Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Leader Dimarahi Disebabkan Sikap Tidak Bertanggungjawab Anak Buah

Kadang kala aku perhatikan sahaja. Timbul perasaan geram dan terkilan dihati. Tapi siapa aku untuk menegurnya. Aku hanya budak baru yang tiada apa apa keistimewaan. Aku perhatikan saja tingkah laku mereka. Oichhh kurang ajar! Langsung tidak ada rasa hormat.

Wahai anak muda, kau siapa nak berlagak sangat. Aku, kau dan dia level yang sama. Bahkan dia terlebih dahulu bekerja sebelum kau dan aku. Semestinya dia lebih berpengalaman. Dia lebih berilmu dari pada kita. Dia patut dihormati bukannya dikeji, dicaci maki. 

Ya, dia bukan warga Malaysia. Tapi ketahuilah, dia juga ada hati dan perasaan. Dia juga ada rasa sedih dan marah. Mungkin dia diamkan sahaja segala perbuatan kejam kau kerna andai dia berkata-kata pastinya tiada siapa yang akan berpihak kepadanya. Dia hanya perantau. Menumpang disini untuk mencari secebis rezeki bagi menyambung kehidupan dan membantu keluarga dikampung.

Aku perhatikan sahaja cara kau. Cara yang agak kurang ajar. Kau siapa nak marah marahkan dia. Kau siapa nak membodohkan dia. Mungkin dia tidak fasih berbahasa melayu, dia tidak faham bahasa melayu tapi dia ada kepandaian tersendiri. Cubalah berkawan dengan dia. Janganlah menjadi manusia yang berlagak. Manusia yang acah acah pandai. 

Aku tahu banyak lagi benda yang kau tidak tahu berkenaan machine tu. Tapi kau berlagak. Langsung tidak bertanyakan mereka. Kau lebih rela perhatikan cara mereka melakukannya terlebih dahulu dan kemudian kau menirunya. Bila apa yang kau tiru tu salah, tidakkah kau sedar bahawa leader yang akan bertanggungjawab? Tak pasal pasal leader kena marah disebabkan sikap bodoh sombong kau. Lain kali kalau tak tahu, terus bertanya. Jangan diam dan mendabik dada!

Sungguh, hati aku sayu. Aku dengarkan sahaja rintihan mereka tentang kau. Disebabkan kau seorang, satu department kene marah. Kau tahu apa perasaan leader kau? Kau tahu apa yang dia rasa? Kau tahu apa yang dia alami??

Sedih! Kau tahu tak sedih!! Setiap kali leader kau ke workshop, aku perhatikan muka keruh dia. Bila aku bertanya, mesti dia geleng kepala. Bila aku desak dan desak, maka dia bercerita dengan suara yang sayu dan raut wajah yang sedih, stress mungkin.

Kerana kau seorang, satu department dapat masalah. Kau buat kilang tu macam bapak kau yang punya. Kalau rasa rajin, kau datang kerja dan kalau malas tak nampaklah batang hidung kau. Kau poteng kerja ikut suka hati kau je. Kejamnya! Sekurang kurangnya bagitahulah sepatah pada leader. Mudah untuk dia settlekan kerja kerja kau. Ini tidak, kau tak datang.. Pastu kerja tak bergerak.. Giler!

Tengah hari semalam aku ternampak leader tu kena marah. Oichh kene marah lagi. Semuanya disebabkan kau, budak bodoh sombong! Banyak produk yang kau rosakkan tapi kau tetap packing dan masukkan dalam kotak! Hurmmm.. Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan kau ni. Tapi aku harap kau cepat berubah sebelum terlambat. Jangan nanti kau dah kene buang kerja baru menyesal. 


Tolonglah permudahkan urusan orang lain. InsyaAllah, nanti urusan kita juga akan dipermudahkan. 


1 ulasan

  1. Hushh disebebkan nila setitik. Harap2 diri ni tak tergolong dalam golongan nila setitik itulah. Minta dijauhkan sangat-sangat

    BalasPadam