Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebuah Bebanan Yang Menyakitkan

Jangan sombong,
Ada masanya kita perlukan pertolongan orang lain.
Luahkan rasa beban itu membantu.

Bebanan,
Kekadang rasa macam tak tertanggung.
Hampir nak menyerah kalah.
Tapi cuba kuatkan hati, tabahkan diri.
Aku tak mampu.
Takkk!!! aku mampu!
Aku mampu!!! aku mampu!! aku mampu!
Okay, aku mampu!

Aku cuba sedaya upaya redah semua bebanan ini.
Walaupun ada kalanya sangat perit.
Tapi dalam perit ada juga secebis kemanisan.
Hanya secebis sahaja.
Yang selebihnya penuh dengan keperitan.

Orang nampak aku gembira
Melihat senyuman sentiasa meniti dibibir
Melihat raut wajah yang sentiasa tenang
Hakikatnya, dalam hati hanya Allah yang tahu
Rasa sakit tu tak tertanggung
Tapi entah macam mana aku masih mampu bertahan
Hingga ke saat dan ketika ini
Alhamdulillah.

Hampir setiap hari aku merintih
Peritnya perjalanan hidup ini
Payahnya liku yang perlu aku lalui
Susahnya untuk aku kecapi kesenangan itu
Oichhh berjuta aku merungut..

Seteruk mana keadaan yang aku lalui
Aku cuba positifkan pemikiran
Dikala hati aku berkata kata yang negatif
Aku cuba sedaya upaya untuk pandang dari sudut positif
Lantas memujuk hati sendiri
InsyaAllah, nanti akan ada ganjarannya.
Sabarlah wahai hati..

Cuba untuk selalu positif.
InsyaAllah, ada kemanisan di penghujungnya nanti.





Tiada ulasan