah. Terima kasih awaknya. Gigih ingatkan saya setiap kali saya join trip.

Sejak kebelakangan ni, aku agak gemar dengan aktiviti hiking. Kebiasaannya hujung minggu, andai ada kelapangan aku akan ikut kawan-kawan masuk hutan atau panjat bukit. Kepenatan itu satu kepuasan untuk aku. Dapat hilangkan stress kerja. Semoga ilmu tersebut bermanfaat kepada anda juga. 

3 ulasan

  1. Akak pun suka hiking masa muda2 dulu... Tulah kalau dah masuk hutan ngan kengkawan nih memang kena hati2 lebih, kadang2 kita terlupa, gurau terlebih, ketawa terlebih, suka cakap besar walaupun kadang2 tu niat cuma untuk bergurau... Kalau pandai ayat2 untuk pagar diri pun bagus juga...

    BalasPadam
  2. biasa sangat kan orang buat main perkara ni..kalau terkena baru tahu camane!eii mintak jauh dari gangguan jin!

    BalasPadam
  3. bgus nya peringatan sebelum masuk hutan..boleh juga amalkan doa harian kan

    BalasPadam