10 Mei 2018

Suasana Kerja Di Hari Cuti

Assalamualaikum..

"walaupun kerajaan berubah, walaupun diberi cuti, aku tetap kerja seperti biasa"

Ceritanya macam ni.. malam tadi gigih aku tidur sampai pukul 4pagi weh. Nak tunggu pengumuman siapa yang menang. Kan siang tu ada pertandingan. Kihkihkih... aku tunggu punya tunggu sampai tertidur. Bangun pagi tadi, langsung lupa terus keputusan pemenang tu.

Maka seperti biasa, aku bersiap nak pergi kerja. Iron tudung dengan slow motion. Ambil mood mandi beberapa minit. Tengah bersiap nak pakai kasut tetiba ada call masuk. Eh, gila mana plak yang call aku pepagi buta ni?? Adam?? Biar betul mamat ni call aku pepagi buta. Mimpi eh?

Aku angkat call, tak sempat lagi nak say morning.. Adam dah bagitahu harini cuti. Cuti wehhhh!!! hahaaa aku tak tahu nak gelak ke nangis. Aku dah siap dengan pakaian kerja. Tengah panaskan enjin motor sambil ambil mood pakai stokin dan sarung kasut safety. Sekali c.u.t.i.... oichhh blur kejap!

Adam ada tanya, aku tahu ke tak yang arini dan esok cuti. Rasanya pagi tadi aku masih dalam mamai kot. Tak tahu apa yang aku merapu.. Aku pun tak berapa ingat apa yang dia jelaskan berjela pagi tadi. Yang aku ingat, aku bagitahu dia bahawa aku sudah siap. Tunggu masa je nak gerak pergi kerja ni. Kihkihkihhh.. sempat dia gelakkan aku wehh! tenukkk jugak leader aku ni. Tapi takpe sebab aku terhibur. Katanya, kalau arini aku kerja jugak dikira special kes. Oichhh special kes eh? Okay aku on. Terus gerak pergi kerja.

Hari ni aku agak kelam kabut. Setiap pagi seperti biasa, rutin check machine. Cari mana kerosakan atau sesuatu yang tidak kena pada setiap machine. Pastu aku settlekan lampu LED dan wiring yang bermasalah. Letih nak ke hulu ke hilir mencari barang. Harap lampu tu panjang umur lepas ni. Penat weh nak tahan panas, panjat tangga tinggi-tinggi. Settle kerja tu, aku tolong Adam adjust machine baru. Aku pun tak pastilah apa masalah machine tu. Rasanya hampir 6bulan dah kowt machine tu tapi masih tidak dapat keluarkan produk. Katanya masih dalam ujikaji. Nak tenun benang dengan padat dan lebih kemas. Oichhhhh diy sungguhlah kepala leader aku ni! Aku tolong mana yang mampu.

Okay, lepas lunch aku sambung lagi sedikit adjust machine tu. Sikit tak sikit, bermandi peluhlah jugak nak siapkan semua tu. Itu pun baki baki terakhir aku tinggalkan pada Adam je. Aku settlekan kerja lain pulak. Buang benang yang rosak. Yang ni kerja yang paling aku tak suka buat. Sebenarnya kerja ni mudah je tapi itulah. Kerja ni membuatkan aku mengantuk. Huhuuu..  bosan weh kerja buang benang ni. Tadi sempat aku buat 4 ketul, pastu tolong si Dibash wiring motor pada machine KM07.

Wiring motor pada machine KM07. Ini salah satu diantara kerja yang aku suka. Wiring motor.. repair machine.. bagi aku ini ilmu baru. Ilmu yang hanya aku dapat ketika bekerja disini. Walaupun kerja ni mengotorkan tangan, comotkan baju tapi aku suka. Sebab entahlah! Aku suka kerja kerja macam ni. Hampir satu jam jugak tadi aku settelkan motor tu. Leka buat kerja, sedar tak sedar sudah pukul 7 petang. Okay, aku terlajak ot satu jam. Huhuuuu...



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: