Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Terima kasih Kenangan Tahun 2018


Alhamdulillah, tahun 2018 hampir melabuhkan tirai. Berbaki lagi lebih kurang seminggu macam tu. Huhuuu.. rasa macam tak percaya pulak. Rasa macam cepat sangat tahun ni berlalu padahal sama je, masih lagi 365hari kot. 

Sudah tercapai ke target untuk tahun 2018?
Alhamdulillah. Azam dan target aku sebahagiannya telah tercapai. Bila difikirkan balik, rasa macam tak percaya pulak, tapi itulah hakikatnya.. heheee sukanya rasa dihati ni!

Bagi aku, tahun 2018 merupakan tahun yang agak mencabar untuk aku. Ini merupakan permulaan tahun yang aku terjun dalam bidang pekerjaan yang sebenar benarnya. Belajar dah habis. Okies, rasanya dalam masa terdekat ni, aku takkan sambung study lagi dah. Nak kerja dan teruskan bekerja plak. Hehee..

Zaman sekarang, nak cari kerja bukan mudah. Lebih lebih lagi bila kau baru habis belajar. Pengalaman pulak setakat cukup cukup makan je dan bidang kau plak lebih dimonopoli oleh kaum lelaki. Fuhhhhh, dugaan waktu nak mencari kerja memang mencabar nyah! Ya, kerja tu sebenarnya banyak je tapi itulah.. company nak pekerja lelaki bukannya perempuan macam aku ini. Hampir 3bulan jugak aku mencari. Banyak interview yang aku pergi, banyak company yang aku apply. tak kiralah bidang yang aku belajar ataupun tidak. Aku apply semua. Kalau itu rezeki aku, aku terima. Kalau itu bukan rezeki aku, aku cuba lagi.

Dalam masa yang sama aku ada buat bisness online untuk teruskan kehidupan ni. Huhuuu. aku bergantung pada bisness online tu sementara dapat kerja tetap. Nak kata masyuk tu, tidaklah. Apa pun, alhamdulillah. Tiap bulan, aku masih dapat hulurkan sedikit pada keluarga dikampung. Adat berniaga, ada pasang surutnya.

Okies, berbalik pada pencarian kerja aku. Hampir kesemua kilang di sekitar Senawang aku pergi. Aku drop resume, aku isi borang di pondok guard, aku apply secara online dan blaa blaaa blaaaa. Sampai satu tahap aku hampir mengalah. Mungkin rezeki aku bukan disini, mungkin rezeki aku di kampung. Dalam pada itu, aku terus juga mencari dan mencari.

Sungguh percaturan Allah itu indah. Kekadang aku pun macam tak terfikir dek akal. Alhamdulillah, rezeki aku dah tiba. Akhir bulan Mac, aku dapat panggilan interview dari salah satu company yang aku apply secara online untuk jawatan "general worker". Ya, itu bukan bidang aku tapi kalau sudah ditetapkan rezeki aku disitu, aku terima je. Aku tak fikir panjang, terus setuju untuk ke interview tersebut. Hari yang ditetapkan pun tiba. Berbekalkan seketul resume aku ke interview tersebut. Dalam hati tak putus berdoa semoga jawatan tu milik aku. Heheee.... 

Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam diinterview, aku dapat kerja disitu untuk jawatan "Maintenance Technician". Ya, itu sebahagian dari cabang bidang aku. Sungguh, aku pun tak sangka sebenarnya  dari 'generel worker' ke 'maintenance technician'. Appun aku gembira. Alhamdulillah, rezeki aku disitu. Okies, target untuk aku dapat kerja tercapai. Kini hampir setahun dah aku kerja disitu. Ramai pekerja local yang datang dan pergi tapi aku masih lagi mampu bertahan disitu. Semoga aku kuat dan tabah melalui hari hari dalam melakukan pekerjaan aku. Setiap kerja ada susah dan payahnya sendiri. Setiap kerja ada stress dan masalahnya sendiri. Pokok pangkalnya, terpulang pada kita bagaimana nak tangani semua tu. 

Sudah tercapai ke azam untuk tahun 2018?
Apa azam aku? Nak amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan sentiasa fikir positiv. Nak jauhi segala aura negatif yang tak membantu aku untuk berjaya dalam kehidupan. Hah gitu! Azam untuk tahun ni juga hampir tercapai. Alhamdulillah. Semoga aku kuat dan kian kuat untuk lalui semua ni.

InsyaAllah, aku akan cuba untuk teruskan tanpa non stop. Terima kasih pada keluarga yang sentiasa menyokong aku. Buat sahabatku, terima kasih kerana kenalkan aku dengan dunia hiking. Heheee sebuah dunia yang banyak membantu aku untuk hidup sihat. Ya, masuk hutan, redah sungai, panjat bukit, jatuh tersadung, luka calar balar, tidur malam bersama nyamuk.. itu semua tak pernah mematahkan semangat aku. Dunia hiking, banyak mengajar aku erti kesusahan. Macam mana payanhnya nak hidup dalam dunia sekarang.

Apa yang aku belajar dari dunia hiking? Walau sepenat mana pun aku tika dan saat itu, tetap kena teruskan juga dengan sisa kudrat yang aku ada. Kerana hanya aku yang dapat menolong diri sendiri untuk sampai ke puncak. Sahabat sentiasa ada untuk menyokong aku dari belakang.


Take Note : Terima kasih untuk 2018 yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan melatih aku untuk terus bersabar dalam meniti hidup. Alhamdulillah, tahun 2018, banyak perkara positiv yang berlaku dalam hidup aku. Walaupun diselitkan dengan cebisan negatif. Ada kalanya aku tersungkur, ada kalanya aku mengalah dan ada kalanya aku menyerah terus tapi disetiap kesakitan itu aku cuba bangkit dan terus bangkit demi sebuah kebahagiaan. Semoga tahun 2019 nanti, aku akan ke arah yang lebih positiv dan teruskan melangkah dikalangan orang orang yang hebat dalam kehidupan. Terima kasih juga kepada 'dia' yang hadir dalam hidup aku. Semoga ada sinar bahagia untuk kita berdua. 

Tiada ulasan