Alhamdulillah. 2 May 2018, genap sebulan aku bekerja di sini. Tak sangka aku dapat bertahan sehingga ke hari ini. Huhuuu.. sebelum ni aku pernah merungut akan kepayahan bekerja disini. Merungut untuk berhenti kerja. Tidak tahan dengan budaya kerja disini. Tidak takan dengan situasi kerja disini. Tidak tahan dengan keadaan dan persekitaran kerja disini. Tidak tahan!!!
Dua minggu pertama disini, aku agak banyak merungut. Buat kerja pun macam tiada semangat. Mungkin agak terkejut dengan budaya dan keadaan kerja disini. Cara bekerja disini sangat berbeza dengan caa bekerja yang aku pernah kerja sebelum ni. Mungkin aku terkena kejutan budaya. Kihkihkihhh...
Dalam pada merungut, banyak benda yang aku fikir. Aku cuba untuk berfikiran positif. Bersyukur dengan apa yang aku dapat dan aku lalui. Aku cuba pandang dari situt yang lain. Apa yang aku lalui sekarang adalah realiti hidup aku. Ini sebahagian dari hidup aku. Apa yang aku tempuhi sekarang berkaitan dengan bidang yang aku belajar. Ini bidang yang aku ambil sewaktu belajar dulu. Jadi inilah yang harus aku tempoh.
Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh. Kalau orang lain boleh hadap, kenapa aku tak boleh. Kalau orang lain boleh tahan, kenapa aku tak boleh. Aku bekerja 8 jam sehari. Mereka bekerja 12 jam sehari. Kalau mereka larat kena tidak aku. Mereka jauh merantau semata-mata nak cari rezeki. Mereka tahan dan telan segala cacian dan umpat keji yang diberikan oleh orang sekeliling. Dari mereka aku belajar untuk jadi lebih kuat. Mereka warga asing yang bertarung untuk hidup, membantu keluarga. Ada yang sudah lama bekerja dan ada yang masih baru bekerja. Ada yang umur telah tua dan ada yang umur baru setahun jagung. Mereka selalunya dipandang serong oleh rakyat malaysia tetapi mereka abaikan semua tu. mereka jalani hidup seperti biasa.
Akhirnya aku sedar walaupun ada kalanya terleka. Niatkan bekerja kerana Allah. Bersihkan hati, niatkan dengan betul. InsyaAllah, hati kita akan tengan, kita akan belajar untuk redha dan lalui hidup ini dengan lebih tabah. Itulah yang aku lakukan. Alhamdulillah, sebulan sudah aku disini. Aku gembira dengan kerja aku sekarang. Mereka disekeliling aku sangat baik. Mereka sentiasa membantu aku, mengajar aku, dan menegur kesalahan aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih untuk rezeki yang diberikan ini. Semoga aku terus tabah dan bertahan dengan pekerjaan aku ini.
moga terus kuat menghadapi ujian dalam pekerjaan.
BalasPadamInilah lumrah, tak bekerja pun akan ada ujiannya...
BalasPadamSemoga teruss tabah dan berjaya dalam pekerjaan okay !
Alhamdulillah, samalah dulu masa mula-mula bekerja. #takkirakatmana stress hahah tapi bila dah lama dah ok dah. Kadang-kadang kita kena berani juga hadapi kenyataan walaupun hakikatnya kita tak yakin dan ia amat memeritkan.
BalasPadam