28 Mei 2018

Kisah Sebelum Audit Berlaku

Penat.
Aku penat.
Mengikut segala arahan.
Mengikut segala aturan.

Sepatutnya audit bermula beberapa minggu lepas tetapi ditangguh dan ditangguh. Hampir beberapa minggu sudah berlalu. Sampai satu tahap aku yang rasa muak. Menyampah bila dengar perkataan audit.

Audit. Bila sebut audit, memang aku seram. Apa yang seram sangat audit ni sebenarnya? Entahlah. Risau sebenarnya. Takut kilang aku tak capai piawai yang dikehendaki. Tapi itulah... penat penat kami mengemas, audit ditangguh. Minggu seterusnya kemas lagi demi audit. Eh tangguh lagi.

Esok audit? Ya, itu yang heboh diperkatakan dalam kilang tadi. Esok audit.  esok audit.. esok audit. Masing masing takut kemaskan apa yang patut. Masing masing cuci apa yang perlu. Bahagian production, aku rasa memang mengemas setiap hari kot. Tapi itulah, bila start running machine mesti berhabuk semula. Mesti plastik yarn tu menimbun. Itu mestilah! Sememangnya kemestian.

Kami di workshop lagilah pening memikirkan kekemasan. Hahaaa celah mana nak kemas. Hari hari kami hadap minyak, hadap metel, hadap iron dan blaaa.. bla.. bla... Kemas tak sampai setengah jam, pasti lepas tu berterabur kembali. Serpihan iron waktu guna machine milling dan lathe. Belum masuk lagi part repair motor. Segala bagai minyak dan hitam hitam ditangan..

Oichhh pening aku memikirkan audit ni. Untuk harini agak kelam kabut. Kerja aku pun agak luar biasa. Aku dapat tender cat mengecat beb. Hahaaa nak nangis je rasa. Kenapa mesti aku? Why me??

Sebelum sebelum ni pun memang aku yang handle bab mengecat. Dari mengecat lantai hinggalah mengecat machine. Tak tahulah kenapa aku yang dapat kerja cat mengecat tu. Aku syak diaorang ingat aku pro kot cat mengecat ni. Ni mesti kes aku cat lantai warehouse aritu. Adehhhhh! Time tu aku cat sebab dah takde mainpower yang nak buat kerja tu. Time tu memang kekurangan mainpower so aku oun bedal je lah. Gigih aku cat wehhh.. Pastu aku cat plak lantai bhgian production yang direnovert. Gigihlah aku cat seketul seketul. Ingatkan, habis kerja kerja renovert tu, dah takde sesi cat mengecat. Minggu lepas aku dapaf arahan untuk cat/tacap machine yang luntur warna dan hampir karat pulak. Fulamakkkk.. Jenuh jugak aku nak siapkan satu persatu.

Untuk arini aku ditugaskan cat machine bemning dan tentree plak. Nak taknak kene juga buat. Sudah tuntutan kerja. Jujur cakap, aku suka bab cat mengecat ni. Tapi satu je yang menyampah. Percikan cat terkena baju, seluar, kasut dan tudung. Arghhh stresss. Setiap kali cat meati ada yang terkena. Cat lantai warna grey, kasut pun terpalit sama. Cat machine warna krim, seluar pun terkena sama. Cat machine warna hitam, baju aku pun terkena sekali warna tu. Cat line warna kuning, tudung aku pun terkena sekali. Cat machine tentree warna grey arini. Habis tudung dan seluar aku pun terpalit sama. Hahaa tangan plak jangan ditanya. Normallah tu terkena cat.


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan:

  1. wahhh, mesti bos suka tengok awak mengecat tu.. sbb tu die suruh.. hebat..

    BalasPadam