Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Wahai lelaki!! Sanggupkah kamu seperti ini?

"Kesetiaan wanita diuji ketika suaminya tidak punya apa apa,
tapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia memiliki segalanya.."

Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kedai makan berhampiran pejabatnya. Disebabkan ada urusan kerja mereka bertukar nombor telefon.

Malam harinya si gadis mula menghantar mesej kepada lelaki tersebut.

Gadis: Abang hebat kan. Ada perniagaan sendiri. Berjaya pulak tu.

Lelaki : Terima kasih

Esoknya si gadis menelefon hanya menegur..

Gadis: Bila kita boleh makan tengah hari bersama lagi?

Lelaki : Bila bila pun boleh. Asalkan saya free.

Selepas itu mereka saling ber sms dan menelefon. Dan beberapa kali juga mereka makan tengah hari bersama. Tiada hari hari berlalu tanpa berhubungan antara mereka. Sehinggalah satu hari tu si gadis menghantar satu pesanan:

"Abang, sebenarnya sayy mencintai abang. Sayy tahu abang sudah beristeri dan punyai keluarga yang bahagia, tapi saya sanggup menjadi isteri ke-2 abang. Sayy sudah bersedia dan maaf mengusik perasaan abang."

Dengan hati berat lelaki itu menjwb : "Dik, saya faham perasaan adik dan maksudnya.. tapi dengan berat hati saya harus menjawab tidak. Kamu memang cantik dan saya yakin semua lelaki akan mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu mengapa saya boleh berjaya seperti sekarang? Itu semua dorongan semangat dari isteri saya. Sungguh sangat berdosa kalau saya curang dan ingkar dengan seseorang yang amat mengagumi sy. Ya sekarang saya berjaya kerana dia.

Kamu tidak ikhlas mencintai saya, kamu hanya melihat penampilan saya semata mata.. padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang bersusah payah menyokong supaya saya menjadi seorang yang terbaik. Dia.. isteri saya yang tercinta.

Kalau kamu menyukai saya, bererti kamu hanya tinggal memetik hasilnya dan cara ini takkan pergi jauh. Taukah kamu bahawa saya bermula dengan zero dan isteri pendamping setia di kala susah senang.

Taukah kamu bahawa isteri saya yang selalu mendoakan kesejahteraan sehingga saya boleh berada di peringkat ini. Kamu memang cantik, tetapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cintanya, maaf saya tidak boleh membalas seperti mana yang kamu hajati."


Wahai kaum lelaki, sanggupkah seperti kisah ini?..


Disebalik kehebatan suami pasti dia ada isteri yg lebih hebat.

Tiada ulasan