Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sikap Manusia Kenapa Begitu?

Terkilan. Itu yang aku rasakan tika dan saat ini. Terasa hati. Rasanya hati aku telah mati untuk rasai semua itu.

Aku tidak menyalahkan kau atas apa yang telah terjadi. Ini salah aku. Ya, salah aku, bukan kau. Tapi kenapa kau kejam sangat?

Kita sudah lama kenal. Sudah terlalu banyak suka duka yang kita lalui bersama. Sudah terlalu banyak pahit manis yang kita tempuhi bersama. Masihkah kau ingat segala kenangan kita bersama? Masihkah kau ingat semua tu?

Ingat lagi tak, kereta kau rosak dimalam hari. Kau call aku untuk settlekan kereta tu. Ingat lagi tak, kereta kau tiada minyak diatas highway, kau call aku untuk hantarkan minyak. Ingat lagi tak, kita pergi mall dan kau lupa dimana kau parking kereta. Waktu tu kita kelam kabut mencari. Ingat lagi tak?

Kau ingat lagi tak, setiap malam kau call aku dikala aku kecewa suatu masa dulu. Ingat lagi tak, kau tolong aku angkat barang ketika aku pindah rumah. Ingat lagi tak, kau pinjamkan aku duit ketika aku tidak berduit. Ingat lagi tak tetiba kereta rosak dalam perjalanan kita ke pantai. Waktu tu aku yang tolak kereta. Kau handle strering. Ingat lagi tak??

Kau ingat lagi tak semua tu? Banyak sangat kenangan untuk aku ungkap satu persatu. Kenangan dengan kau tak pernah padan dari ingatan aku. Aku hargai setiap pertolongan yang kau hulurkan. Terima kasih.

Tapi untuk kali ni aku kecewa dengan sikap kau. Kau sanggup tipu aku kerana dia. Kerana dia.. Aku kecewa dengan silap kau. Sungguh, aku kecewa.

Duhai sahabat, kau hati ape perasaan aku pada kau. Aku tahu apa perasaan kau pada aku. Walaupun kita tiada ikatan tapi ingatlah segala janji kita. Janji yang pernah kita ungkapkan suatu ketika dulu. Janji untuk halalkan semua ni bila tiba masanya nanti. Janji untuk sentiasa menjaga hati masing masing. Janji untuk tidak sakiti hati masing masing. Janji untuk tidak berbohong dan menidakkan sesuatu kebenaran. Masihkah kau ingat janji itu??

Untuk tika dan saat ini aku kecewa. Airmata aku tak mampu untuk berhenti mengalir mengenangkan perilaku kau tika ini. Sanggup kau tipu aku kerana dia. Sanggup kau sakitkan hati aku kerana dia. Sanggup kau pertahankan dia didepan aku. Sanggup kau berkasar dengan aku demi dia. Sanggup kau.. tegarnya hatimu sayang..

Dia siapa dihati kau? Siapa aku dihati kau kini? Dia sebenarnya yang ada dihati kau tika dan saat ini? Jujurlah pada hati kau. Andai aku bukan lagi dihati kau, katakan sejujurnya. Ya, memang sakit untuk aku. Tapi aku rela undur diri. Rasanya tak perlu lagi aku pertahankan semua ni kiranya aku bukan lagi dihati kau. Hurmmm...

Take note : Kejujuran penting dalam sebuah perhubungan. Jangan sesekali menipu atau sembunyikan fakta yang betul. Andai kata fakta itu menyakitkan hati skali pun, jujurlah. Mungkin kejujuran itu menyakitkan hati tapi juga boleh melegakan hati. Tapa kejujuran sebuah perhubungan itu langsung tidak bererti. Sekian.

Tiada ulasan