Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Putaran Hidup Kita

Ketika burung masih hidup, burung makan semut.
Tapi bila burung mati, semut pula makan burung.

Sebatang pokok boleh buat sejuta batang mancis.
Tapi sebatang mancis, boleh bakar sejuta batang pokok.

Gajah akan memijak buaya atas darat.
Tapi dalam air, buaya gigit gajah putus dua.

Doktor merawat orang ketika sakit
Tapi doktor pula dirawat ketika sakit.

Si kaya rasa somnong masa berada
Tapi kesal bila tiada apa apa.



Janganlah menyakiti orang dalam hidup ini, selalulah berbuat baik dengan semua kerana apa yang kita buat semuanya akan ada balasannya.


Manfaat Kesihatan Daripada Joging

Manfaat kesihatan daripada joging

1. Baik untuk tulang
Tulang akan menjadi semakin kuat apabila selalu menerima rintangan. Tulang kaki khususnya mendapat manfaat yang paling besar bagi senaman ini.

2. Menguatkan otot
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit tetapi lama-kelamaan, badan akan akan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

3. Sihat untuk jantung
Joging akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen lebih tinggi semasa bersenam. Ini akan menjadikan jantung lebih sihat.

4. Membakar kalori
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah sia-sia. Ia membakar kalori di dalam badan anda dan membantu menurunkan berat badan.

Joging untuk tujuan berbeza


Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza.

Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:

1. Meningkatkan stamina – jika anda baru ingin bermula, mulakan dengan berjalan laju. Kemudian, beralih kepada berlari anak sebelum menambah tempo larian anda.

2. Menurunkan berat badan – kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang efektif, kawal juga jumlah kalori daripada pemakanan anda.

3. Menambah kenalan dan teman sosial – sukan sememangnya medan yang baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Anda boleh menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.

4. Menyertai pertandingan – ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.


Credit : maskulin
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)





Kenapa Perlu Jaga Hati Manusia Lain?

"Kita tidak mampu untuk puaskan hati semua orang dan semua orang belum tentu mampu puaskan hati kita"


Kenapa kita terlalu kisah nak jaga hati orang lain? Padahal hati kita dah terluka, terobek dihiris sembilu.. Tidakkah kita sedar yang kita terlalu kejam pada diri sendiri??

Kekadang aku terfikir, kenapa manusia terlalu pentingkan diri sendiri? Kenapa manusia terlalu mendabik dada pandang ke langit? Kenapa manusia terlalu payah untuk sedar diri?? Kenapa..

Setiap persoalan aku tak pernah ada jawapannya. Setiap reka teki yang berputar dlm kepala aku tak pernah terungkai. Apakah terlalu rumit persoalan itu? Apakah terlalu sensitif isu itu?

Pernah satu ketika, aku menjaga hati seorang manusia. Disebabkan rasa sayang yang menggunung dan menggebu, aku telankan saja semua kepahitan dan kesakitan yang mendatang. Ya, aku sayang dia. Doaku sentiasa yang baik baik untuk dia. Aku terlalu menjaga hati dia. Entahlah, mungkin dia rimas barangkali dengan sikap sebegitu aku! Hahaaa.. tapi aku tengok, dia macam okay je. Hinggalah suatu hari, tanpa angin ribut taufau aku dikhabarkan satu berita yang menghempas hati aku. Jujurnya, tika dan saat itu separuh semangat aku hilang. Hurmmm... inikah keaudahannya setelah aku berusaha menyenangkan dia, aku berusaha menjaga hatinya. Ya, mungkin aku ada salah silap dalam tak sedar. Mungkin ada sikap aku yang mengjengkalkan dia tanpa aku sedari. Mungkinlahhh... hingga kini aku tak pasti dimana salah dan silap aku..

Dari situ disaat itu aku mula mengamalkan sikap malas tak nak peduli. Malas nak ambil port. Malas nak ambil kisah. Aku keraskan hati untuk teruskan hidup ni. Bertahun lamanya aku tutup pintu hati. Bertahun lamanya aku langsung tak sentuh soal hati. Sehinggalah kini, tetiba seseorang berjaya cairkna hati aku yg keras itu. Tapi kemanakah penghujungnya. Hurmmm belum apa apa, aku dah seakan rasa kesakitan lama seperti berulang kembali. Hurmmm...




Wireman | Kisah "Saing Kawe"

SAING KAWE (TAK BACO RUGI BESAR)

Saing kawe,
Baik buruk saing kawe,
Tolol bengong pun saing kawe,
Nakal dan jahat tetap saing kawe,
Hok lebai ada jare jare,
Hok jahil sekeliling pinge,
Hok tak tahu gapo satu bertunggang lange,
Itulah saing saing kawe,

Saing kawe
Ada hok buleh tumpe,
Ada hok suka amik kesempate,
Ada hok make dale,
Ada hok suka cice alik belake,
Ada hok mace harima bele,
Dan ada hok jenis make ore,
Itulah saing kawe,

Saing kawe
Hok cidik tokleh nak tumpe,
Hok bodo tindih di perase,
Hok bengong jadi mat gie,
Hok tolol curi aye ore,
Hok lebai kade kade tak smaye,
Hok jahil sapa masjid dia ile,
Itulah saing saing kawe,

Saing kawe
Bukan semuanya tokleh tumpe,
Ada jugak masa kawe susoh dia bui tumpe,
Time kawe seney di hile,
Time tts berebut dia belanja make,
Masa kawe nak bayar dia menolak smace,
Kade kade kawe kata blakam pare,
Itulah saing kawe,

Saing Kawe
Ado hok pah ko hidup sore,
Ado hok dok gilo ko ore buje,
Ada hok bini sore,
Ada hok bini lebih pado sore,
Macam macam jenis saing kawe,
Dan itulah saing kawe,(TAK BACO RUGI)

Saing kawe
Alik sana ada hok seney,
Alik sini dok berkube lembe,
Mari alik depe nampok come,
Tengok kot blake super sete,
Nampok huduh tapi baik punya ore,
Itulah saing kawe,

Nukilan kawe
Berjudul : SAING KAWE


Take Note : Salah seorang rakan sekelas waktu Wireman dulu hantar kata kata ni dalam group. Bila dibaca dan dihayati.. seakan betul. Huhuuu... mendalam maksud yang cuba untuk disampaikan tu. Semoga persahabatan kami semua kekal sampai Syurga.

Lirik Lagu Anak by Achey

Rasa ini
Kasih ini
Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran
Kepayahan
Ku lakukan untuk mu wahai sayang

Kasih ku lama telah terpendam
Dan tiba masanya untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti

Dan tiba masanya
Untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti



THE LITTLE FELLA'S


Boleh klik banner di atas untuk join :)



Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi 2019


Sila klik banner untuk join :)



Kisah Disebalik Warna Baju Banduan Malaysia

Pernah tak terfikir kenapa mereka yang berada di tahanan memakai baju yang tidak sama warna?
Pernah tak terfikir apakah maksud disebalik warna warna baju tersebut?
Untuk korang yang tidak pernagh tahu dan rasa ingin tahu boleh baca disni

MAKSUD DISEBALIK WARNA BAJU BANDUAN MALAYSIA




Kenapa tiba tiba aku petik kembali entri yang sudah lepas?
Ceritanya macam ni, seperti biasa bila buka blog aku akan check komen. Okay, scroll punya scroll, tetiba satu komen seakan menyentuh tangkai hati aku. Tak tahu kenapa, tetiba rasa sebak dihati.

"Saya harap ayah saya dapat balk raya bersama keluarga lagi sekali sebap sudh 17 tahun ayah saya kat dalam pejara marang terangganu ...saya doa sahaja - UNKNOWN" 

Buat awak,
Saya tak tahu siapa awak. Saya tak pasti dimana awak tinggal. Saya tak pasti berapa lama lagi ayah awak di dalam sana. Saya tak pasti berapa lama sudah awak berjauhan dengan ayah tercinta. Dari kejauhan saya doakan semoga awak dan keluarga tabah dalam melalui semua ni. Memang perit dan sakit bila berjauhan dari orang yang kita sayang, tapi kuatlah demi mereka yang ada disekeliling awak. Beberapa tahun lalu, saya pernah rasa apa yang awak rasa sekarang ni. Saya pernah laluinya. Semoga awak ayah cepat dibebaskan dan korang dapat bersatu kembali. Semoga urusan awak sekeluarga dipermudahkan. Aamin.


Sejujurnya, aku sebak bercampur sedih. Tak dapat nak bayangkan macam mana mereka sekeluarga menanti kepulangan ayah tercinta. Sama samalah kita diakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. 

Bina Kembali Kehidupan Dari Bawah

"Bila  Allah letak kita di bawah, sebenarnya Allah nak ajar kita cara nak daki semula ke atas. Setiap kepahitan yang kita  akan ada kemanisan dipenghujungnya."


Tips Kurus Tanpa Berlapar

5 TIPS KURUS TANPA BERLAPAR!

No.4 tu ramai tak buat, patutlah tak kurus-kurus😂

1. Suku-suku separuh!
Kurangkan karbohidrat, lebihkan portion sayur & buah

2. NO air manis. Langsung.

3. Ketuk ketampi tanpa angkat tumit dari lantai, buat 5-10minit 3x sehari. Ala, lepas melabur tu buatlah 😁

4. Konsisten. Jangan pulak selang sehari cheat day 😂 Tak perlu skip meal tapi stick to no.1😊

5. Haip. Buat no. 1-4 dulu 2-3bulan, tengoklah hasilnya 😎


P/s:
Kalau lapar, amalkan minum Coffee Klubna Laleh. 😊


Kisah Poket Bocor

POKET BOCOR


Imam Masjidil Haram dalam khutbahnya mengatakan:
Hati-hatilah dengan poket yg bocor

Engkau telah berwudhu' dgn sebaik-baik wudhu' akan tetapi engkau boros memakai air,
(itu sama dengan) poket bocor

Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian engkau menghina dan menyusahkan mereka,
(itu seperti) poket bocor

Engkau solat malam hari, puasa di siang hari dan mentaati Tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahim, (jelas itu adalah) poket bocor

Engkau berpuasa dan sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci,
(sama dengan) poket bocor

Engkau memakai penutup muka dan baju labuh , tapi minyak wangi baunya menyengat,
(itu) poket bocor

Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu) poket bocor

Pada akhirnya engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket bocor, satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau menjatuhkannya dengan mudah di sisi lain.Ya Rabb, kami mohon hidayah dan ampunan atas kami dan orang-orang yg kami cintai

Keganjilan-keganjilan kaum muslimin umumnya :

1. Tidak mampu pergi haji kerana pembiayaannya besar, akan tetapi sanggup pergi melancong mengganti suasana, bukankah perdagangan Allah itu mahal

2. Tidak sanggup membeli haiwan korban kerana harganya yg mahal, tapi sanggup membeli iPhone sekadar ganti model baru, bukankah perdagangan Allah itu mahal

 3. Sanggup membaca chating hingga seratus percakapan setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Qur'an dengan dalih tiada waktu yg cukup untuk membaca, bukankah perdagangan Allah itu mahal


Kisah Ragam Customer

Customer: sis...harga ni berapa?
Seller : RM58 Dik..postage rm8
Customer: Ala...bagi la free postage..genapkan rm 50 ke..kan senang..susah bank tak terima duit kecik..
Customer: sis...harga ni berapa..kalau COD boleh tak
Seller : rm 58 dik..kalau COD sis cas rm 5...
Customer : alah sis tak cas COD tak boleh ke??

Sekarang...cuba tukar situasi...

Boss: gaji awak berapa setiap bulan?
Pekerja : RM1200 basic..ot.bulan Ni rm988.50
Boss: OT Rm988.50? boleh TAK kalau saya bayar rm980..genapkan..senang kira...
Pekerja: mana boleh macam nak mati kerja.. gila punya bos

Dapat?

Mereka berniaga @ cari rezeki @ cari duit...bukan buat khidmat masyarakat...
keuntungan itulah gaji mereka😁😁

Jangan minta harga ahli @ harga kos @ diskaun...kecuali seller tu sendiri bg OFFER

😭😭SELALU KENA MCM NI DGN CUSTOMER
😌😌😌😌😌😌😌


Belajar Menghargai Diri Sendiri

"Yang memilih untuk pergi, lepaskan. Yang masih ada, appreciate. Walaupun yang masih ada tu cuma diri sendiri. The strongest person is the one who being left but still keep smiling & moving forward. Nothing can be undone with the past. Accept"



Tips Didik Anak Soleh

1. Bangun pagi, peluk anak sekurang kurangnya 3x dan usap kepalanya sambil berselawat dan berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)

2. Lembutkan hati anak
*hembus pada ubun ubun, makanan dan pakaian*
- Surah AlFatihah
- Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
- Surah Taha (ayat 1-5)
- Ayat Qursi
- Zikir Ya Latif

3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus
- Ya 'Aziz
- Ya Jabbar
-Ya Mutakabbir

4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai
(Surah Ibrahim : ayat 40)

5. Sentuh lembut ubun uban anak dengan tangan sambil doa dan nyatakan  harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.


*Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh*


Hati Terdetik Untuk Berubah

"Kalau kau rasa nak start berubah tapi tak tahu nak mula dari mana. Mula dengan jaga solat dulu. Sebab orang yang baiki solat, dia sebenarnya tengah baiki hidup dia"

Bila tak solat, kita akan rasa kosong. Ya, memang kita ada keluarga, kita ada kawan kawan tapi mereka bukan 24jam bersama kita. Ketika dengan mereka, memang kita akan rasa happy, gembira, suka bergelak ketawa. Tapi hakikatnya bila bersendirian, kita akan rasa kosong nun jauh disudut hati. Pernah tak rasa macam tu?

Adakalanya, kita sedang luangkan masa bersama kawan kawan, tapi jauh didasar hati kita tak rasa gembira pun pada tika dan saat itu. Hati kita seakan gelisah. Jiwa kita seakan tidak tenteram. Kita tidak tahu apakah dan kenapakah semua itu berlaku. Puas dicari jawapannya tapi tidak dijumpai. Hurmmm...

Berubahlah. Dekatkan diri denganNya. Solatlah. Bercakap dan megadulah kepadaNya. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbuku dihati kita. Dia mengetahui apa yang kita dambarkan selama ini. Paksa diri. InsyaAllah, nanti bila dah selalu dibuat nanti akan dilakukannya dengan rela hati.


Secebis Hati Yang Terpaksa Kuat


Dear hati,
Jangan sesekali menyerah
Walau sepenat mana pun engkau
Walau sesakit mana pun engkau
Walau sepedih mana pun engkau
Jangan pernah mengyerah!

Dear hati,
Walaupun hampir tersungkur
Walaupun hampir terjatuh
Tetaplah kau kuat
Jangan pernah kau mengalah

Dear hati,
Sesungguhnya jiwa ini terlalu penat
Sesungguhnya badan ini terlalu merana
Tapi tetaplah kau kuat
Demi secebis kehidupan ini
Wahai hatiku...

Perkara yang lepas hanya kenangan. Jangan pernah menoleh. Teruskan perjalanan. Ciptalah kehidupan yang beru dalam suasana yang baru bersama insan yang baru. Kau berhak untuk kecapi sebuah kebahagiaan bukan hanya secebis penderitaan

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)


Saya dah join.
Awaknya bila lagi?
Okay, yang nak join boleh klik banner di atas.
Jom support sesama blogger.



2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN


Saya dah join, awak bila lagi?
Okay, yang nak join boleh klik banner diatas.
Jom sama sama support blogger :)



Segmen Bloglisted 2019 by Misya


Segmen Bloglisted 2019 by Misya

Okay, untuk awak yang nak join boleh klik gambar diatas.
Jom sokong sesama blogger :)

Semoga dipenghujung 2018 dan menjelang 2019 ni,
segala urusan kita dipermudahkan dan bahagia selalu.



Terima kasih Kenangan Tahun 2018


Alhamdulillah, tahun 2018 hampir melabuhkan tirai. Berbaki lagi lebih kurang seminggu macam tu. Huhuuu.. rasa macam tak percaya pulak. Rasa macam cepat sangat tahun ni berlalu padahal sama je, masih lagi 365hari kot. 

Sudah tercapai ke target untuk tahun 2018?
Alhamdulillah. Azam dan target aku sebahagiannya telah tercapai. Bila difikirkan balik, rasa macam tak percaya pulak, tapi itulah hakikatnya.. heheee sukanya rasa dihati ni!

Bagi aku, tahun 2018 merupakan tahun yang agak mencabar untuk aku. Ini merupakan permulaan tahun yang aku terjun dalam bidang pekerjaan yang sebenar benarnya. Belajar dah habis. Okies, rasanya dalam masa terdekat ni, aku takkan sambung study lagi dah. Nak kerja dan teruskan bekerja plak. Hehee..

Zaman sekarang, nak cari kerja bukan mudah. Lebih lebih lagi bila kau baru habis belajar. Pengalaman pulak setakat cukup cukup makan je dan bidang kau plak lebih dimonopoli oleh kaum lelaki. Fuhhhhh, dugaan waktu nak mencari kerja memang mencabar nyah! Ya, kerja tu sebenarnya banyak je tapi itulah.. company nak pekerja lelaki bukannya perempuan macam aku ini. Hampir 3bulan jugak aku mencari. Banyak interview yang aku pergi, banyak company yang aku apply. tak kiralah bidang yang aku belajar ataupun tidak. Aku apply semua. Kalau itu rezeki aku, aku terima. Kalau itu bukan rezeki aku, aku cuba lagi.

Dalam masa yang sama aku ada buat bisness online untuk teruskan kehidupan ni. Huhuuu. aku bergantung pada bisness online tu sementara dapat kerja tetap. Nak kata masyuk tu, tidaklah. Apa pun, alhamdulillah. Tiap bulan, aku masih dapat hulurkan sedikit pada keluarga dikampung. Adat berniaga, ada pasang surutnya.

Okies, berbalik pada pencarian kerja aku. Hampir kesemua kilang di sekitar Senawang aku pergi. Aku drop resume, aku isi borang di pondok guard, aku apply secara online dan blaa blaaa blaaaa. Sampai satu tahap aku hampir mengalah. Mungkin rezeki aku bukan disini, mungkin rezeki aku di kampung. Dalam pada itu, aku terus juga mencari dan mencari.

Sungguh percaturan Allah itu indah. Kekadang aku pun macam tak terfikir dek akal. Alhamdulillah, rezeki aku dah tiba. Akhir bulan Mac, aku dapat panggilan interview dari salah satu company yang aku apply secara online untuk jawatan "general worker". Ya, itu bukan bidang aku tapi kalau sudah ditetapkan rezeki aku disitu, aku terima je. Aku tak fikir panjang, terus setuju untuk ke interview tersebut. Hari yang ditetapkan pun tiba. Berbekalkan seketul resume aku ke interview tersebut. Dalam hati tak putus berdoa semoga jawatan tu milik aku. Heheee.... 

Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam diinterview, aku dapat kerja disitu untuk jawatan "Maintenance Technician". Ya, itu sebahagian dari cabang bidang aku. Sungguh, aku pun tak sangka sebenarnya  dari 'generel worker' ke 'maintenance technician'. Appun aku gembira. Alhamdulillah, rezeki aku disitu. Okies, target untuk aku dapat kerja tercapai. Kini hampir setahun dah aku kerja disitu. Ramai pekerja local yang datang dan pergi tapi aku masih lagi mampu bertahan disitu. Semoga aku kuat dan tabah melalui hari hari dalam melakukan pekerjaan aku. Setiap kerja ada susah dan payahnya sendiri. Setiap kerja ada stress dan masalahnya sendiri. Pokok pangkalnya, terpulang pada kita bagaimana nak tangani semua tu. 

Sudah tercapai ke azam untuk tahun 2018?
Apa azam aku? Nak amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan sentiasa fikir positiv. Nak jauhi segala aura negatif yang tak membantu aku untuk berjaya dalam kehidupan. Hah gitu! Azam untuk tahun ni juga hampir tercapai. Alhamdulillah. Semoga aku kuat dan kian kuat untuk lalui semua ni.

InsyaAllah, aku akan cuba untuk teruskan tanpa non stop. Terima kasih pada keluarga yang sentiasa menyokong aku. Buat sahabatku, terima kasih kerana kenalkan aku dengan dunia hiking. Heheee sebuah dunia yang banyak membantu aku untuk hidup sihat. Ya, masuk hutan, redah sungai, panjat bukit, jatuh tersadung, luka calar balar, tidur malam bersama nyamuk.. itu semua tak pernah mematahkan semangat aku. Dunia hiking, banyak mengajar aku erti kesusahan. Macam mana payanhnya nak hidup dalam dunia sekarang.

Apa yang aku belajar dari dunia hiking? Walau sepenat mana pun aku tika dan saat itu, tetap kena teruskan juga dengan sisa kudrat yang aku ada. Kerana hanya aku yang dapat menolong diri sendiri untuk sampai ke puncak. Sahabat sentiasa ada untuk menyokong aku dari belakang.


Take Note : Terima kasih untuk 2018 yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan melatih aku untuk terus bersabar dalam meniti hidup. Alhamdulillah, tahun 2018, banyak perkara positiv yang berlaku dalam hidup aku. Walaupun diselitkan dengan cebisan negatif. Ada kalanya aku tersungkur, ada kalanya aku mengalah dan ada kalanya aku menyerah terus tapi disetiap kesakitan itu aku cuba bangkit dan terus bangkit demi sebuah kebahagiaan. Semoga tahun 2019 nanti, aku akan ke arah yang lebih positiv dan teruskan melangkah dikalangan orang orang yang hebat dalam kehidupan. Terima kasih juga kepada 'dia' yang hadir dalam hidup aku. Semoga ada sinar bahagia untuk kita berdua. 

Air Rebusan Yang Baik Untuk Wanita

1. Air Rebusan Serai Dan Halia
Ambil 3 batang serai dan 5cm halia. ketuk bahan ini, lepas tu rebus. Ambil airnya dan minum ketika suam. Air ini bagus untuk hilangkan lenguh badan, sakit urat saraf, angin dalam badan dan mengurangkan kolestrol.

2. Air Rebusan Sirih Dan Cengkih
Ambil 3-5 helai daun sirih dan basuh bersih-bersih. Rebus bersama cengkih selama 20 minute. Ambil airnya dan diminum suam. Air ini elok untuk menghilangkan bau badan dan menyegarkan badan.

3. Air Rebusan Sirih Dan Daun Inai
Ambil 3-6 helai daun sirih, senggengam daun inai dan air. Disihkan kesemua bahan, tapis dan minum ketika suam. Ia sangat bagus untuk wanita Yang mengalami keputihan yang teruk dan berbau. 

4. Air Rebusan Halia, Kayu Manis, Serai Dan Kunyit
Ambil 2 batang serai, kunyit dan 3 cm halia yang diketuk. Nak lebih sedap letak sedikit gula batu dan daun pandan. rebus kesemua bahan. Air rebusan ini sangat bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita. 

Take Note : Selamat mencuba buat semua wanita. 

Jom Cantik Menggunakan Bahan Dari Dapur Anda

1. Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minute. Untuk merawat panau pula, ambil sepotong halia, tumbuk sehingga lumat dan tempek pada tempat yang berpanau. InsyaAllah, anda akan puas hati dan gembira dengan hasilnya nanti.

2. Melicinkan Dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian sapukan di seluruh muka. Biarkan mengering lebih kurang 20 minute. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

3. Menghilangkan Lebam Mata
Tea uncang yang sudah digunakan tu jangan dibuang. lekap pada mata dan biarkan semalaman. lakukan 3 kali seminggu sebelum tidur. Yeyehhhh nanti mata dah cantik.

4. Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka untuk seketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ni juga berfungsi untuk bersihkan kulit.

5. Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumut. Campurkan serbuk kayu manis dengan sedikit air. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian parut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, parut akan pudar dan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik bintik hitam dan jerawat di muka.

6. Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Setelah itu, sapukan di muka dan biarkan ia kering sendiri. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta memutihkan muka serta menjadikan kulit muka kita kelihatan segar.

7. Memerahkan bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap tiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu. InsyaAllah, bibir anda akan merah seperti pakai gincu.

8. Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merak yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan campuran itu lalu dioleskan pada kulit sehari sekali. Amalkan selalu. InsyaAllah, anda akan puashati dan gembira dengan hasilnya nanti.

9. Kulit Cerah Dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. InsaAllah, kulit akan cerah, licin dan berbau harum.

10. Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minute. Setelah ibu barulah dibilas.


Take Note : Sebenarnya kita dah tahu bagaimana nak mencantikkan diri sendiri tapi itulah.. kita tak terlalu berusaha untuk amalkannya. 

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5aT5LQIKv

Cara Kecilkan Peha Yang Besar

Mungkin ramai wanita yang stress kerana mengalami masalah paha besar dan ada yang malu nak pakai seluar kerana menampakkan bentuk paha.Tapi jangan risau, masalah paha anda yang macam gajah tu boleh diselesaikan.

1. Banyakkan minum air kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran lemak.

2. Makan makanan rendah kalori
Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca paha anda besar.

3. Pengambilan nutrisi
Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.

4. Tetapkan masa tidur
Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama paha anda besar.

5. Jangan stress!
Lemak yang terkumpul di paha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.

6. Jangan kerja berlebihan
Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan paha

7. Lakukan gerakan paha
Latihan seperti skipping, berlari, naik tangga, squats dan berbasikal sangat membantu membakar lemak pada paha. Lakukan aktiviti tersebut paling kurang pun 30 minit sehari.


Jenis Kaki Dan Kasut Yang Sesuai

Nak tau jenis kaki dan kasut yang sesuai..?
Boleh refer gambar bawah..



Manusia Ada Hati Perasaan Bukan Robot

Secebis coretan nukilan rasa dihati.

Aku penat sebenarnya. Aku letih. Tapi dalam pada penat dan letih aku masih mampu bertahan. Sisa kesabaran aku kian menipis dan tipis. Tapi aku cuba jugak untuk bersabar. Aku sabar. Sabar aku ada batasnya. Sabar aku ada hadnya.

Kau siapa nak herdik kami? Kau sape nak maki hamun kami? Kami dibayar gaji untuk melakukan kerja bukannya memendam rasa. Ya, kau orang yang berjawatan tinggi disitu tapi janganlah terlalu berlagak. Kau desak itu ini. Kau gesaa itu ini. Hakikatnya kekurangan tenaga kerja.

Kadang kadang aku terfikir, macam manalah diaorang semua hadap segala amarah orang atasan eh? Setiap hari macam tu. Dalam sehari entah berapa kali kena marah. Mungkin diaorang dah lali kut. Telinga dah kalis makian. Mungkinlah..

Tapi aku yang melihat dan mendengar ni seakan tersentak. Tersentuh tangkai hati melihat mereka diperlaku sedemikian rupa. Ada kalanya itu bukan salah mereka tapi mereka tetap dipersalahkan. Ada ketikanya mereka juga yang kenapa padahal terang lagi bersuluh bukan silap mereka. Adilkan itu?

Mereka pekerja. Mereka datang kesini untuk bekerja. Tak boleh ke mereka dilayan dengan sedikit kebaikan. Tak minta banyak pun, hanya sedikit kebaikan sahaja. Jangan jerit jerit pada mereka. Jangan jerkah mereka. Jangan maki mereka. Dan jangan salary cut! Itu je.







Pengalaman Mendewasakan Aku

Orang kata pengalaman merupakan guru yang paling berguna dalam kehidupan kita. Melalui pengalaman kita belajar untuk menjadi lebih dewasa dan lebih berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.

Ya, aku setuju dengan statment tu. Melalui pengalaman, banyak benda yang aku pelajari. Tanpa sedar aku meniti masa untuk leboh dewasa dan matang dalam hidup. Apa maksud matang sebenarnya? Okay, nanti aku fikir yang tu.

Bila duduk sorang sorang, aku akan berfikir dan terus berfikir. Aku berfikir tentang hidup aku yang dulu, hidup aku yang sekarang dan bagaimana agaknya hidup aku dimasa akan datang.

Jujur, aku rindu masa lalu tapi tak pernah terlintas dihati aku untuk kembali di masa lalu tersebut. Aku rindukan kenangan dimasa lalu bukannya kehidupan masa lalu. Huhuu.. bila difikirkan balik kerasnya hati aku dulu. Tak sangka aku berjaya lalui kisah lalu walaupun tersedikit kejatuhan dan kesakitan ynag diselangi sengsara.

Masa kini, alhamdulillah. Aku lebih tenang untuk masa kini. Aku tenang begini. Hadapi hidup dengan family, kerja dan kawan kawan. Jujur ku akui, masa aku kini lebih kepada kerja dan kerja. Hari hari hadap stress kerja tapi aku okay je. Dah namanya kerja, hadaplah selagi mampu dan berdaya. Lebih lebih lagi zaman sekarang ni, payah sangat nak cari kerja tau.

Masa hadapan, semoga aku dan 'dia' terus bersama dan kekal selamanya. Terima kasih sbb tetiba hadir dlm hidup ni. Ubah diri ni ke arah yang lebi baik. Walau tak jumpa, jrng contcact tapi awk selalu dihati ni. Semoga kita sama sama kuat lalui hidup ni. Cia.. Cia.. Cia...





Pengalaman Seram Pagi Rabu

Cuba bayangkan situasi ni.

Kau kerja shift malam. Tengah buat kerja tetiba kau sakit. Sakit yang teramat, tak tergambar, tak terungkap. Rasa nak menggelupur je. Nak balik rehat tapi tak boleh sebab pintu tertutup. Kau tak boleh keluar dari tempat kerja tu selagi belum habis waktu kerja. Sebab pintu tu dah diset. Bila tiba masanya baru boleh dibuka. Nak call seseorang untuk minta tolong pun tak boleh sebab telefon dalam loker. Telefon tak dibenarkan dibawa masuk ke tempat kerja.

Kau mati akal tak tahu nak buat apa. Menggelupur sakit, kawan kawan hanya mampu melihat tidak dapat menolong sebab waktu kerja. Waktu tu pukul 2pagi. Bayangkan nak tunggu ke pukul 8pagi. Macam mana siksanya azab yang ditanggung. 

Pukul 8pagi, kawan kawan shift pagi pun datang. Diorang nak tolong bawak pergi hospital, kebetulan pasport plak takde. Puas dicari tak jumpa. Last sekali call orang ofis. Katanya pkul 9pagi nanti masuk opis. Terpaksa pulak tunggu lagi sejam. Waktu tu kau dah habis daya. Menggelupur atas lantai. Berdiri tak kena, duduk tak selesa. Kawan kawan hanya mampu luahkan rasa simpati sampai hentam pihak pengurusan. Pekerja sakit waktu bekerja, tapi langsung tak ambil cakna. Kecemasan kot, takkan masih nak melengahkan masa. 

Pukul 9pagi orang opis pun sampai. Dengan lenggang kangkung dan muka tak bersalah boleh plak pegi menempal jenguk pekerja yg skait tu dulu. Ishhh apa salahnya kalau dia cepat2 masuk opis ambil pasport pekerja yg sakit tu. Lagi cepat lagi bagus kot. Blaaa.. blaaa.. bla... dalam pukul 9lebih jugka baru gerak ke klinik. Doktor sahkan demam panas, suhu cecah 40.5. Fuhhhh tinggi gila suhu panas dia. Doktor masukkan air sebotol sebelum dibenarkan balik.

Kesimpulannya, cuba bayangkan kalau tengah buat kerja tetiba kebakaran berlaku. Macam mana cara kau nak keluar dari tempat kerja tu? Pintu semua berkunci. Telefon pun takde untuk minta tolong. Apa yang nak dibuat??

Take note : Dari pemerhatian aku, pihak pengurusan langsung gak jaga kebajikan pekerja. Kerja nak cepgat, nak sempurna tapi kebajikan pekerja habu takden




Perkahwinan Sebuah Perlumbaan

Seorang kawan baru mendirikan rumah tangga. Dia bertemu dengan seorang ustaz.

"Selamat pengantin baru. Macam mana perkahwinan kamu?"

"Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat . Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di ruamh. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Dia jaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat. Untung tak saya ustaz?"

"Sebenarnya isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Kamu rugi sebab tak beri khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya sama-sama berlumba untuk berkhidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun tahajud. Berlumba buat baik."

Senyuman lelaki itu berubah pudar. Baru dia sedar di mana kelemahannya di sebalik kelebihan isterinya.

Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata I Love You. Berlumba gembirakan pasangan kerana Allah.

Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan. Jika kita sibuk berkhidmat itulah cara Nabi SAW dan sahabat.


Wahai lelaki!! Sanggupkah kamu seperti ini?

"Kesetiaan wanita diuji ketika suaminya tidak punya apa apa,
tapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia memiliki segalanya.."

Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kedai makan berhampiran pejabatnya. Disebabkan ada urusan kerja mereka bertukar nombor telefon.

Malam harinya si gadis mula menghantar mesej kepada lelaki tersebut.

Gadis: Abang hebat kan. Ada perniagaan sendiri. Berjaya pulak tu.

Lelaki : Terima kasih

Esoknya si gadis menelefon hanya menegur..

Gadis: Bila kita boleh makan tengah hari bersama lagi?

Lelaki : Bila bila pun boleh. Asalkan saya free.

Selepas itu mereka saling ber sms dan menelefon. Dan beberapa kali juga mereka makan tengah hari bersama. Tiada hari hari berlalu tanpa berhubungan antara mereka. Sehinggalah satu hari tu si gadis menghantar satu pesanan:

"Abang, sebenarnya sayy mencintai abang. Sayy tahu abang sudah beristeri dan punyai keluarga yang bahagia, tapi saya sanggup menjadi isteri ke-2 abang. Sayy sudah bersedia dan maaf mengusik perasaan abang."

Dengan hati berat lelaki itu menjwb : "Dik, saya faham perasaan adik dan maksudnya.. tapi dengan berat hati saya harus menjawab tidak. Kamu memang cantik dan saya yakin semua lelaki akan mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu mengapa saya boleh berjaya seperti sekarang? Itu semua dorongan semangat dari isteri saya. Sungguh sangat berdosa kalau saya curang dan ingkar dengan seseorang yang amat mengagumi sy. Ya sekarang saya berjaya kerana dia.

Kamu tidak ikhlas mencintai saya, kamu hanya melihat penampilan saya semata mata.. padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang bersusah payah menyokong supaya saya menjadi seorang yang terbaik. Dia.. isteri saya yang tercinta.

Kalau kamu menyukai saya, bererti kamu hanya tinggal memetik hasilnya dan cara ini takkan pergi jauh. Taukah kamu bahawa saya bermula dengan zero dan isteri pendamping setia di kala susah senang.

Taukah kamu bahawa isteri saya yang selalu mendoakan kesejahteraan sehingga saya boleh berada di peringkat ini. Kamu memang cantik, tetapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cintanya, maaf saya tidak boleh membalas seperti mana yang kamu hajati."


Wahai kaum lelaki, sanggupkah seperti kisah ini?..


Disebalik kehebatan suami pasti dia ada isteri yg lebih hebat.

CARA KURUS BERKESAN | KLUBNA LALEH

Kopi Kurus Klubna Laleh



TAK STRESS LANGSUNG TURUNKAN BERAT BADAN DGN KLUBNA LALEH NI. 
.
✅ Rasa sedap gila confirm boleh telan.
✅Tak rasa lapar yg melampau2
✅Lawas pembuangan
‼️ Dan paling best, membantu turunkan berat badan.
.
Formula terbaik gabungan bahan2 premium.
Alhamdulillah kesannya pun terbaik.
Dah cuba sekali confirm nak repeat order lagi.
.
Jom dapatkan sekarang.
Whatsap📲 0136462960
www.wasap.my/60136462960





#klubnalaleh
#kopikurusviral
#teamkaktilla
#kuruscantik
#klubnalalehseremban
#klubnalalehhq
#klubna
#laleh
#kopikurus
#kopihijau
#kurus
#carakurusberkesan
#majliskahwin
#kurussebelumkahwin
#kurussebelumraya
#cantik
#langsing

Aku Terkenang

Sebelum warna langit memudar
Bintang penuh sinar dan berbinar
Bulan perlahan mulai hilang
Angin dingin bertiup membuat pelupuk sejenak menutup

Sedetik terlintas, tak banyak yang tahu
Penulis puisi cinta yang indah itu
Pernah menjalani cerita cinta yang tak menentu
Persis adaptasi novel disiaran layar kaca

Pada kalimat yang menyentuh hati
Larik-larik yang seakan menari di jari
Ada cerminan dari ribuan fragmen kenangan
Majas-majas goresan tak tersampaikan

...aku terkenang


Kuatlah Demi Sebuah kehidupan

Hidup
Penghujung laut,
Kau tahu itu bukan laut pabila kau ketemu daratan.
Kau tahu tujuan untuk hidup bila kau punya harapan.

Laut masih berombak, masih bekerja dan masih bernyawa.
Jadi kau perlu terus kuat, terus mengejar harapan kerana hidup itu sendiri menuntut nyawa.


KURUS SEAWAL 2 MINGGU | KLUBNA LALEH

STOP PERKARA INI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN BERKESAN 💃

⛔ STOP minum air manis
⛔ STOP makan fastfood
⛔ STOP makan junkfood/jajan
⛔ STOP minum air gas
⛔ STOP minum air 3 in 1


Boleh amalkan #klubnalaleh untuk penurunan yang lebih pantas dan berkesan. #kopiviral ni membantu membuaTkan perut rasa cepat kenyang dan melawaskan pembuangan. Okay, bila pembuangan dah lawas, perut pun akan kempis dan berta badna pun turun dgn sendirinya.
.
Dapatkan #kopiklubnalaleh dengan KakAin skrg. Belian dgn KakAin akan dapat 3 item free gift. Wowwww banyak sungguh!!
.
0136462960
www.wasap.my/60136462960
.
#misikurus2018
#kurusdengancepat
#kurustanpadiet
#kurustanpaberlapar
#anugerahbintangpopularberitaharian2018
#abpbh2018
#lossweight
#cikreenencikngokngek
#alamatnyacinta
#medinadesireoffical
#klubnalalehtestimoni
#klubnalalehhq
#ramping
#kurus
#slim
#detox
#obesiti

Rasa Sebuah Kesepian

"Ada masanya duduk sorang sorang tu terlalu damai pada aku
 tapi ada masanya juga duduk sorang sorang tu menjadi terlalu sepi untuk aku.
Benarkah sepi itu indah?"


Secebis Kata hati

Sangkar Tak Bermata

Sebatas percaturan kehidupan 
Aku menulis sebuah kisah
Alam maya juga nyata
Diantara garis luka dan gembira.

Tiga dalam satu ayat
aku cinta kamu!!!
Itu sekadar sandiwara 
Di mana2 bisa berkata. 

Indah mulus tiap bicara
Namun tin kosong tetap berbunyi
Nak disorok mana lagi
Yang terang sudah bersuluh. 

Sedar atau culas sengaja ada
Pura-pura tak sedari terbukti
Satu alasan penyelamat diri
Terlihat jua lakonan dunia.




Sebuah Bebanan Yang Menyakitkan

Jangan sombong,
Ada masanya kita perlukan pertolongan orang lain.
Luahkan rasa beban itu membantu.

Bebanan,
Kekadang rasa macam tak tertanggung.
Hampir nak menyerah kalah.
Tapi cuba kuatkan hati, tabahkan diri.
Aku tak mampu.
Takkk!!! aku mampu!
Aku mampu!!! aku mampu!! aku mampu!
Okay, aku mampu!

Aku cuba sedaya upaya redah semua bebanan ini.
Walaupun ada kalanya sangat perit.
Tapi dalam perit ada juga secebis kemanisan.
Hanya secebis sahaja.
Yang selebihnya penuh dengan keperitan.

Orang nampak aku gembira
Melihat senyuman sentiasa meniti dibibir
Melihat raut wajah yang sentiasa tenang
Hakikatnya, dalam hati hanya Allah yang tahu
Rasa sakit tu tak tertanggung
Tapi entah macam mana aku masih mampu bertahan
Hingga ke saat dan ketika ini
Alhamdulillah.

Hampir setiap hari aku merintih
Peritnya perjalanan hidup ini
Payahnya liku yang perlu aku lalui
Susahnya untuk aku kecapi kesenangan itu
Oichhh berjuta aku merungut..

Seteruk mana keadaan yang aku lalui
Aku cuba positifkan pemikiran
Dikala hati aku berkata kata yang negatif
Aku cuba sedaya upaya untuk pandang dari sudut positif
Lantas memujuk hati sendiri
InsyaAllah, nanti akan ada ganjarannya.
Sabarlah wahai hati..

Cuba untuk selalu positif.
InsyaAllah, ada kemanisan di penghujungnya nanti.





Lelah Mengalah - Nayunda


Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Kini ku mengerti
Betapa sakitnya hati ini
kini ku sadari
Telah lama ku dikhianati

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun kusesali semuanya kusesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun kusesali semuanya kusesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun kusesali semuanya kusesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi..